JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Jumaat, 24 April 2009

Akhirnya Ke Old Trafford


Akhirnya pemain bola sepak Kelate ke Old Trafford pada bulan 8 ni.. Terlebih dahulu tahniah kepada semo pemain Kelate... kerana sungguh sengoti nak julang Piala FA namun rezeki buke milik kito, tapi pemain Kelate ari tu memang semangat Pahlawan Tok Janggut kito.. bermati-matian pade nga s motto kito " Gomo Kelate Gomo".

Kami penyokong Kelate memang berpuashati, persembahan yang ditunjukkan, rugi sapo2 x g malam perlawanan akhir tu...

Kalah penalti tapi menang permainan dan menang penyokong... penyokong Kelate lebih rama daripada penyokong Selangor.. hebat cukup hebat..

Nak tau? Konvoi UKM sajo pun hampir2 200 oghe...
sebut pasal konvoi.. Perdana ucapkn timo kasih banyak ko Mat Muto - Mat Muto kito.. xleh g nga bas pun muto jadi taruhan... puak2 kito juruh2 belako.. balik kul 1 di UKM n kena gomo study nak exam pulak.. study kito study, Kelate kito jange dilupa.. bereh.

Harapannya terus sokong bola sepak Kelate dan sokong program2 PERDANA untuk anok beghanok UKM..

InsyaAllah program terdekat xlamo doh akan publish.. tunggu dan lihat!!!

Isnin, 20 April 2009

Salam Kejayaan & Kemenangan Dalam Peperiksaan


" SEBUAH KEJAYAAN MEMERLUKAN...
SATU MASA,
MASA RAJIN DIMESTIKAN,
MASA MALAS DIBUANGKAN,
MASA FOKUS DIMAKSIMUMKAN,
MASA TIDUR DIOPTIMUMKAN,
MASA MAKAN DISEIMBANGKAN,
MASA STADI DIUTAMAKAN,
MASA SOLAT DIDOAKAN,
MASA USAHA TANPA HENTIAN,
MASA MENGHARAP, HARAPLAH PADA TUHAN.


"YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KIRANYA KEJAYAAN ENGKAU ANUGERAHKAN KEPADA KAMI, JAUHKANLAH KAMI DARIPADA SIFAT RIAK DAN TAKABBUR,
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KIRANYA KEGAGALAN ITU MILIK KAMI, JAUHKANLAH KAMI DARIPADA SIFAT MALAS, LEMAH DAN PUTUS ASA UNTUK KAMI TERUS REDHA DENGAN KETENTUANMU. JALAN2 INI PENUH LIKU DAN KESUSAHAN, PERMUDAHKANLAH.. PERJUANGAN INI BANYAK MEHNAH DAN TRIBULASI, KUATKANLAH KAMI UNTUK MENGHADAPINYA DAN BERTAMBAH KUAT IMAN KAMI, BERTAMBAH BERKAT ILMU KAMI, BERTAMBAH SUBUR AMAL... AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA KAMI, SUCIKANLAH HATI KAMI DARIPADA KEKOTORAN DAN TITIK HITAM, MOGA SATU MASA KAMI DAPAT MENGGAPAI MAGHFIRAH DAN REDHAMU ILAHI.

IMTIHAN INI SATU UJIAN, UJIAN INI AMAT MUDAH JIKA ENGKAU MUDAHKAN, PERMUDAHKANLAH YA ALLAH...
JADIKAN KEJAYAAN KAMI SATU KEIZZAHAN UNTUK ISLAM,
LEBIH MENTAQARRUBKAN DIRI INI PADA MU.

BERIKANLAH KAMI KEJAYAAN DI DALAM PEPERIKSAAN AKHIR INI,
BERIKANLAH KAMI KEJAYAAN DI DUNIA DAN KEJAYAAN DI AKHIRAT DENGAN RAHMAT DAN KEREDHAANMU.
AMIN YA RABBAL ALAMIN.


Rabu, 15 April 2009

CERGAS BERSUKAN, CEKAP PENGURUSAN, CEMERLANG PEPERIKSAAN

"Pusat Bowling Metro Point menjadi saksi
Pertemuan Anok Beghanok Yang Terakhir Sebelum Final Exam"
Peserta Lelaki KBP 09 bersama Abe2 Exco

Peserta Perempuan KBP 09 bersama Kak2 Exco

Sesi Penyampaian Hadiah kepada Pemenang

FEP Kelate Antara yang terbaik..

