JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Selasa, 16 Oktober 2012

INFORMASI SANTUN INFORMASI HIKMAH: AJARAN SESAT DI MALAYSIA




Adakah Sister In Islam termasuk dalam ajaran sesat?

Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat di dalam masyarakat Islam di Malaysia bukanlah satu perkara baru dan tidak disedari tetapi kadang-kadang ajaran sesat itu tidak dapat dikatakan sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk diantara benar dan yang salah. Yang paling rumit dan kritikal sekali ialah didalam ajaran-ajaran berkenaan dikatakan betul oleh satu golongan dan dikatakan salah oleh golongan yang lain. Namun begitu masalah perselisihan pendapat ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor berikut:-

i.                    Orang yang memperkatakan tentang ajaran itu mempunyai sikap dan niat tertentu.
ii.                  Mereka yang cuba menilai ajaran tidak mengetahui betul-betul ajaran berkenaan.
iii.      Aliran atau ajaran dari kumpulan berkenaan mempunyai cara-cara pengajarannya mengikut peringkat-peringkat tertentu seperti pada peringkat awal menonjolkan kebenaran tetapi akhirnya mengandungi ajaran dan kepercayaan yang mengelirukan bahkan mempunyai unsur yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
iv.                Ajaran-ajaran berkenaan kebanyakannya tidak di sebarkan secara terbuka. Oleh itu tidak dapat dibincang dan dinilai oleh umum secara terus atau terperinci.

Akidah Islam adalah berpusat kepada kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasul Rasul, Kitab, Qada’dan Qadar, dan percaya kepada hari akhirat. Sehingga kini hampir setiap buah negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran yang disebarkan secara senyap-senyap dan adakalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh agama tempatan. Ajaran sesat bukanlah suatu perkara baru bagi kita, malah kemunculannya dinegara ini adalah merupakan adunan dari pengaruh sebelum Islam dan kepercayaan animisma serta daya reka cipta kuno yang tidak berlandaskan Syariat Islam.Walau bagaimanapun kemunculan ajaran sesat ini diambil perhatian berat setelah berlaku peristiwa yang menumpahkan darah iaitu penyerangan kumpulan ajaran sesat yang bertopengkan “Tarekat Nurul Zaman” keatas balai polis Batu Pahat Johor pada hari Khamis 16hb Oktober, 1980 yang telah meragut 6 orang dari kumpulan penyerang dan mencederakan 23 orang awam.


BENTUK-BENTUK AJARAN SESAT

Bentuk ajaran sesat yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga bentuk:-

i.                    Bentuk Ajaran Baru.
Ajaran bentuk tarekat ini biasanya menggunakan berbagai-bagai nama seperti ajaran Crypto, oleh Mokhtar Hassan di Kluang Selangor, Ajaran Ilmu Hakikat oleh Jahar @ Jara b. Dumin.

ii.                  Bentuk Tarekat.
Ajaran bentuk Tarekat ini biasanya menggunakan nama-nama Tarekat yang masyhur. Melalui bentuk ini guru-gurunya menggunakan cara-cara yang berbeza dengan yang asal atau diubah suai. Ada juga Tarekat itu diciptakan sendiri oleh pengasasnya seperti Tarekat Zikrullah oleh Hasan Anak Rimau / Ayah Pin di Kelantan, Tarekat Khalid dan lain-lain.

iii.                Bentuk Kepercayaan dan Amalan Tradisi.
Bentuk ini lumrahnya diamalkan oleh orang yang dianggap Wali kepercayaan kepada dukun-dukun, pawang, bomoh, atau pembawa ilmu tertentu samaada melalui menurun dan sebagainya. Semua bentuk ajaran ini adalah jelas membawa penyelewengan dari segi akidah yang boleh menjerumuskan pengamalnya kepada kesesatan.


meminta bantuan selain dari Allah juga termasuk dalam ajaran sesat, namun ramai dalam masyarakat kita mengamalkannya tanpa sedar. (gambar hiasan)


CIRI-CIRI AJARAN DAN AMALAN YANG SESAT.

