Sabtu, 10 Oktober 2009
PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2009-2010 DAN PENILAIAN PENGAJARAN KURSUS SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2009-2010
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita sekiranya pelajar program Ijazah Pertama membaca dengan teliti pekeliling ini dan mengambil tindakan seperti berikut:-
1. Pelajar hendaklah menggunakan Pengenalan dan Katalaluan (NPP) masing-masing bagi mencapai dan menggunakan laman web http:www.my/smpweb. Pelajar adalah dinasihatkan supaya tidak mendedahkan NPP masing-masing untuk mengelakkan timbul sebarang masalah dikemudian hari
2. Sebelum Pendaftaran Awal dibuat semua pelajar adalah disyaratkan membuat penilaian pengajaran kursus yang diambil pada semester semasa melalui lamanweb yang sama mulai 21 September, 2009.
3. Pendaftaran Awal Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2009-2010 akan diadakan pada 12 – 25 Oktober, 2009 (2 minggu) melalui laman web http:www.ukm.my/smpweb.
4. Pendaftaran Awal adalah diwajibkan kepada semua pelajar program Ijazah Pertama KECUALI pelajar Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian. Bayaran PTPTN akan ditahan dan denda sebanyak RM15.00 akan dikenakan jika pelajar gagal membuat Pendaftaran Awal pada tempoh yang ditetapkan.
Pelajar yang tidak membuat Pendaftaran Awal hanya dibenarkan membuat Pendaftaran Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2009-2010 pada 21 Disember 2009.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan