Rabu, 17 November 2010
Mantan exco terlibat dalam kemalangan.
Selasa, 9 November 2010
EKSPLORASI SISWA PERDANAUKM 2011
Khamis, 28 Oktober 2010
SALAM IMTIHAN!!!
Rabu, 27 Oktober 2010
INTEGRASI JALINAN MAHABBAH 2010 (INTER JALIN10')
Khamis, 14 Oktober 2010
PERJALANAN EKSPEDISI CAMERON HIGHLAND 2010
alhamdulillah..Eksedisi Cameron Highland 2010-ECH'10 telah berjalan dengan lancar.. dengan tema "menyelami keunikan dan keagungan alam ciptaan tuhan", program ECH'10 anjuran sekretariat lawatan dan kebudayaan PERDANA UKM ini telah disertai oleh lebih kurang 70 orang peserta. Program yang diadakan pada 8,9 dan 10 oktober 2010 ini merangkumi lawatan ke pelbagai tempat menarik di Tanah Tinggi Cameron Highland ,Pahang Darul makmur..jom kita terjah aktiviti yang dijalankan! :)
Khamis, 7 Oktober 2010
FAMILY DAY PERDANA UKM 2010
Ahad, 26 September 2010
Sabtu, 4 September 2010
Perutusan Raya
Assalamualaikum pembuka bicara, saya tujukan kepada semua anak Kelantan yang berada yang berada di Universiti Kebangsaan Malaysia mahupun kepada semua anak Kelantan yang berada di luar kota dan dirantauan semoga dalam keadaan sihat walafiat. Terlebih dahulu saya ingin membawa anda sekalian mengingati bulan Ramadan al-Mubarak. Bulan ini Allah SWT melipat gandakan pahala untuk hambaNya yang beriman kepadaNya. Disamping itu juga Allah SWT telah menawarkan kepada kita semua satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam surah al-Qadr ayat ke 1-3,
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
Dalam kita mengingati bulan Ramadan al-Murabak, bulan Syawal akan menjelma juga walaupun kita semua menangis air mata darah sekali pun. Oleh yang demikian, sempena dengan Aidilfitri yang bakal menjelma, saya ditaklifkan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim mengucapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Saya juga mendoakan semoga perjalanan anda semua selamat pergi dan balik serta dilindungi Allah SWT selalu. Amin.
Setakat ini dulu coretan saya buat kali semoga kita semua berjumpa dengan Ramadan al-Mubarak yang akan datang. Sekian, wassalam.
Khamis, 2 September 2010
MAJLIS BERBUKA PUASA "PERDANA UKM"
mmm...ape agaknya dalam bungkusan yang banyak ni?semestinya hidangan nasi kerabu yang enak.. :) banyak nyo..nk v sapo hok byk ni???
makan nasi kerabu yang menyelerakan,sampai tak sempat nak tengok kamera.. :)
Alhamdulillah..segalanya berjalan lancar sepanjang majlis dengan bantuan Allah SWT, kepadaNya kami memanjatkan kesyukuran.Semoga ikatan ukhwah yang terbina sesama "anok branok" akan kekal buat selamanya dan semoga dapat kita bertemu lagi dengan bulan ramadan yang mulia ini pada tahun-tahun akan datang..amin..InsyaAllah
sekian...
Selasa, 31 Ogos 2010
PROGRAM JALINAN MUHIBAH PMKUM-PERDANA UKM
assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah, baru-baru ini, pada 29 0gos 2010,ahad,telah diadakan program jalinan muhibah yang telah menemukan dua organisasi persatuan anak-anak kelantan dari dua universiti iaitu PMKUM dari Universiti Malaya dan PERDANA UKM dari Universiti Kebangsaan Malaysia. program yang diadakan di Universiti Malaya ini benar-benar telah menjalinkan hubungan antara dua organisasi besar, dua universiti.terlaksananya program ini atas usahasama dua organisasi gah ini dan usaha keras pihak PMKUM . Antara aktivitinya adalah , ucapan dari ketua program pihak PMKUM, ucapan presiden PMKUM,ucapan presiden PERDANA UKM, pengenalan setiap saf pimpinan PMKUM dan PERDANA UKM , dan....
mengambil makanan berbuka puasa yang disediakan pihak PMKUM yang menyelerakan..berbuka puasa bersama-sama sebelum menunaikan solat maghrib.
sekian terima kasih
Ahad, 29 Ogos 2010
MAJLIS BERBUKA PUASA "PERDANA UKM"
ASSALAMUALAIKUM....
