JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Selasa, 31 Ogos 2010

PROGRAM JALINAN MUHIBAH PMKUM-PERDANA UKM



assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, baru-baru ini, pada 29 0gos 2010,ahad,telah diadakan program jalinan muhibah yang telah menemukan dua organisasi persatuan anak-anak kelantan dari dua universiti iaitu PMKUM dari Universiti Malaya dan PERDANA UKM dari Universiti Kebangsaan Malaysia. program yang diadakan di Universiti Malaya ini benar-benar telah menjalinkan hubungan antara dua organisasi besar, dua universiti.terlaksananya program ini atas usahasama dua organisasi gah ini dan usaha keras pihak PMKUM . Antara aktivitinya adalah , ucapan dari ketua program pihak PMKUM, ucapan presiden PMKUM,ucapan presiden PERDANA UKM, pengenalan setiap saf pimpinan PMKUM dan PERDANA UKM , dan....






mengambil makanan berbuka puasa yang disediakan pihak PMKUM yang menyelerakan..berbuka puasa bersama-sama sebelum menunaikan solat maghrib.


pemberian cenderamata dari pihak PMKUM kepada presiden PERDANA UKM(kanan)



Presiden membalas pemberian cenramata kepada presiden PMKUM(kiri)



majlis tertinggi PMKUM dan PERDANA UKM



untuk pengetahuan semua,PMKUM dan PERDANA UKM adalah organisasi yang mempunyai umur yang sama,iatitu 34 tahun penubuhan.kedua-dua organisasi ini ditubuhkan pada tahun 1976. jadi,kita semua satu hati...semoga ukhwah yang dibina kekal selamanya...amin. setinggi-tinggi terima kasih kepada PMKUM kerana sudi menjemput dan bertemu dengan kami,pihak PERDANA UKM . :)

sekian terima kasih

Ahad, 29 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA "PERDANA UKM"


ASSALAMUALAIKUM....

InsyaALLAH, pada 1/9/2010 ini akan diadakan iftar bersama-sama ahli PERDANA UKM. pada hari ini juga akan diadakan majlis penerangan berkaitan trip bas cuti raya PERDANA'10 bertempat di seminar siswazah 1(BSS1)FPI pada jam 5 petang. jom anok branok kito pakat gi.. salam ramadhan .

Di Ambang Pertemuan

Salam, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak ini, PERDANA mengajak pembaca blog ini kepada satu topik yang sering dilupakan. InsyaAllah akan membawa manfaat untuk kita semua.

Sebaik-baik pergaulan di kalangan umat Islam ialah apabila bertemu saudaranya, dia menunjukkan tingkahlaku dengan perwatakan yang baik, manis muka serta menerima dengan penuh rasa gembira yang tidak terhingga.

Reaksi seperti ini amat disukai oleh Allah dan RasulNya dan besar ertinya di sisi syariat Islam serta mendapat ganjaran pahala yang banyak daripada Allah SWT.

Rasulullah SAW melarang umatnya menghina atau memandang rendah dan memperkecilkan orang lain ketika bertemu dengan sabdanya :

2021 الصفحة الرئيسية » الحديث » صحيح مسلم » كتاب البر والصلة والآداب " باب استحباب طلاقة الوجه عند اللقاء
Jangan sekali-kali kamu menghina sesuatu yang baik dan kalau kamu bertemu saudaramu hendaklah dengan muka yang manis. (Riwayat Muslim)

Pengajaran di sebalik hadith di atas ialah Rasululllah SAW menyuruh umatnya mengukir senyuman ketika bertemu dengan kawan atau sahabat dan juga sesama saudara dalam Islam kerana senyuman yang dapat mengeratkan tali persaudaraan.

Mulakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan senyuman, kerana senyuman menceriakan suasana dan mententeramkan.


(Rokiah Ahmad. 2004. Adab Pergaulan Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah. Kuala Lumpur : Pustaka Haji Abdul Majid)


Isnin, 23 Ogos 2010

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, kami dari barisan pimpinan PERDANA sesi 09/10 ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada semua umat Islam khususnya kepada anok beghanok kita. Semoga Ramadan kali ini mampu menjadikan diri kita sebagai hamba Allah yang sebenar-benarnya. Sama-samalah kita memanfaatkan bulan yang mulia ini bagi mendekatkan diri kita denganNya. Jadilah hamba Allah yang soleh dan solehah. InsyaALLAH.


FADILAT DAN KELEBIHAN PUASA

*Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam”.

*Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa’d. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya”.

*Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.

Sabda Rasulullah berkaitan puasa


(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Tentunya sekali pahala yang melimpah ruah ini tidaklah diperolehi hanya dengan menahan diri dengan berlapar dan dahaga sahaja, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW:


Maksudnya:

“Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta tetapi masih sahaja berbohong, maka ALLAH sama sekali tidak berhajat kepada puasanya, walaupun ia sama-sama berlapar dan dahaga.”