Bagi menentukan sesuatu ajaran dan amalan itu sesat ia didasarkan kepada:-

I.      Menyentuh akidah:
Sekiranya terdapat apa-apa pegangan, keyakinan kepercayaan yang bertentangan dengan akidah  
Islam adalah dikira sesat. Contoh: Pengakuan Menjadi Nabi dan Rasul.

Dalam sesuatu ajaran itu apabila didapati samaada pengakuan dari guru atau pengakuan dari murid atau pengikutnya yang beranggapan bahawa gurunya adalah Nabi dan Rasul atau wakil Nabi atau Rasul secara langsung, maka pengakuan itu adalah sesat dan tidak benar.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Tetapi ia adalah Rasulullah dan kesudahan segala Nabi-Nabi.

II.                Menyentuh amalan
        Sekiranya terdapat apa-apa amalan, perlakuan, upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan syariat Islam adalah dikira amalan sesat. Contoh: Memansuhkan beberapa rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji sebagaimana yang telah dinyatakan. Rukun-rukun tersebut dikatakan zahir dan batinnya. Lalu mereka katakan bahawa sekiranya sudah tahu ibadat-ibadat tersebut dari segi batinnya maka tidak perlu lagi mengerjakannya secara zahir, kerana amalan zahir itu adalah kulit sahaja. Bagi orang yang sudah menikmati isinya, maka tidak berhajat lagi pada menjaga kulitnya, ataupun cukup dengan menyebut perkataan ‘alhamdu’ sahaja kerana perkataan itu sudah merangkumi sembahyang Subuh, Zohor, Asar Maghrib dan Isyak.

Ada juga menolak kewajipan sembahyang Jumaat, dengan alasan:-

a) Mereka sembahyang dengan cara ghaib iaitu dengan para Wali Allah.
      b) Kononnya mereka tidak sembahyang disini, tetapi sembahyang di mekah.
c) Kononnya dia sudah mempunyai taraf yang tinggi maka tidak layak lagi berimamkan orang-orang awam yang tidak setaraf dengannya dalam sembahyang.


Kahar pernah menghuru-harakan penganut Islam di Malaysia apabila mengaku sebagai Rasul Melayu dan berjaya membuat pengikutnya memngeluarkan kata-kata menghina Rasulullah.


FAKTOR LAHIRNYA AJARAN SESAT.

Jika dikaji masyarakat Islam dinegara ini dapat dikatakan bahawa punca yang membawa kepada lahirnya berbagai jenis ajaran dan amalan sesat pada umumnya adalah berpunca dari dua faktor utama:-

1. Faktor Dalaman ( Internal Factors )
2. Faktor Luar ( External Factors )

Faktor Dalaman
 Pada kebiasaannya jenis ajaran seumpama ini telah bertapak dan tersebar secara sulit dan tersembunyi di daerah-daerah pedalaman di negara ini. Golongan yang mempelopori ajaran dan amalan ini adalah terdiri dari tokoh-tokoh tempatan yang terpengaruh dan sangat disegani oleh masyarakat sekitar. Golongan ini mempunyai beberapa kebolehan dan keistimewaan yang luar biasa yang dipergunakan sebagai sakti dan daya tarikan utama untuk mempengaruhi masyarakat umum. Orang-orang biasa tidak mengetahui secara mendalam bagaimana bentuk ajaran atau amalan ilmu-ilmu ini, kerana ianya diperkembangkan secara sulit dan rahsia. Oleh kerana itu setiap pengikut ilmu-ilmu ini dikehendaki mengikat perjanjian dengan gurunya bahawa ilmu ini tidak boleh diberitahu oleh orang lain. Sebaliknya mestilah dirahsiakan. Jika diberitahu juga kononnya ilmu ini tidak mujarab atau tidak menjadi lagi. Untuk menguatkan lagi perjanjian tadi, maka setiap pengikutnya dikehendaki mengangkat sumpah dengan menyebutkan nama Allah, menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan mengangkat al-Quran sebagai saksi.

