JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Khamis, 31 Mac 2011

Interaksi Exco Perdana 11/12 & Mantan Perdana "INTER-MANTAN"

Salam anok-beghanok. Makluman kepada semua exco Perdana sesi 2011/2012 dan semua mantan Pedana, satu sesi interaksi antara exco perdana sesi ini dan mantan perdana "Inter-mantan "akan diadakan pada;

Hari: Jumaat
Tarikh: 1 April 2011
Tempat: 416 , Fssk
Masa: 8.30 malam -11.30 malam

Kepada semua yang terlibat dijemput hadir bersama-sama memeriahkan majlis ini.
Sila respon kehadiran kepada saudara Hisham (019-9461678)
Sebarang perubahan akan dimaklumkan.

~KITO ANOK BEGHANOK SENGOTI~

Bengkel Pengurusan Organisasi 2011

Assalamualaikum kepada semua anok beghanok..Semoga semuanya sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah selalu..amin. Al-hamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana satu program yang dianjurkan oleh pihak Perdana telah berlangsung dengan jayanya semalam iaitu pada hari Selasa bersamaan 29 Mac 2011, bertempat di bilik 416, Fssk, Ukm. Program yang telah diadakan ini dikenali sebagai Bengkel Pengurusan Organisasi dan bengkel tersebut khusus untuk semua pimpinan dan exco-exco Persatuan Perdana yang baru dilantik. Bengkel ini juga bertujuan untuk mendedahkan atau memberi maklumat kepada semua exco tentang jobskop atau tugas-tugas mereka mengikut sekretariat.

      Bengkel tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang mantan exco Perdana termasuklah saudara Safuan bin Yusof, mantan presiden Perdana sesi 2009/2010 yang telah dijemput khas untuk menyampaikan pembentangan mengenai jobskop kepada semua exco. Sebelum pembentangan dilakukan oleh setiap mantan exco Perdana, sesi pembahagian fail untuk semua exco baru telah disampaikan oleh presiden Perdana sesi ini iaitu saudara Hamdi bin Hussin. Setelah selesai pembahagian fail, satu jamuan makan telah diadakan untuk meraikan mantan exco dan semua exco yang hadir.

Isnin, 28 Mac 2011

LAWATAN KE RUMAH PENASIHAT PERDANA (Prof Aminah)

Assalamualaikum W.B.T kepada semua "anok beghanok" kita di luar sana.

    Pada hari Sabtu bersamaan 26/3/2011,satu lawatan ke rumah penasihat PERDANA-UKM iaitu Prof Aminah telah dianjurkan dan  disertai oleh Exco-exco dan MT pimpinan PERDANA sesi 2011/2012.Lawatan adalah bertujuan bagi beramah mesra dan bertanyakan khabar berikutan pimpinan PERDANA mendapat khabar bahawa Prof Aminah sedang sakit.

Khamis, 24 Mac 2011

Mesyuarat Agong Tahunan Perdana Kali Ke-35

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan inayahNya dapat lagi kita hidup dalam nikmat iman dan Islam.Al-hamdulillah juga kita panjatkan padaNya kerana Mesyuarat Agong Tahunan Perdana kali ke 35 yang telah diadakan pada hari Sabtu, 19 Mac 2011 bertempat di Auditorium Siswa berlangsung dengan jayanya.Mesyuarat tersebut telah membahaskan mengenai laporan tahunan Setiausaha Agong  dan Bendahari Kehormat Perdana Ukm.  Dengan berakhirnya mesyuarat tersebut maka berlakulah proses peralihan saff kepimpinan Perdana untuk sesi lepas iaitu sesi 2010/2011. 


Berikut adalah saff kepimpinan Perdana Ukm bagi sesi 2011/2012

Selasa, 1 Mac 2011

BORANG PEMILIHAN PIMPINAN PERDANA 11/12

assalamualaikum dan selamat sejahtera...

buat pengetahuan semua, borang PEMILIHAN PIMPINAN PERDANA SESI 2011/2012 boleh diisi di bilik perdana mulai esok, jam 3 petang. kepada yang berminat untuk menjadi exco perdana pada sesi akan datang, anda bolehlah berbuat demikian dengan mengisi borang tersebut bermula pada esok hari. tarikh tutup adalah pada 4 Mac 2011.

banyak ilmu berpersatuan yang anda boleh pelajari bila menjadi exco perdana. rugi kalau tidak menawarkan diri dan menyerlah bakat anda yang terpendam itu! silalah berkunjung ke bilik perdana sebagai langkah pertama anda ke arah MAHASISWA PROFESIONAL. (^_^)








~ ke arah mahasiswa profesional ~

jumpa anda di bilik perdana!

kito anok-beghanok sengoti :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...