JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ucapan. Papar semua catatan

Rabu, 16 September 2009

Al-Fatihah Buat Arwah Nenek Saudara Radhuan (Mantan Bendahari Perdana 07/08)


alfatihah buat arwah nenek mantan exco bendahari perdana (Radhuan) yang telah kembali ke Rahmatullah pada waktu Asar petang semalam (15 September 2009) bersamaan 25 Ramadhan 1430Hijrah akibat sakit tua...
semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa...amin

Jumaat, 13 Mac 2009

PERUTUSAN PRESIDEN PERDANA



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Pertamanya, marilah kita sama-sama menadah tangan mengucapkan syukur kepada Allah swt kerana dengan izin serta Inayah-Nya, kita masih lagi diberi peluang untuk bersama-sama menghirup udara nyaman serta dapat meneruskan kehidupan dalam keadaan aman. Justeru, sama-samalah kita menjaga hubungan ketuhanan ini dan dalam pada masa yang turut menjaga hubungan kita sesama makhluk yang lain di atas muka bumi ini.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh ahli PERDANA sekalian kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada kami untuk memimpin PERDANA pada kali ini. Terima kasih juga diucapkan diatas sokongan dan penglibatan anda semua dalam PERDANA selama ini. Kami barisan pimpinan PERDANA sesi 2008/2009 sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu perkhidmatan kami ke arah yang lebih cemerlang di samping merapatkan lagi ukhuwah antara pimpinan PERDANA dan ahli serta masyarakat amnya.
Rakan-rakan mahasiswa/i sekalian,
Pepatah mengatakan, “patah tumbuh silih berganti”. Ayat-ayat seumpama ini cukup sinonim apabila tiba sesi baru dan pertukaran kepimpinan ke tampuk yang lain. Hakikatnya, semua itu adalah adat dunia yang mengajar kita erti kehidupan bahawa setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Justeru, saya menyeru kepada kepimpinan yang baru PERDANA sesi 2008/2009 terutamanya untuk kita bersama-sama berusaha sedaya mungkin dalam memperkasakan lagi PERDANA sesuai dengan dua usul yang dibawa pada pimpinan sesi kali ini, iaitu memperkasakan lagi usaha kearah memasyarakatkan PERDANA untuk semua lapisan dan pelbagai latar belakang masyarakat sekeliling dan meluaskan lagi kerjasama antara PERDANA dengan pertubuhan-pertubuhan berdaftar yang lain kearah mencapai misi, visi dan objektif penubuhan PERDANA usaha dan memantapkan gerak kerja bukan hanya untuk meninggalkan nama semata-mata tetapi lebih lagi sehingga terkesan di hati warga PERDANA khususnya dan warga UKM amnya.
Buat sahabat-sahabat ahli PERDANA yang dikasihi sekalian, teruskanlah menyokong segala usaha dan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh kami sepanjang sesi ini. Siapalah kami tanpa sokongan kalian semua. Biar di mana anda berada tapi kita tetap bersama.
Sekian, salam perpaduan. “KITO ANOK BEGHANOK”
KHAIRUL ANUAR BIN MAT LAZIM PRESIDEN PERSATUAN MAHASISWA KELANTAN DARUL NAIM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2008/2009

Ahad, 28 Disember 2008

Selamat kembali ke UKM


Alhamdulillah,
sudah hampir sebulan kita bercuti bersama keluarga, walaupun berat kaki ini untuk melangkah semula datang ke medan perjuangan kita tetap teruskan jua untuk mengharapkan setitis ilmu.Tahniah bagi yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dan bagi yang kurang berjaya, masih lagi ada sinar dan harapan, usah berputus
asa tetapi teruskanlah berusaha.

Takziah buat Kerabat Diraja Negeri Sembilan
Selepas menjejakkan kaki semula ke bumi UKM, kita dikejutkan dengan berita kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar
ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang juga selaku canselor UKM pada 27 Disember lalu.Baginda dilaporkan mangkat pada jam 11.45 pagi di hospital Tuanku Ja'afar.Marilah sama-sama kita mendoakan agar roh baginda ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Pendaftaran kursus awal sem

Buat mahasiswa/i UKM, ingin diingatkan supaya cakna dengan proses pendaftaran gugur tambah kursus.Boleh rujuk pada pekeliling akademik disini.Proses pendaftaran kursus boleh dijalankan secara web melalui smpweb.