Faktor Luaran.
 Masyarakat Islam di negara ini adalah merupakan masyarakat yang terbuka. Dengan hal demikian berbagai pengaruh luar begitu senang sekali mempengaruhi keadaan sekitar masyarakat Islam. Guru-guru yang menganjurkan sesuatu ilmu atau amalan ini selain dari anak tempatan adalah juga datang dari luar negeri. Mereka ini menggelarkan diri mereka sebagai tokoh-tokoh agama serta mempunyai ciri-ciri personaliti yang agak berbeza dengan orang awam, sama ada disegi rupa paras, bentuk pakaian dan tingkah laku. Bagi penganjur ilmu kebatinan yang berunsurkan seni mempertahankan diri, sering kali golongan ini mengambil kesempatan dengan melantik pemimpin-pemimpin tertentu sebagai khalifah atau Mahaguru. Oleh kerana itu manifesto ilmu yang dikembangkan itu disesuaikan dengan kehendak masa dan suasana. Kebanyakan pengikut-pengikut yang terlibat dengan ajaran sesat dan ilmu kebatinan ini adalah terdiri dari golongan yang tidak mempunyai asas yang kuat di dalam aspek akidah Islam, di samping tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam mengenai ajaran Islam yang sebenarnya.


kerajaan langit Ayah Pin yang telah berjaya dibongkarkan.


CIRI –CIRI ASAS PENGANUT AJARAN SESAT.

i.                    Mencaci Alim Ulama dan Fuqaha Islam
Penganut ajaran sesat selalunya mencaci dan menjatuhkan maruah para Alim Ulama dan Fuqaha’ Islam iaitu dengan melemparkan tuduhan kepada para Alim Ulama dan Fuqaha Islam bahawa mereka telah menyembunyikan ajaran Islam sebenar demi kepentingan periuk nasi mereka, penipu, tamak haloba. Tujuan mereka melemparkan cacian ke atas para Alim Ulama dan Fuqaha’ Islam, ialah supaya alim ulama’ dan fuqaha’ islam itu dipandang hina oleh masyarakat, dengan cara ini juga mereka mengharapkan hilang dan merosotnya pengaruh Alim Ulama’dan Fuqaha’ Islam itu merosot, maka mudahlah bagi mereka untuk memasukan ajaran sesat kepada orang ramai.

ii.                  Mengatakan Syariat Islam itu ada Zahir dan Batin
Dalam hal-hal yang bersangkutan dengan syariat Islam seperti Al-Quran, Syahadah, Kenabian, sembahyang, puasa, haji, nikah kahwin, bersuci dan lain-lainnya mereka mengatakan ada zahir dan ada batin atau digunakan istilah zahir syariat dan hakikat. Alim Ulama’ dan Fuqaha’ Islam yang ada sekarang ini hanyalah mengetahui zahir syariat atau kulit sahaja dan mereka tidak mengetahui Ilmu Hakikat dan Ilmu Isi. Kumpulan ajaran sesat ini biasanya mendakwa kalangan merekalah yang mempelajari dan mengetahui Ilmu Hakikat dan Ilmu Isi. Mereka yang sudah mendapat isi dengan sendirinya kulit tidak perlu lagi, manakala mereka yang sudah sampai kepada ilmu hakikat maka dengan sendirinya zahir syariat tidak perlu lagi.

iii.                Penganut ajaran sesat adalah merupakan golongan munafik dalam masyarakat Islam
Berikutan dengan kefahaman mengenai syariat Zahir sebagai kulit dan hakikat sebagai isi, maka penganut ajaran sesat ini menolak segala zahir syariat Islam, kalau pun dikerjakan apa-apa Syariat Zahir ini sebagai menjaga adat dan peraturan di dunia sahaja. Seperti nikah kahwin di hadapan Kadi, dua orang saksi, mas kahwin, ijab qabul semua itu kulit sahaja. Bagi mereka ada nikah batin yang mengandungi pengertian seperti berikut;-

Ma’anikam - maksudnya perempuan
Yang dinikahkan - bererti yang disetubuhkan
Yang dikahwinkan - ialah mani yang dimaksudkan juga dengannya ialah Seorang penganut lelaki yang boleh mengeluarkan mani bila bersetubuh dengan perempuan itu.
Wali - bermaksud Allah yang menjadi Wali. Atau iman tertinggi atau iman ajaran ini.
Saksi - Malaikat Kiraman Katibin
Juru nikah - Ialah nabi Muhammad SAW.