(Hadith riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya:

“Puasa itu adalah perisai. Sekiranya seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia bercakap lucah, berbuat kefasikan dan kejahilan. Jika seseorang mencacinya, maka hendaklah ia menjawab: Aku sedang berpuasa.”

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)



Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.

(Hadis menurut Sahih Muslim)

Dari Salman r.a. meriwayatkan pada hari terakhir bulan Syaaban, Rasullullah berkhutbah kepada kami,

“Wahai manusia, kini telah dekat kepadamu satu bulan yang agung, bulan yang penuh dengan keberkatan, yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik deripada seribu bulan, inilah bulannya yang Allah tetapkan puasa padanya sebagai fardhu dan Solat Terawih dimalamnya sebagai sunat.

Barangsiapa yang ingin mendekatkan diri pada Allah pada bulan ini dengan suatu amalan sunat maka pahalanya seolah-olah melakukan amalan fardhu pada bulan lain. Dan barangsiapa melakukan amalan fardhu pada bulan ini maka akan dibalas dengan pahala seolah-olah telah melakukan 70 amalan fardhu pada bulan-bulan lain. Inilah bulan kesabaran dan ganjaran bagi kesabaran sejati adalah syurga, bulan ini juga adalah bulan simpati sesama makhluk. Pada bulan inilah rezeki orang-orang beriman ditambah.

Barangsiapa memberi makan (berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa maka kepadanya dibalas dengan keampunan terhadap dosa-dosanya dan dibebaskan dari Neraka Jahanam dan dia juga memperoleh pahala sama dengan orang yang puasa tadi tanpa sedikitpun berkurang pahala orang yang berpuasa itu. Kami (para sahabat) bertanya : “ Ya Rasullullah, tidak semua orang diantara kami yang dapat memberikan sesuatu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka”. Rasullullah menjawab, “Allah akan mengurniakan balasan ini kepada seseorang yang memberi makan orang yang berpuasa dengan sebiji kurma atau seteguk air atau sehisap susu. Inilah bulan yang sepuluh hari pertamanya rahmat, sepuluh hari keduannya keampunan dan sepeluh hari akhirnya pembebasan dari api neraka. Baran gsiapa yang meringankan beban hamba sahayanya pada bulan ini maka Allah akan mengampuninya dan membebaskannya dari api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Dua perkara dapat mendatangkan keredhaan Tuhanmu dan dua lagi yang pasti kamu perlukan. Dua perkara yang mendatangkan keredhaan Allah adalah hendaklah kamu membaca kalimah thayyibah dan istighfar dengan sebanyak-banyakknya. Dua perkara yang pasti kita memerlukannya ialah hendaklah kamu memohon kepadaNya untuk memasuki syurga dan berlindung kepadanya dari api neraka jahannam.

Dan barangsiapa memberi minum (berbuka) kepada orang yang berpuasa maka Allah akan memberinya minum dari telagaku yang sekali minum sahaja, dia tidak akan merasakan lagi dahaga sehingga ia memasuki syurga.

Hadis Riwayat Ibnu Khuzhaimah dalam Sahih Ibnu Khuzaimah dan Imam Ahmad berkata hadis ini tidak kuat.

Sheikhul Hadis Maulana Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi dalam Kitab Fadhilah Ramadhan menyebut :


“Para ahli hadis telah membicarakan sebahagian perawi hadis di atas. Tetapi hadis yang berkenaan kelebihan amal ini boleh diamal dan boleh dipertimbangkan, terutamanya apabila kandungan hadis tersebut diperkuatkan dengan riwayat yang lain.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya).







Rabu, 11 Ogos 2010

Kelebihan Bulan Ramadhan

Yahya ibn Ayyub dan Ibn Hajar telah menyampaikan kepada kami, mereka telah berkata, Ismail ibn Ja'far telah menyampaikan kepada kami daripada Abi Suhail dari Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.

Al-Muslim, Sahih al-Muslim, Kitab Puasa, Bab Kelebihan Bulan Ramadhan. No : 1793

Jumaat, 6 Ogos 2010


TAQWA UNITED vs NAFSU CITY

assalamualaikum…disini jom kita kongsi dan dalami apa yang biasa terjadi setiap kali tibanya bulan ramadhan yang mulia khususnya 10 malam terakhir ramadhan..

Tepat jam 12 malam 21 Ramadan 1430 H, bilal meniupkan wisel tanda bermulanya separuh masa kedua perlawanan akhir, Piala Juara-Juara Ramadan di antara Taqwa United dan Nafsu City. Pengkritik dan penganalisa bola sepak tanah air (ustaz-ustaz) telah banyak memberikan pandangan serta komentar yang pedas tentang persembahan longlai pasukan tempatan, Taqwa United dalam tempoh separuh masa pertama perlawanan di konti-konti Masjid berdekatan.