Akhir kata,
Salam Maal Hijrah.



Sabtu, 27 Disember 2008

Al-Fatihah buat Canselor UKM





Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah dilaporkan mangkat pada pagi(27/12/2008) tadi.Almarhum menghembuskan nafas terakhir di hospital Tuanku Jaafar setelah mengadu sakit dada.

Marilah sama-sama kita berdoa agar roh almarhum dicucuri rahmat dan ditemptkan dikalangan orang-orang yang beriman.Takziah diucapkan kepada kaum kerabat negei sembilan.

Khamis, 11 Disember 2008

Pengumuman: Presiden PERDANA terlibat dalam kemalangan Jalanraya

Salam aidiladha buat mahasiswa/i sekalian,
pada 11 disember lepas, presiden PERDANA dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Pengkalan Chepa dan telah mengalami kecederaan patah tangan kiri.Beliau kini sedang menerima rawatan di wad USM Kubang Kerian.Marilah sama - sama kita mendoakan agar beliau cepat sembuh, moga Allah memberi pertolongan kepada beliau.InsyaAllah.

Khamis, 4 Disember 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha


Sa
lam aidiladha buat semua pembaca blog PERDANA UKM. Diharapkan agar aidiladha kali ini memberi seribu makna buat kita sekalian.

Bagaimana menyambut 'Aidiladha
Sabda Rasulullah s.a.w, ‘Sesiapa yang menghidupkan malam ‘Aidil Fitri dan ‘Aidil Adha, hatinya tidak akan mati tatkala matinya hati-hati orang lain’. ( H.R Ubadah Samit ). Menghidupkan malam ertinya melakukan pelbagai jenis ibadat, bertakbir, istighfar dan memuji Allah pada malam tersebut.
Solat sunat hari raya yang dilakukan secara berjemaah amat digalakkan sehingga wanitawanita turut diminta menghadirinya walaupun dalam keadaan haid untuk membesarkan syariat Islam dan mendengar khutbah yang disampaikan. Daripada Ummi Athiyah, beliau berkata bahawa mereka disuruh oleh Rasulullah s.a.w pada hari raya Fitri dan hari raya Adha supaya mengeluarkan perempuan remaja, perempuan haid dan perempuan yang menutup muka. Akan tetapi perempuan haid hendaklah mereka menjauhi solat mereka dan mereka mendengar kebaikan (khutbah dan nasihat) dan panggilan kaum muslimin ( H.R Bukhari & Muslim ) Daripada Hassan bin Ali, kami telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w pada dua hari raya supaya memakai pakaian yang sebaik-baiknya yang kami (mampu) perolehi, supaya kami berharum-haruman dengan haruman yang sebaik-baiknya yang kami (mampu) perolehi dan supaya kami berkorban dengan segemuk-gemuknya binatang yang kami (mampu) perolehi’. ( H.R Ibnu Majah & Hakim ) Disunatkan mandi dan membersihkan diri pada pagi hari raya sebagaimana hadis daripada Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah s.a.w mandi pada hari Arafah, hari raya Fitri dan pada hari raya Nahar (Adha). ( H.R Ibnu Majah & Bazaar ) Daripada Buraidah, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w tidaklah keluar untuk solat hari raya Fitri, sebelum ia makan terlebih dahulu dan pada hari raya Adha tidaklah ia makan sebelum ia kembali dari solat, lalu dimakannya daging korbannya’. ( H.R Ahmad & Tarmizi ).

Keutamaan Berkorban

1.
Dari Abu Said Al-Khudri, bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada Fatimah r.a, ‘Bangunlah, saksikanlah korbanmu itu, sesungguhnya titik pertama dari darahnya yang menitis itu diampuni bagimu dosamu yang telah lalu’. ( H. R Baihaqi )

2. Dari Aisyah r.a dari Rasulullah s.a.w bersabda ia, ‘Berkorbanlah kamu dengan hati yang rela, sesungguhnya tiap-tiap Muslim yang menghadapkan sembelihnya ke arah kiblat, maka darahnya, kotornya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari Kiamat’.( H.R Baihaqi )

3. Dari Ibni Abbas r.a berkata ia bersabda Rasulullah s.a.w, ‘Adapun wang perak yang dibelanjakan pada sesuatu tiada yang lebih utama daripada penyembelihan (berkorban) pada hari raya’. ( H.R Baihaqi )-source

Ahad, 26 Oktober 2008

Selamat Menghadapi Peperiksaan




Di kesempatan ini, kami bagi pihak PERDANA UKM mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester. Moga dengan segala usaha yang telah ditabur selama satu sem untuk mendapatkan secebis ilmu diberkati olehNya.Buat anak-anak kelantan, kami menyusun sepuluh jari memohon infiniti kemaafan diatas salah dan silap selama ini sepanjang menjalankan apa-apa program.Akhir kalam, kami sentiasa berdoa agar kalian semua dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan selamat bercuti bersama keluarga.Wasalam

Rabu, 22 Oktober 2008

MOTIVASI EXCELLENT

Tarikh : 26 Oktober 2008
Tempat : Auditorium Siswa
Yuran : RM 2 Sahaja
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Pendaftaran : Sila rujuk bilik PERDANA dan pendaftaran juga boleh dibuat semasa hari program pada pukul 8 pagi

*Terbuka kepada semua warga UKM.

'Motivasi Excellent' merupakan program motivasi yang dianjurkan oleh PERDANA UKM terbuka kepada semua warga UKM.Program ini merupakan program satu hari yang mana pengisian program meliputi ceramah motivasi, sesi - soal jawab dan juga petua-petua belajar semasa menghadapi peperiksaan.Kami dari PERDANA UKM mengalu-alukan kedatangan warga UKM untuk menyertai Program motivasi ini.

Sabtu, 23 Ogos 2008

Tahniah


PERDANA UKM mengucapkan tahniah kepada penasihat kerana telah dianugerahkan dengan gelaran professor emeritus pada majlis konvokesyen UKM yang ke - 36 yang lalu.

Untuk pengetahuan, Prof. Dato ' Dr. Abdul Latiff mohamad adalah seorang ahli akademik yang telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah.Beliau pernah menerima anugerah Langkawi 2004 dalam bidang botani.Beliau juga telah dianugerahkan dengan gelaran Dato' Paduka Setia Mahkota daripada kerajaan negeri kelantan.Untuk mengetahui lebih lanjut, klik sini

Update - Tiket Bas Raya

Untuk tiket bas raya terdapat sedikit kesilapan pada poster, jadi untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
HIDAYAH - 0133606486
NORIAH - 0132429532

Jumaat, 15 Ogos 2008

Pengumuman Tiket Bas Raya


*Klik pada poster untuk paparan yang lebih jelas


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kepada semua ahli PERDANA, UKM dan mahasiswa/i kelantan UKM yang berminat bolehlah untuk membuat tempahan tiket bas untuk pulang ke kampung pada 20 September 2008.Kaunter pendaftaran akan dibuka pada 18 Ogos sehingga 02 September 2008 dan pendaftaran hanya sah dibuat di bili PERDANA sahaja.






Rakaman Hari Keluarga '08

Alhamdulillah, syukur diatas segala nikmat yang telah dikurniakan olehNya,program hari keluarga PERDANA telah berjaya dilaksanakan pada 26 julai 08 yang lalu. Diharapkan ukhuwwah yang terbina diantara ahli-ahli PERDANA berkekalan sehingga ke akhir hayat.Terima kasih diucapkan kepada penasihat yang telah hadir sama bagi memeriahkan program dan tidak lupa kepada adik-adik tahun satu yang sudi meluangkan masa dan tenaga untuk bersama-sama menyertai program hari keluarga ini. Kami daripada PERDANA amatlah menghargai segala kerjasama yang telah diberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Program ini merupakan program kedua yang telah diadakan setelah berakhir program Minggu Mesra Mahasiswa (M3P).Diharapkan agar matlamat program ini tercapai dan mampu merapatkan lagi hubungan diantara barisan kepimpinan dan ahli-ahli PERDANA serta mendedahkan kepada ahli-ahli baru mengenai PERDANA disamping memberikan suntikan semangat kepada adik-adik untuk belajar di university memandangkan adik-adik masih lagi berada dalam persekitaran yang baru.