iv.                Gerakan Mereka adalah Rahsia.
Aktiviti yang dijalankan adalah rahsia dan hanya untuk ahli sahaja dan disyaratkan “baiah” serta bersumpah menyimpan rahsia. Setelah pengakuan murid sanggup menyimpan rahsia maka barulah di buka rahsia ilmu hakikat @ ilmu isi yang mereka maksudkan itu. Biasanya mereka menentukan masa yang tertentu untuk belajar dan mengajar mengenai ilmu hakikat @ ilmu isi yang dimaksudkan itu dan mendakwa orang yang mempelajari dan mengamalkan ilmunya itu akan beroleh apa yang dihajati dan terbukalah segala rahsia dan tersingkaplah Hijab mereka dengan Allah S.W.T


masih ingatkah lagi Peristiwa Memali yang dituduh sebagai ajaran sesat dan diserang tanpa belas kasihan oleh anggota polis.


CARA-CARA PERKEMBANGAN AJARAN SESAT.

I.                   Melalui Ajaran
Penyusupan ajaran sesat melalui cara tersebut adalah lahir dari guru-guru yang membawa sesuatu ajaran dengan tujuan mencari pengaruh dan kepentingan diri dengan mengemukakan ajaran dan amalan yang didakwa beramal dengan ajaran beliau kononnya akan mendapat sesuatu yang Ghaib seperti Kasyaf dan Laduni iaitu mengetahui alam ghaib dan mendapat limpahan ilmu Allah dan Tajalli iaitu penjelmaan hakikat zat, sifat, dan Af’al Allah kepadanya. Kemudian disogokkan pula kepada murid-murid dengan beberapa keistimewaan kononnya akan mudah mendapat ketinggian darjat, pangkat, dan kebesaran serta disanjung tinggi dan mulia oleh orang ramai.

II.                Melalui Tarekat.
Melalui cara Tarekat ini selalunya menggunakan nama Tarekat yang masyhur seperti Naqsyabandiah, Mufarridiyah, Syazaliyah, Ahmadiah dan lain-lain lagi dengan ditokok tambah oleh gurunya mengikut kesesuaian tempatan dan kepentingan dirinya yang mendakwa sebagai “ Guru Mursyid” yang mendapat tauliah dari guru asalnya serta boleh mentauliahkan orang lain.

III.             Melalui Kepercayaan dan Amalan Tradisi.
Cara ini adalah merupakan cara biasa dan mudah diterima oleh masyarakat Melayu Islam di negara ini kerana ianya bersifat kepercayaan terhadap kuasa sakti, jin, jembalang, dan penunggu tersebut supaya mereka tidak mengganggu penduduk di sesuatu tempat itu, maka dilakukan upacara pemujaan. Ada juga yang melakukan pemujaan ke atas roh, para Wali dan Keramat, iaitu menziarahi kubur orang yang dianggap Wali dan Keramat serta melakukan upacara tradisional, seperti melepaskan ayam putih, pulut kuning, bertih dan penyembelihan binatang ternakan keatas kubur itu serta menyeru roh para Wali dan Keramat itu agar dapat memberi pertolongan kepada mereka bagi menyampaikan apa-apa hajat mereka dan apakala beroleh kejayaan, mereka akan membayar nazar di atas kubur orang yang di anggap Wali dan Keramat atau mereka membayar nazar di tempat yang menjadi pujaan mereka. Terdapat juga mereka yang melakukan pertapaan iaitu dengan menyembunyikan diri di tempat yang sunyi seperti di bukit, atau gunung atau gua tertentu dengan tujuan untuk mendapat ilmu Ghaib, Sakti, gagah perkasa, kebal dan lain-lain bagi tujuan kehebatan diri dan kepentingan diri serta untuk mendapat tempat yang istimewa dalam masyarakat.