Sapo tu? Islam itu luas berkopiah ttp power dalam sukan..
hebat2 penuh aksi!!

"Kaum Hawa pun biso jgk men boling nih..

Tgk2 tu bertepuk tangan nh, ni mesti Strike.. he
tp yo ko.. kot2 badi masuk longkang..

Tgk tu Mantan Sukan kito memg xnafi hebat dlm bab2 sukan..
bergaya jgn xbergaya biar bola p ke mana..he3

Rusuhan. demontrasi untuk tuntut Kasut msg2..

Tersenyum KP setibanya di hadapan Metro Point..
semua melangkah dengan penuh bersemangat..


KEJOHANAN BOLING PERDANA 2009

Tahniah, Syabas serta Jutaan Terima Kasih daripada Barisan Pimpinan Perdana kepada ANDA yang telah menjayakan program sulung bagi Sekretariat Sukan Perdana (SUPER) dan merupakan perintis Kejohanan Boling bagi Perdana itu sendiri...

Kejohanan Boling ini bukan semata-mata untuk kita bergela ketawa atau suko-suko, namun ia bermatlamatkan untuk menjana mahasiswa yang cergas sukan, cekap pengurusan dan cemerlang peperiksaan. KBP 09 ini diadakan untuk memenuhi permintaan daripada semua anok Kelate di UKM, untuk melihat sukan itu satu kebajikan yang diperjuangkan oleh PERDANA. InsyaAllah program ini telah kita jayakan yang mendapat sambutan yang amat mengejutkan dengan mencapai sasaran seramai 80 orang peserta termasuk 2 pasukan EXCo dan 2 pasukan daripada Mantan Perdana walaupun publisiti kurang memberansangkan.

Sentuh bab publisiti... semua ajk runsing... eh nak cari mano la ore ado 3 ari lagi... mcm2 strategi dicatur dan alhamdulillah berkat pertolongan Allah dan komitmen ajk kita akhirnya capai sasaran yang sebenar walaupun sasaran awal hanya seramai 50 orang.

Ini bermakna berlakunya penambahan lorong dan kumpulan di saat-saat akhir kejohanan.. dengan 20 line atau lorong dan 4 orang setiap pasukan.

Ado pulak oghe tanyo... Bakpo la wat dekat-dekat exam ni... jawabnyo: nk hilangkan stress nk exam, lepas geram asigment yang baru setle, tmbh exco hlg tekanan dal beroganisasi. selain tu, nk bangkitkan semangat baru kpd semua, smgt berpasukan dalm wat kijo karo.. samo jgk dkt2 exam pakat2 bagi nota2 n study sama2... boling perlu fokus n konsitret sama jugk belajar dan study perlu kedua-duanya... jln y lurus blh strike, jln bengkok msk longkang.. strategi y btl dpt y terbaik, strategi slh dpt y buruk.. dan banyak lagilah reasonnya...

Eh pado dk men boling tu baik kito maye hajat? bkn gitu ,kito tgk dh byk dh persatuan2 len buat maye hjt termasuk PMUKM bt maye hajat slps balik dr men boling.. jd PERDANA cuba alih tumpuan kepada cara hilang stres dgn bersukan pulak, maye hjt bg admire lbh cntik khususi bkn umumi.. ini tanggungjwb Perdana untuk buat? itu betul tp salahkah kito guna pendekatan yang berlainan? Cara duniawi dan untuk Ukhrawi kita serahkan pada semua anok beghanok. InsyaAllah, tidak betul jgk kami bt ni, kami mintak maaf... y ptg kami ada alasan untuk ini!!!

Tapi nak tanyo Best tak men boling? BEST.......... itu jawapannya.. kito tetap bersamo dalam memajukan PERDANA, kalu boling boleh capai sasaran dan komitmen begitu tinggi yang ditunjukkan ahli.. lepas ni program-program lain jugk samo tidak kiro bentuk sukan ko, akademik ko, kepimpinan ko dan len2 lagi.. wajah2 yang kelihatan pada KBP 09 tetap kelihatan pada program-program lain. Majulah Sukan untuk Perdana. Merakyatkan Kepimpinan Melalui Kebersamaan.