Untuk makluman saudara sekalian,

Taqwa United sedang ketinggalan 3-0 oleh seteru tradisi, Nafsu City. Dua gol daripada penyerang berbisa Nafsu City iaitu Emmanuel Amarah manakala satu lagi gol daripada Carlos Umpat meletakkan pasukan mereka sebelah tangan menggenggam piala teragung buat umat. Strategi 3-4-4 dengan 4 orang striker yang digunakan team Nafsu City sukar dikekang barisan pemain muda Taqwa United. Barisan pertahanan team tempatan yang diketuai oleh Zikir Selawat dan pemain kelahiran Narathiwat, Wirid Harian lemas dalam asakan rangkaian serangan emas yang dibarisi Roque Syahwat Cruz, Carlos Umpat, Dengki-ho dan Emmanuel Amarah (Pemenang Kasut Emas Liga Juara Ramadan musim lalu dengan 30 gol setiap hari)


Penganalisa berpendapat jurulatih pasukan Taqwa United, Sir Iman DHati perlu melakukan rombakan besar-besaran bukan sahaja dari sudut taktik malahan pemain. Pemain-pemain veteran yang longlai seperti Pose Kosong dan Tido Slalu perlu diganti dengan pemain muda berbakat seperti Ikhlas Sedekah atau Tadarus Quran demi memantapkan jentera tengah pasukan Taqwa United. Pemain-pemain veteran kelihatan tidak bermaya dan gagal mengekang kelincahan Gareth Boros dan Stephen IkutNafsu terutama ketika waktu berbuka dan di pusat membeli-belah di separuh masa pertama.


Begitu juga dengan rangkaian serangan pasukan United yang diterajui Tahjud-Din dan Munajat Malam, MM perlu dikerah untuk beraksi di segenap kotak sejadah bagi mengucar-kacirkan kubu pertahan lawan yang dikawal ketat Jolelon Lagho dan Kolo TidoLajak. Tambahan pula, penyerang berkembar itu perlu mengelakkan diri daripada terus diselimuti kedua-dua tembok besar pasukan Nafsu City itu untuk menjaringkan gol-gol yang diperlukan.


Namun penganalisa tempatan begitu optimis bahawa team Taqwa United mampu mengurang defisit tiga gol lawan dalam separuh masa kedua nanti. Dengan ketiadaan ketua jurulatih pasukan City yang digantung, Iblis dan pembantu jurulatih, Satan, pasukan Taqwa United masih berpeluang merangkul kejuaraan kurniaan Ilahi seterusnya meraikan kemenangan di Aidilfitri.


Sewaktu wawancara bersama Sir Iman DHati, anak buahnya bersemangat mengejar bonus dan ganjaran berlipat kali ganda yang dikurniakan pada 10 minit terakhir permainan. Mereka juga berharap tuah Lailatul Qadar menyebelahi mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka tahun lalu. Selain itu, beliau juga berharap agar ibrah Nuzul Quran dapat dijadikan tonik kemenangan dan pembakar semangat buat pasukan muda United mengejar impian mereka bergelar Juara.


Oh ! Kelihatan, penyokong pasukan Nafsu City dan Taqwa United sudah mula memenuhi semula tempat duduk masing-masing. Penyokong kedua-dua pasukan bersorak bersungguh-sungguh demi membangkitkan semangat team kesayangan mereka. Team sorak Nafsu City dengan pakaian yang menjolok mata dan mengurangkan pahala manakala team sorak Taqwa United dengan pakaian seorang Muslim sejati juga telah berkumpul di tepi padang untuk terus menghangatkan bahang perlawanan.


Siapakah yang akan memenangi perlawanan berprestij ini? Layakkah team Taqwa United menerima imbuhan pelepasan api neraka seperti yang dijanjikan Ilahi selepas tamat perlawanan? Atau kemenangan akan bertukar tangan kepada pasukan yang berbelanja besar, Nafsu City musim ini? Jika kemenangan bertukar tangan maka imbuhan kemenangan yang diperolehi akan dijadikan modal oleh Iblis dan Satan untuk terus berbelanja besar pada musim hadapan mengikat pemain-pemain terbaik dunia seterusnya menutup peluang pasukan lain mengejar impian akhirat.

Sama-sama kita saksikan kesudahan perlawan akhir ini...

(ahlan wasahlan kepada bulan ramadhan yang bakal tiba.insyaALLAH moga bulan ramadhan kali ini adalah lebih baik dari sebelum-sebelumnya.amin…)
Sumber dari iluvislam.com..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...