InsyaALLAH, pada 1/9/2010 ini akan diadakan iftar bersama-sama ahli PERDANA UKM. pada hari ini juga akan diadakan majlis penerangan berkaitan trip bas cuti raya PERDANA'10 bertempat di seminar siswazah 1(BSS1)FPI pada jam 5 petang. jom anok branok kito pakat gi.. salam ramadhan .
Di Ambang Pertemuan
Isnin, 23 Ogos 2010
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, kami dari barisan pimpinan PERDANA sesi 09/10 ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada semua umat Islam khususnya kepada anok beghanok kita. Semoga Ramadan kali ini mampu menjadikan diri kita sebagai hamba Allah yang sebenar-benarnya. Sama-samalah kita memanfaatkan bulan yang mulia ini bagi mendekatkan diri kita denganNya. Jadilah hamba Allah yang soleh dan solehah. InsyaALLAH.
FADILAT DAN KELEBIHAN PUASA
*Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam”.
*Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa’d. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya”.
*Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.
Sabda Rasulullah berkaitan puasa
| ||||
Maksudnya: (Hadis menurut Sahih Muslim) Dari Salman r.a. meriwayatkan pada hari terakhir bulan Syaaban, Rasullullah berkhutbah kepada kami, “Wahai manusia, kini telah dekat kepadamu satu bulan yang agung, bulan yang penuh dengan keberkatan, yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik deripada seribu bulan, inilah bulannya yang Allah tetapkan puasa padanya sebagai fardhu dan Solat Terawih dimalamnya sebagai sunat. Barangsiapa yang ingin mendekatkan diri pada Allah pada bulan ini dengan suatu amalan sunat maka pahalanya seolah-olah melakukan amalan fardhu pada bulan lain. Dan barangsiapa melakukan amalan fardhu pada bulan ini maka akan dibalas dengan pahala seolah-olah telah melakukan 70 amalan fardhu pada bulan-bulan lain. Inilah bulan kesabaran dan ganjaran bagi kesabaran sejati adalah syurga, bulan ini juga adalah bulan simpati sesama makhluk. Pada bulan inilah rezeki orang-orang beriman ditambah. Barangsiapa memberi makan (berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa maka kepadanya dibalas dengan keampunan terhadap dosa-dosanya dan dibebaskan dari Neraka Jahanam dan dia juga memperoleh pahala sama dengan orang yang puasa tadi tanpa sedikitpun berkurang pahala orang yang berpuasa itu. Kami (para sahabat) bertanya : “ Ya Rasullullah, tidak semua orang diantara kami yang dapat memberikan sesuatu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka”. Rasullullah menjawab, “Allah akan mengurniakan balasan ini kepada seseorang yang memberi makan orang yang berpuasa dengan sebiji kurma atau seteguk air atau sehisap susu. Inilah bulan yang sepuluh hari pertamanya rahmat, sepuluh hari keduannya keampunan dan sepeluh hari akhirnya pembebasan dari api neraka. Baran gsiapa yang meringankan beban hamba sahayanya pada bulan ini maka Allah akan mengampuninya dan membebaskannya dari api neraka. Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Dua perkara dapat mendatangkan keredhaan Tuhanmu dan dua lagi yang pasti kamu perlukan. Dua perkara yang mendatangkan keredhaan Allah adalah hendaklah kamu membaca kalimah thayyibah dan istighfar dengan sebanyak-banyakknya. Dua perkara yang pasti kita memerlukannya ialah hendaklah kamu memohon kepadaNya untuk memasuki syurga dan berlindung kepadanya dari api neraka jahannam. Dan barangsiapa memberi minum (berbuka) kepada orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum dari telagaku yang sekali minum sahaja, dia tidak akan merasakan lagi dahaga sehingga ia memasuki syurga. Hadis Riwayat Ibnu Khuzhaimah dalam Sahih Ibnu Khuzaimah dan Imam Ahmad berkata hadis ini tidak kuat. Sheikhul Hadis Maulana Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi dalam Kitab Fadhilah Ramadhan menyebut :
|