Sabtu, 11 April 2009

Jadikan Rasul Panduan, Capai Kejayaan

Setakat manakah pencapaian seseorang insan itu untuk diiktiraf sebagai cemerlang dan apakah kriteria diguna pakai bagi mengukur tahap sesuatu kecemerlangan. Jika tahap kecemerlangan dapat diukur dengan tepat, maka perancangan strategi untuk mencapai kecemerlangan akan menjadi satu pelan tindakan yang praktikal, kukuh dan jelas.

Oleh demikian, perkara utama adalah penentuan matlamat tepat dan jelas. Sehubungan itu, Allah menggariskan dasar kepada matlamat kehidupan insan seperti firman-Nya bermaksud: “Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar.” (Surah al-Maidah, ayat 119)

Ayat ini menyatakan kejayaan besar ialah mendapat keredaan Allah dalam tempoh jangka masa panjang yang bersifat kekal dan abadi selamanya.

Segala perbuatan insan sewajarnya dilakukan semata-mata untuk mendapat keredaan Allah dan bukan untuk mencapai matlamat lain kerana semua matlamat sampingan atau jangka pendek berpunca daripada keredaan Allah terhadap makhluk-Nya.

Rasulullah Role Model Yang Terbaik

Justeru, bagi membolehkan semua insan mencapai kecemerlangan, Allah mengutus model insan cemerlang yang tiada tandingan sehingga hari kiamat, tidak lain dan tidak bukan, Nabi Muhammad.

Firman Allah bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Allah mengiktiraf Nabi Muhammad contoh ikutan terbaik bagi insan yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik di akhirat. Uswatun dalam ayat itu bererti model, contoh ikutan untuk ditiru atau diteladani.

Berdasarkan ayat ini, keredaan Allah sesuatu menjadi harapan (yarju) bagi setiap insan yang sedar kedudukannya sebagai makhluk tidak memberikan kesan terhadap apa-apa benda atau perkara melainkan dengan izin-Nya.

Tema Insan Cemerlang Ummah Terbilang menggambarkan hasrat untuk mencapai matlamat sebagai ummah terbilang menerusi penghasilan insan cemerlang. Kewujudan insan cemerlang pada zaman Rasulullah terdiri daripada sahabat. Hal inilah diperjuangkan Rasulullah sejak dulu kini diwarisi ulama.

Kecemerlangan insan bukan diukur secara fizikal atau materialistik. Nilai yang digunakan untuk mengukur kecemerlangan insan ialah ketinggian akhlak.

Bahkan tugas utama Nabi Muhammad ialah menyempurnakan akhlak seperti dinyatakan Baginda dalam sabdanya bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Mengukuhkan penyataan ini, Allah membuat penegasan dengan firman-Nya bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia.” (Surah al-Qalam, ayat 4)

Akhlak dalam Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk nilai moral, etika dan adab. Setiap Muslim ditegaskan supaya menghayati nilai kerana insan cemerlang ialah yang paling baik akhlaknya.

Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang terpilih antara kamu ialah orang-orang yang mulia akhlaknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah juga menegaskan tunjang kepada kewujudan ummah terbilang diasaskan dengan penerapan nilai akhlak seperti sabda Baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini?” (Hadis riwayat al-Tabrani)

Kesimpulannya, matlamat agung kewujudan manusia ialah untuk mendapatkan keredaan Allah sebagai satu kurniaan nikmat abadi, mManakala ukuran pencapaian atau indeks prestasi insan dalam mencapai matlamat itu ialah tahap ketinggian akhlak seperti dipamerkan Rasulullah.

Namun, penghayatan akhlak semakin merosot di kalangan ummah sehingga gejala sosial menjadi isu sukar dibendung. Untuk mencapai tahap akhlak yang tinggi, perlu kembali kepada ajaran Islam dengan menegakkan nilai Islam dalam kehidupan.

SELAMAT STUDY, JGN LUPA MAK AYAH, SE
LAMAT MAJU JAYA..


