Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua anok beghanok..Sebelum meneruskan penulisan, pihak admin memohon kemaafan kerana lewat mengemaskini blog ini disebabkan terdapat beberapa masalah teknikal tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Al-hamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana pada 9 April 2011 bersamaan 6 Jamadil Akhir 1432 Hijrah, mahasiswa-mahasiswa kelantan yang menuntut pengajian di Ukm telah berjaya menyertai satu lagi program yang dikenali dengan nama Himpunan Mahasiswa Kelantan anjuran Markaz Siswazah Kelantan . Program yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan untuk menghimpunkan seluruh anak kelantan yang menuntut di ipta-ipta di sekitar Lembah Klang. Antara ipta-ipta yang turut sama memeriahkan lagi majlis ini ialah mahasiswa dari Uitm, Um, Usim, Upm, Upsi, Uia, dan tidak ketinggalan juga anak kelantan dari Utm, Skudai Johor, Himpunan ini telah selamat berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.
Sebenarnya himpunan ini merupakan hasil cetusan idea daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri, untuk bertemu mata dan berinteraksi sendiri dengan anak-anak Kelantan yang sedang menuntut di Universiti sekaligus untuk merapatkan silaturrahim antara Menteri Besar dengan anak-anak muda Kelantan. Himpunan ini bermula dengan pendaftaran dari semua mahasiswa yang hadir dan antara pengisian utama yang diadakan dalam himpunan tersebut adalah Solat Maghrib berjemaah, Bacaan Yasin dan Tahlil serta Solat Hajat Sempena Peperiksaan Akhir yang dipimpin oleh YB Abdul Fatah Mahmood selaku Exco Kerajaan Negeri Kelantan.
Selepas diadakan solat hajat, majlis diteruskan dengan ucapan daripada YB Abdul Fatah, Presiden Markaz Siswazah Kelantan, dan ucapan daripada Tok Guru yang merupakan acara kemuncak himpunan ini. Dalam ucapan Tok Guru, beliau banyak menyentuh soal pemerintahan negeri Kelantan yang merupakan negeri Serambi Mekah dan isu-isu semasa yang berkaitan Kerajaan Negeri. Al-hamdulillah, walaupun Tok Guru dalam keadaan letih kerana baru tiba di sini dari Kelantan, namun dengan semangat beliau untuk bertemu dengan anak-anak Kelantan, beliau dapat juga memberi ucapan dengan baik dan penuh semangat. Akhlak dan semangat yang ditunjukkan oleh Tok Guru sepatutnya dicontohi oleh kita semua selaku anak muda yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan.
Acara terakhir majlis himpunan ini ialah interaksi mahasiswa bersama Tuan Guru Menteri Besar. Soalan-soalan yang diajukan oleh mahasiswa banyak berkisar berkaitan dengan isu semasa kerajaan Kelantan dan perkembangan kampus. Tuan Guru menyeru semua mahasiswa supaya terus menyokong dan bersama-sama mempertahankan pemerintahan Islam di bawah kerajaan Negeri. Isu-isu lain yang diperkatakan di sini ialah berkenaan Bazar Tok Guru di samping rancangan untuk anugerah ikon mahasiswa pada masa akan datang dan perkembangan sukan Negeri Kelantan.
Akhir sekali, diharap dengan adanya himpunan seperti ini, para mahasiswa dapat beramah-mesra dengan Menteri Besar sekaligus membuka mata mahasiswa berkaitan isu-isu semasa yang berlaku sekarang. Selain itu, diharap para mahasiswa dapat memberi kerjasama kepada kerajaan Negeri untuk sama-sama mempertahankan pemerintahan Islam di Kelantan. Takbir!! Allahuakbar...
Tuan Guru memberi ucapan
Antara mahasiswi yang hadir
khusyuk mendengar amanat daripada Tuan Guru
~kItO AnOk BeGhAnOk SeNgOtI~
Alhamdulillah,selesai sudaa...semoga yg hadir mendapat keputusan yg cemerlang tidak lupa pada yg tidak dapat mghadirkan diri ats sbb yg x dpt dielakkan..
BalasPadam-kami sokong TGNA-
yup ..sama-samalah kita menyokong TGNA..SEMOGA ALLAH MELANJUTKAN USIA TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT DAN SENTIASA DIBERI KESIHATAN YANG BAIK..AMIN
BalasPadamambo terharu dapat bersama untuk kali terakhir denge Tok Guru Nik Aziz denge title ambo sebagai mahasiswa...:)
BalasPadamIngt perdana ukm..kito duta kerejaan kelantan...ingt jgk..kito wajib pertahan kerajaan kita...:)
Tun PRes 2009/2010
buat perjumpaan la pilihanraya nk dekat doh ni....
BalasPadamxdop kna mengena ngan pilihanraya..kito knl sapo tok guru kito...bkn srupo ore belah sana...=)
BalasPadamore belah sana n ore belah cni pon samo jah blako.dey klo atas title politik gak...hehehe....
BalasPadamsamo tp tok serupo...:)
BalasPadamjange plk smpitkn pemikiran brkaitan politik...kna fhm molek mksud pilitik tu...xkan sama ore belah sana ngan ore belah sini...:)
BalasPadamwaa..byknye komen..hehe..kalu bab2 ni nom 1 la..
BalasPadamhehe...saje nk bg pnrangan kat shbt kita supaya x slh fhm mksud politik...:)
BalasPadampolitik : bagaimana mengurus masyarakat (nik aziz). ..
BalasPadam