Tarekat yang salah apabila seseorang itu berguru dengan syaitan. Dalam kata erti yang lain mereka yang belajar agama dengan sendiri tanpa tunjuk ajar dari ahli agama atau sufi bagi menafsir petanda mimpi mereka. Tidak semua tarekat di Malaysia adalah sesat. (gambar hiasan)



Pertumbuhan serta perkembangan ilmu atau amalan sesat di dalam masyarakat Islam di negara ini, bukan sahaja boleh menyebabkan Akidah umat Islam menyeleweng dari tuntutan Allah, bahkan ianya juga adalah sebahagian dari unsur-unsur yang membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam sendiri. Akan timbul dalam masyarakat Islam beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa jenis ilmu yang berbeza dari segi nama tetapi mempunyai motif yang hampir-hampir sama. Masing-masing kumpulan akan berusaha mencari pengikut seberapa banyak yang mungkin; Implikasi dari keadaan seumpama ini akan membawa kepada lenyapnya perasaan persaudaraan sesama Islam yang sangat-sangat dititikberatkan oleh Allah sebagai senjata kekuatan dan keutuhan umat Islam. Dan yang lebih membimbangkan lagi sepertimana yang dibayangkan oleh Rasulullah bahawa di suatu masa kelak umatnya akan berpecah kepada tujuh puluh tiga puak. Sabda Rasulullah saw. Ertinya  

“ Akan berpecah umatku kepada tujuh puluh tiga puak, kesemuanya didalam neraka kecuali satu sahaja, iaitu puak yang mengikut sunnahku dan sunnah sahabat-sahabatku”

Oleh itu untuk mengatasi dan membasmi segala ajaran atau amalan sesat yang terdapat didalam masyarakat Islam maka setiap umat Islam haruslah bertanggungjawab serta mengkaji sesuatu ajaran atau amalan itu secara terperinci dengan berlandaskan kepadaajaran Islam yang maha suci sebelum menyertai sesuatu ajaran, supaya dengan ini keimanan serta keyakinan umat Islam terhadap kebesaran kekuasaan Allah tetap terpelihara dan juga dapat mengelakkan umat-umat Islam di negara ini daripada terpedaya dan terperangkap dengan golongan-golongan yang mencari pengaruh disebalik tabir Islam.

EDITOR: NAIB YANG DIPERTUA 1 PERDANA.

Khamis, 4 Oktober 2012

INFORMASI SANTUN, INFORMASI HIKMAH: MAHASISWA a.k.a USAHAWAN






MAHASISWA a.k.a USAHAWAN

Pembangunan negara kita hari ini banyak bergantung kepada keteguhan ekonomi. Bidang perniagaan, perusahaan dan perdagangan telah berkembangan daripada bentuk pasaran secara kecil-kecilan kepada usaha yang luas di peringkat dunia antarabangsa. Pakar-pakar dalam bidang ekonomi dan keusahawanan merupakan satu keperluan yang sangat penting bagi mencapai produktiviti negara seterusnya membangunkan ekonomi dan menjadikan negara ini setanding dengan negara maju. Perkara ini selaras dengan matlamat Wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat perdangan dan perindustrian untuk membangunkan ekonomi negara.


*jam tangan ice watch yang menjadi kegilaan ramai mahasiswa ukm terutama exco perdana kerana warna dan  kotak jamnya yang comel..


Ia juga selaras dengan Pelan K-Ekonomi iaitu pelan untuk membentuk negara maju berteraskan pengetahuan ekonomi. Dalam usaha membangunkan ekonomi, malaysia perlu melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan. Bagi melahirkan usahawan berjaya, sistem pendidikan merupakan sistem yang penting kerana bermula dari pendidikan, minat terhadap keusahawanan dapat dicetus dan merangsang kepada usaha-usaha untuk menjadi usahawan. Dalam erti kata lain sistem pendidikan dapat melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya.


*getah lembut dan ringan amat sesuai untuk pelajar IPT.


Peter F. Drucker dalam penulisan menyatakan bahawa, “Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari”. Kenyataan beliau menegaskan bahawa keusahawanan boleh dipupuk dan dipelajari. Ini jelas menunjukkan sistem pendidikan memainkan tanggungjawab utama dalam melahirkan usahawan yang berdaya saing dengan menerapkan ciri serta nilai keusahawanan di dalam sistem pendidikan negara.


