JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Ahad, 18 September 2011

Selamat Datang kepada Mahasiswa- Mahasiswi Baru sesi 2011-2012

Assalamualaikum kepada semua anok beghanok..ape khabar semuanya?? lamo dh tak nanyo kaba..harap2 semuanya sihat2 blako..Pertama sekali pihak Perdana terutamanya dari bahagian IT ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..
  
      Di sini kami daripada ahli jawatankuasa Perdana ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang kepada seluruh mahasiswa - mahasiswi Ukm terutamanya mahasiswa baru sesi 2011-2012. Kepada mahasiswa baru, tahniah kami ucapkan kerana terpilih untuk memasuki Ukm..Semoga kalian dapat memanfaatkan peluang yang telah diberikan dengan sebaiknya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik malah dari sudut sahsiah dan peribadi. Tidak dilupakan juga kepada mahasiwa-mahasiswi terutamanya anok-beghanok yang sudah lama berada di ukm, kami ucapkan selamat meneruskan pengajian di sesi yang baru dengan azam dan semangat yang baru.

      Akhir kata, ikhlaskanlah niat kita dalam perjuangan menuntut ilmu kerana ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tidak masuk ke dalam hati-hati yang kotor.

                                                                   ~ Kito anok- beghanok~

Sabtu, 17 September 2011

SEULAS KALAM PRESIDEN


 MOHD HAMDI HUSIN
PRESIDEN PERDANA UKM SESI 2011/2012







Assalamualaikum w.b.t dan Salam Mahasiswa. 

Sekalung tahniah dan selamat datang diucapkan kepada rakan-rakan mahasiswa “anok beghanok” Kelantan yang terpilih menyambung pengajian di Perbukitan Ilmu, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesi pengajian 2011/2012. Justeru itu, peluang ini perlulah digunakan dengan sebaik mungkin dan memanfaatkan segala ruang yang ada di dalam kampus ini untuk menjadikan  impian dan harapan terlaksana, insyaAllah.

Datang Dengan Harapan, Pulang Membawa Kejayaan

Rakan-rakan sekalian, kita adalah generasi muda yang akan mencorak pembinaan negara kita. Pembinaan sesebuah negara mahupun sesebuah masyarakat perlunya kepada kepintaran, kemahiran, dan kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu bidang tugas. Peranan kita sebagai mahasiswa peneraju kegemilangan ummah, sewajarnya perlulah mempunyai ilmu dalam pelbagai bidang dan mengasah bakat kepimpinan bagi melahirkan pemimpin Negara yang intelektual dan setanding dalam pelbagai bidang, seterusnya akan lahirlah seorang mahasiswa yang dapat menabur khidmat bakti kepada masyarakat dari sudut pembangunan sahsiah, dan intelektual dengan disusuli ilmu agama yang hakiki. 

PERDANA UKM di bawah kepimpinan saya pada sesi kali ini menyeru kepada rakan-rakan sekalian untuk bersama-sama berusaha untuk menjadi mahasiswa yang berkualiti, mempunyai prinsip yang jelas dan berusaha menjadi mahasiswa yang memberi manfaat kepada agama, negara, dan masyarakat. Sekali lagi, saya sebagai wakil dari kepimpinan PERDANA UKM mengucapkan sekalung tahniah dan selamat meneruskan pengajian di perbukitan ilmu ini dan semoga kita sama-sama berjaya menggapai impian yang kita harapkan. Teruskan sokongan kalian kepada PERDANA UKM.

“ KEPIMPINAN, KEINTELEKTUALAN DAN KEBAJIKAN ”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...