Gambar Aktivit semasa Hari Keluarga

Akhir kalam, kami dari PERDANA amatlah berbesar hati dan mengalu-alukan penyertaan untuk program-program yang akan datang.kami juga memohon seribu kemaafan diatas kesulitan yang dihadapi semasa program berlangsung terutamanya masalah pengangkutan.Harapan kami agar program ini dapat member manfaat kepada ahli-ahli dan juga barisan kepimpinan.

Khamis, 22 Mei 2008

Perancangan Perdana

Assalamualaikum
Alhamdulillah setelah berhempas pulas dalam mengharungi demam peperiksaan, sekarang ini kita telah berada dalam cuti semester dua. Masing-masing telah mempunyai perancangan tersendiri untuk dihabiskan semasa cuti samaada bersifat formal atau tidak.
Biar apapun perancangan kita,semoga segala yang kita lakukan mendapat keberkatan daripada Allah. Sehebat mana perancangan kita, hakikatnya Allah juga merancang dan sememangnya perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik.


Antara perancangan yang telah dibuat oleh pimpinan perdana dalam cuti semester tiga adalah :

1. Lawatan ke Cameron Highlands - 6-8 Jun 2008
2. Program Sekolah Angkat (PROSA) - 14 Jun 2008
3. Kem Cakna Ilmu (KECANA) - 25 - 28 Jun 2008

Semoga segala perancangan yang dibuat akan berjaya dan terlaksana dengan baik. Sesiapa yang ingin menyumbangan amat dialukan dan sumbangan doa dari semua pihak amat dialukan kerana kita tahu bahawa doa itu senjata bagi orang mukmin.

Rabu, 16 April 2008

Selamat menempuhi peperiksaan


SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT KEJAYAAN YANG CEMERLANG.
JANGAN LUPE SOLAT HAJAT.

Khamis, 3 April 2008

Salam Presiden

Salam ukhuwah buat semua anak Kelantan di bumi UKM.
Pertama dan selamanya ucapan syukur kehadrat Allah pengusa sekalian alam,
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, penghulu agong, kekasih Allah.

Sahabat,
Kita masih lagi berada di bulan yang cukup indah.... bulan Rabiul Awwal.
Seharusnya, kita jangan leka dan terlupa untuk mengucapkan selat kepada baginda SAW.
Sekali kita selawat kepada Nabi, 10 kali Allah selawat kepada kita.

Adik Kakok, Anok Kelate sekalian.
Tidak terkecuali juga bagi PERDANA UKM untuk meraikan bulan yang cukup barokah ini.
Bagi pihak PERDNA, kami telah memilih 3 April 2008 sebagai tarikh keramat untuk menganjurkan ceramah sempena Maulid ar-Rasul s.a.w.
Oleh itu, saya selaku Presiden PERDANA sesi ini mengalu-alukan kedatangan adik kako sekalian ke majlis pada 3 April Nanti.

Semoga, kecintaan kita kepad baginda Nabi akan terus mekar dan bersemadi di dalam diri.
Salam ukhuwah buat semua.
" Mengislah Ummah, Merintis Kemenangan "

Salam Maulidurrasul

Ahlan Wasahlan Ya Rasulullah...
Kami merindui mu Ya Habibullah....
Selamat menyambut bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Semoga kecintaan kita kepada baginda Nabi memungkinkan kita terus bersemangat dalam meneruskan perjuangan di dunia yang fana ini.

Selasa, 11 Mac 2008

Kenali Perdana

Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim atau PERDANA adalah persatuan rasmi yang ditubuhkan pada tahun 1976. Bahasa rasmi persatuan ini ialah Bahasa Melayu. “Ilmu, Iman dan Amal” merupakan cogankata untuk PERDANA. Lambang persatuan PERDANA mempunyai Kijang Emas Melompat dan logo negeri Kelantan.

Tujuan persatuan ini ditubuhkan antaranya ialah mempereratkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa dan mahasiswi Kelantan di UKM. Selain itu, sebagai usaha untuk menjaga dan meningkatkan imej pelajar-pelajar Kelantan di UKM. Persatuan ini tebuka kepada semua mahasiswa/I Kelantan di UKM yang sama ada yang dilahirkan di Kelantan atau di luar Kelantan tetapi menetap di Kelantan. PERDANA mempunyai 41 orang exco yang telah dilantik yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi, 10 sekretariat dan exco jajahan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...