*sabun pembersih muka keluaran terbaru. dapatkannya sekarang..(selagi stok masih ada)
 klik: sabun vitamin

Merujuk semula kepada Wawasan 2020 yang ingin dicapai, Malaysia memerlukan lebih ramai usahawan yang mampu membangunkan negara. Ini jelas menunjukkan bahawa keusahawanan merupakan satu pendekatan yang dapat membantu mencapai matlamat negara. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, semasa menerajui negara, beliau memandang serius tentang masalah ini dan menghuraikan bentuk, corak serta tumpuan yang perlu dilakukan dalam kurikulum. Beliau menyatakan bahawa "Kita mestilah mempunyai hasrat untuk mencapai taraf yang setinggi-tingginya dari segi keterampilan pada rakyat kita, dari segi penghargaan mereka akan kemahiran dan pengetahuan serta kemajuan diri, dari segi kemampuan diri, dari segi kemampuan berbahasa, dari segi sikap mereka terhadap kerja dan disiplin, dari segi motivasi mereka terhadap kecemerlangan dan terhadap mendorongkan semangat keusahawanan". Usaha untuk menerapkan ciri keusahawanan dalam pembelajaran kini tidak boleh bergantung kepada silibus sahaja. Tenaga pengajar perlu memainkan peranan penting dalam mendorong semangat keusahawanan seperti mana yang dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri kita. Mereka perlu bijak mengatur dan menyusun strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran disamping menerapkan ciri-ciri keusahawanan. Selain itu, mereka juga perlu kreatif dalam menarik minat pelajar terhadap keusahawanan. Teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan seharusnya dapat merangsang dan mengembang minda pelajar serta menarik minat pelajar ke arah keusahawanan.


*bagi mereka yang inginkan keselesaan kulit yang berpanjangan, cubalah Sf beauty..

Pendidikan Negara bermatlamat menghasilkan modal insan seimbang dalam empat domain utama; kognitif, psikomotor, afektif dan sosial. Kemahiran Keusahawanan pula merupakan antara kemahiran penting dalam Kemahiran-kemahiran Insaniah (Soft Skills) yang harus dimiliki oleh pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan, Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menunjukkan komitmen mereka terhadap pelaksanaannya.

Kementerian yang terlibat akan memperkukuh usaha menjayakan pendidikan keusahawanan di Institusi Pengajian Tinggi dengan menerapkan beberapa elemen baru yang mampu melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang tinggi. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata antara elemen tersebut ialah memupuk sikap peribadi yang positif dan kemahiran yang membentuk asas minda dan tingkah laku keusahawanan, meningkatkan kesedaran pelajar untuk bekerja sendiri dan menjadikan keusahawanan sebagai pilihan kerja utama. Elemen lain ialah penggunaan kaedah berasaskan amalan di mana pelajar terlibat dalam kerja projek di luar bilik darjah dan menyediakan kemahiran asas perniagaan untuk bekerja sendiri dan pengetahuan bagaimana untuk memula dan membangunkan usaha komersial atau sosial dengan jayanya. "Kita perlu melahirkan usahawan di kalangan pelajar, bukan sekadar memupuk minat menjadi usahawan tetapi pada masa sama nilai-nilai keusahawanan itu menjadi ciri-ciri mereka seperti nilai inovasi dan kreativiti, memenuhi kehendak majikan, meningkatkan kebolehan pasaran dan daya saing yang tinggi," . Mohamed Khaled berkata keusahawanan yang boleh dibangunkan melalui pendidikan bukan sahaja menjanjikan pendapatan yang lumayan kepada usahawan tetapi mereka dapat mewujudkan peluang pekerjaan.
Menurut beliau juga, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut memperkenalkan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi sebagai langkah menggalakkan pembangunan modal insan dalam melahirkan siswazah usahawan. Dasar ini mempunyai enam teras utama iaitu :
  • Teras Pertama : Menubuhkan pusat keusahawanan di setiap IPT untuk merancang, menyelaras, memantau dan menilai program serta aktiviti pendidikan keusahawanan.
  • Teras Kedua : Menyediakan pendidikan dan program keusahawanan yang terancang dan holistik.
  • Teras Ketiga : Memantapkan program pembangunan dan pengukuhan keusahawanan untuk melahirkan lebih ramai graduan yang benar-benar menceburi bidang perniagaan.
  • Teras Keempat : Mewujudkan mekanisma pengukuran yang berkesan bagi menilai sama ada program yang dilaksanakan itu berjaya mencapai objektif.
  • Teras Kelima : Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan keusahawanan pelajar termasuk menyediakan peluang perniagaan di dalam kampus, khidmat perniagaan dan menyediakan peluang untuk pelajar menimba pengalaman dengan syarikat perniagaan berjaya.
  • Teras Keenam : Meningkatkan kompetensi tenaga pengajar keusahawanan. Antara Program Pembudayaan dan Penerapan Nilai Keusahawanan dan Program Latihan dan Bimbingan yang boleh dijalankan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (CESMED) UKM ke arah memupuk budaya usahawan adalah seperti berikut:
1.      Menubuhkan SAHABAT CESMED
2.      Seminar Siswa Niaga
3.      Hari Usahawan
4.      Bengkel Penyediaan Rancangan Perniagaan
5.      Ekspedisi Keusahawanan
6.      Latihan Asas Perniagaan dan sebagainya

