Assalamualaikum Anok Beghanok
Hari ini admin teringat kat mutabak megi semasa pesta konvo yang ke 40 UKM. Perdana ada membuka gerai dan salah satu menunya ialah mutabak megi. mari kita tengok bagaimana cara membuatnya.
ok first, mestilah kena hidupkan api dulu.
guna kuali leper supaya dapat bentuk bulat. nak guna kuali biasa pun tidak mengapa. Perdana ada 1 ini je kuali.
kami menggunakan megi goreng perisa asli (permintaan Presiden). masukkan perisa atau dalam bahasa kelantan dia, awas.
masukkan telur sebiji dan kacau
nampak sedap..bila nak mkn ni..
ok, bila kuali panas, guna minyak sikit saje lepas tu letak atas kuali. apabila megi sudah mula warna keemasaan, terbalikan dengan berhati-hati. kemudian siap.
oopps, lupa nak bagitahu, api jangan kuat sangat. nanti hangit.
soronoknya tentang mutabak megi ni, kita boleh buat pelbagai bentuk yang kita suka. selain bentuk bulat, kita boleh buat bentuk hati juga.
ok, sekarang cadangan untuk menghidang pula. boleh potong macam piza untuk senang nak makan, kalau tak nak pun tak apa.
mutabak megi sedap dimakan begitu sahaja sebab kita sudah campurkan dengan perisa tadi. tetapi kalau nak lagi sedap boleh letak mayonis, sos cili dan black paper.
selamat mencuba.
p/s: admin bukan nak tukar blog perdana jadi blog resepi tau.