DRP PERDANA 08/09

Selasa, 7 April 2009


Semalam telah berlalu satu forum isu mahasiswa, seperti tertera dalam poster...
Tahniah, Syabas & Terima Kasih kepada semua yang hadir dan terlibat secara langsung dalam menjayakan program. terutamanya Penasihat PERDANA Prof. Emeritus Dato' DR. Abdul Latif, Prof Madya Khaizhir, ahli panel yang mantap-mantap (Pensyarah FUU, Pen Pegawai Wisma Aman, Polis Kajang) dan penggerak yang bertungkus lumus dalam BICARA SISWA 2009

Apa yang ingin saya bawakan pada anda, semlm terbongkar segala-galanya.. Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, kebajikan mahasiswa adalah kebajikan bersama... tanggungjawab siapa? tanggungjawab semua!!! keselamatan mahasiswa adalah tanggungjawab semua... kita kena sedar selaku mahasiswa perjuangan untuk kebajikan mahasiswa bukan untuk PMUKM atau MPP sahaja selaku entiti yang besar namun kita sendiri bernaung di mana-mana institusi @ organaisasi semestinya mempunyai kesedaran yang tinggi dalam memperjuangkan hak mahasiswa.. " Kebajikan, Kepimpinan, Keintelektualan " seringkali dilaungkan bila berucap... namun sejauhmana kita menjaga kebajikan mahasiswa, saya tujukan kepada semua persatuan & organisasi kebajikan mahasiswa..

Saya tidak terkilan orang tidak ramai, kerana inilah realiti mentaliti mahasiswa kita, betul Abang Rama kata, betul Tun Mahathir kata... mentaliti kita kelas ketiga. Mentaliti pertama kita pada hiburan, gelak ketawa dan kepolitikan kepartian.. politicion thinking kononya.. padahal kalau mereka orang politik soal ini juga mereka perjuangkan!!! betul atau tidak terserahlah pada semua? Paling penting mereka yang hadir betul-betul mereka inginkan satu keamanan dan keselesaan hidup di bumi UKM. Syabas dan tahniah saya ucapkan.

Sy cukup terkilan bila orang kata Perdana mencampuri urusan PMUKM, kerja ni untuk MPP serah pada mereka... kerja-kerja yang PERDANA buat ini melangkaui PMUKM... tak boleh buat.. Maaf saya kata betapa kolotnya pemikiran kita, usah bicara soal mahasiswa minda kelas pertama, rakyat Malaysia minda kelas pertama... sekiranya fikiran kita masih di tahap ini... bukan kita mencabar PMUKM, tapi alangkah bagus kita membantu mereka dalam soal ini kerana ini adalah kebajikan kita bersama. PERDANA terpanggil dalam membicarakan isu ini kerana memikirkan kebajikan mahasiswa anak kelantan antara majoriti mahasiswa di UKM dan kebajikan semua mahasiswa UKM.

Satu lagi ingin saya berkongsi, non-muslim petah berbicara soal Islam, bijak merungkai kata.. mentazkirah kita yang Islam realitinya, terngiang lagi saya ayatnya " alam barzakh, zan waham, ijmak, qias" byk perkataan lain "Islamic word". Ade diploma guaman Syariah.. Paling mengejutkan secara peribadi beliau menyokong HUDUDullah dalam sistem perundangan..Tidak tercabarkah kita wahai umat Islam, ramai Melayu Islam menolak namun non-muslim menyokong. Apakah konkulusinya?

Tidak silap kita menjemputnya menggantikan Kamal Affandi.. beliau bicara soal perundangan sivil dan Islamic law..

Akhir kalam, saya seru sahabat organisasi lain bersama kita perjuangkan isu kebajikan mahasiswa seluruhnya.. bukan melangkaui PMUKM tetapi membantu mereka walau mana-mana posisi atau sudut. semoga yang hadir semalam mendapat input yang bermakna dan sampai-sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir "ballighu a'nni walau a..yah".

KP Bicara Siswa :)

Jumaat, 3 April 2009

KEJOHANAN BOWLING PERDANA UKM



Tarikh : 16 April 2009
Masa :3.00 ptg -6.30 ptg
Hari :Khamis
Tempat :Pusat Bowling, Metro Point Kajang, Selangor
Anjuran:Sekretariat Sukan(SUPER)
Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim
Universiti Kebangsaan Malaysia

"Cergas Cekap Cemerlang"Jangan lepaskan peluang!!!!!
Inilah masanya anda buktikan bakat terpendam yang ada.
ajak ramai-ramai.......
Pastikan kemenangan milik anda!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...