Melalui program ini, secara tidak langsung dapat memupuk dan melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran keusahawanan. Ini adalah merupakan satu langkah permulaan yang baik bagi mencapai matlamat untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan bumiputera yang berjaya.

Objektif
Antara objektif utama CESMED UKM adalah :
  • Menggalakkan para pelajar menyertai semua program keusahawanan yang dijalankan
  • Memupuk minat para pelajar terhadap dunia perniagaan
  • Melahirkan para pelajar yang mempunyai pemikiran keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan berjaya
  • Mewujudkan kerjasama dikalangan para pelajar
  • Membantu pelajar yang ada kemahiran usahawan agar lebih berjaya
  • Mengenalpasti pelajar yang cenderung ke arah keusahawanan
  • Memberi pendedahan kepada mereka apa erti usahawan yang sebenar
  • Memupuk sikap suka berniaga dan menghasilkan sesuatu di kalangan pelajar
  • Melahirkan pelajar yang inovatif dan kreatif dalam penghasilan sesuatu
  • Memberi petunjuk kepada pelajar berkenaan agensi dan pertubuhan yang boleh dirujuk sekiranya berminat untuk menjadi seorang usahawan dalam apa jua bidang
Memberi semangat kepada para pelajar untuk mengaktifkan dan melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan.

Editor:  Exco keusahawanan.


*nota: gambar jam dan pembersih muka di atas tiada kena mengena dengan cesmed ukm.. ia merupakan barangan yang dijual oleh exco perdana..
bagi sesiapa yang ingin dapatkan barangan diatas dan bermacam lagi, sila klik ice watch dan sf beuaty..


Jumaat, 28 September 2012

Kembara Kolej Tun Syed Nasir, Cheras


Assalamualaikum

salam Anok-Berghanok semua ..

Sebelum menaip sepatah dua kata, admin nak minta maaf kerana terlambat update blog kesayangan ini. alasannya ialah kerana hendak siapkan proposal untuk thesis. Dalam kita aktif berpersatuan, pelajaran jangan ditinggalkan. Dahulukan yang penting sebelum yang penting. Kitalah yang menentukan mana satu yang lagi penting dalam menentukan masa hadapan kita. Bijaklah mengatur waktu untuk kedua-duanya sekiranya kita tidak mampu menentukan tahap kepentingan kedua-dua perkara ini..

Admin bukan pakar motivasi tetapi berkongsi resepi turun-temurun dari mantan-mantan exco PERDANA. Dengan harapan Anok-Beraghanok sama-sama berjaya dalam mendaki PEMBUKITAN di Universiti Kebangsaan Malaysia ini (ayat pres Farhan hahaha,mungkin sebab ukm ni banyak bukit kot).

