JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Sabtu, 27 Mac 2010

LIMA KUNCI RAHSIA

Daripada Ibn 'Umar r.a, daripada nabi S.A.W baginda bersabda :''lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah S.W.t iaitu : Pertama, tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. Kedua, tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. Ketiga, tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. Keempat, tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah. Kelima, tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah (Hadith Riwayat Bukhari).

Saudara dan saudari pengunjung blog ini sekalian, Allah S.W.T adalah pemilik segala ilmu. Tidak ada sesuatu yang luput atau padam dari pengetahuan Allah S.W.T. Perkara yang nampak mahu pun yang tersembunyi. Firman Allah Taala yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (Al-Qur'an, Luqman : 34). Ilmu yang Allah S.W.T pinjamkan kepada manusia dan makhlukNya hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air di dalam lautan. Firman Allah Taala yang bermaksud : "Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)" (Al-Qur'an, al-Kahfi : 109)

Keadaan di atas menunjukkan bahawa manusia hanya sedikit ilmu sahaja yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Oleh itu, sebagai hamba Allah yang mengharapkan ganjaran yang berlipat ganda daripadaNya jangan sombong, bongkak atau kedekut dengan ilmu yang dimiliki. Salurkanlah pada orang yang memerlukannya. Di samping itu, janganlah pula mengherdik atau menghina mereka apabila mereka lambat memahami apa yang disampaikan. Ketahuilah semua itu ada manfaat dan makna yang tersirat di sebalik itu, semoga kita semua diberi ruang dan peluang untuk menggandakan amalan bagi memperolehi apa yang dijanjikan Allah Taala. Firman Allah Taala yang bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji" (Al-Qur'an, al-Ra'd : 31)



Sabtu, 20 Mac 2010



Khamis, 18 Mac 2010



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...