Ehh, dah panjang mengarang ni, kita balik ke kembara KTSN tujuan asal kita. 

Al Kisah bermula pada petang ahad 17 september 2012 yang sejuk, awan mendung bagaikan hendak hujan, angin kencang bagaikan hendak ribut, hati bergelora bagaikan hendak menghampas jiwa apabila  mendapat perkhabaran tentang jemputan dari jaksa tentang Minggu Pengenalan Persatuan dan Kelab di KTSN yang bakal berlangsung 18 september hingga 19 september 2012.










Hati tak tenang tiada siapa yang tahu. 
esok program, ape pun tak ada kat bilik tu.. :(


Malam itu, kami bertungkus-lumus menyiapkan beberapa perkara yang perlu dibawa keesokkan hari.
Program Minggu Pengenalan Pelajar dan Kelab di KTSN bermula pada pukul 8 malam. Jadi kami ada 23 jam sebelum berangkat ke Cheras.

persiapan printer oleh Big Brother.

 sepasang handphone sedang berehat.

 khusyuk admin nih..bagus-bagus..hehehehe

 proses penguntingan book mark..design by admin..hahaha

 dalam bilik dah penuh, tempat baru sebelah kanan bilik..

exco pendidikan kita..cute. 
apa rahsia kulit putih berseri bagaikan disyurga itu?

tempat hujung bilik persatuan dan kelab, proses liminet.

sebelah kiri bilik perdana, proses pasang reben oleh exco romantik.

 big bos ke ni?

tempat rahsia (yang tak berapa rahsia).

 cekal dan tabah.

tempat baik punya.

 semua duk cari tempat ni, bilik perdana ada sape je?

 posing gadis ayu.

 the killer..
saksikan dipawagam..
coming soon.


antara possing-posing unik yang digayakan untuk hilang ngatok..
 
 hello, anybody there.?
 

 'kelik lambak ckit male ni, ado kijo..koci bilik amik doh ni.'
solihah ada roomate ke?


jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi, inilah antara muka yang tak ada life.


 presiden kita ada lagi disitu nampaknya.

 exco pendidikan kita cekal membuat tugasan.. bagus..

'hoh, dio geng gitu, bazir tu. meh nok ajar, ore geng gini.. (letak gam bintik-bntik)' presiden farhan.
'hehehe.. :).' solihah.
'pres, bilik perdana ini banyak lagi gam. boleh refill lagi'. Admin.


 bulan berganti matahari,
malam berganti siang..

  • fail? check.
  • pamplet?  check.
  • jadual? check.
  • baju nak bagi arina n muaz? check.
  • book mark? check. 

dah bawak kot semuanya..
pengembaraan bermula..
 

 kereta sewa  erk.
'Perdana buke tak dok duit, ado banyok, tapi tok de nok gi beli. kito sewa keto jah deh'. presiden Farhan.
':). baik pres'. kami.

the passenger.
caming soon di pawagam.

 the driver.
nantikan kemunculannya..



 yeah..we half way there.. :)

 what the...???
nak pergi mana  sebenarnya ni erk?
KTSN kat mana dah?

jawapannya..
we are lost!!!!macam dalam citer lost tu..
ini betul-betul, bukan cobaan..

dah la sesat :(
minyak habis pulak :(
we are in the middle of nowhere.. :(

tapi dengan kuasa Allah yang maha Esa lagi Maha Mengetahui, Dia turunkan mamat india ni untuk tarik kereta kami sehingga sampai ke stesen minyak.

'Rm 30 ye dik'. mamat india.

pengembaraan yang tersekat ini pun bermula kembali.

 'maghrib dah ni? kita kat mana ni?'monolog kami.
lebih kurang pukul 10 kami pun sampai..
 :( tapi :)


 antara adik FTSN yang daftar.










day 2..
tak sesat dah. :)
 













kami.


insyaAllah ketemu lagi kita.
semoga ukhwah ini akan terus terjalin hingga hujung nyawa..
 
sek kito jange pecoh!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...