JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Selasa, 22 Disember 2009

Baju PERDANA Edisi Terhad Sudah Sampai!!!




Salam kepada seluruh warga PERDANA,
Salam Ma'al Hijrah 1431 & Selamat Kembali ke UKM!!!

MAKLUMAN!!! PERHATIAN!!!
Edisi Khas Baju PERDANA siap belako doh ni...bagi sapo2 hok doh buat tempohan atau blum..klu nok baju, lbh ggi ambil kt bilik Perdana bermulo esok...silo hubungi exco2 di bawah
:
Anuar 013-3006439
Asrul 013-3007024
Hilman 013-3083826
Hafizah 013-2578692

Harga Baju T-Shirt Lelaki RM19.00
Harga Baju T-Shirt Perempuan RM28.00


Tempahan Baju T-Shirt ini boleh diambil seawal esok (Rabu @ 23/12/2010
)

Rabu, 4 November 2009

EDISI KHAS BAJU T-SHIRT PERDANA " paling comey di hatiku"

Salam kepada seluruh warga PERDANA,
Salam Ma'al Hijrah 1431 & Selamat Kembali ke UKM!!!

MAKLUMAN!!! PERHATIAN!!!
Edisi Khas Baju T-Shirt PERDANA 0910 sudah siap dan anda boleh dapatkan baju tersebut sepertimana berikut:

1- Bilik PERDANA @ melalui mane2 EXCO PERDANA
2- Atau boleh hubungi :

Anuar 013-3006439
Asrul 013-3007024
Hilman 013-3083826
Hafizah 013-2578692

Harga Baju T-Shirt Lelaki RM19.00
Harga Baju T-Shirt Perempuan RM28.00


Tempahan Baju T-Shirt ini boleh diambil seawal esok (Rabu @ 23/12/2010
)





Selasa, 3 November 2009

BAKTI SISWA PERDANA 2009





















Align Center

" SEBUAH KEJAYAAN MEMERLUKAN...

SATU MASA,
MASA RAJIN DIMESTIKAN,
MASA MALAS DIBUANGKAN,
MASA FOKUS DIMAKSIMUMKAN,
MASA TIDUR DIOPTIMUMKAN,
MASA MAKAN DISEIMBANGKAN,
MASA STADI DIUTAMAKAN,
MASA SOLAT DIDOAKAN,
MASA USAHA TANPA HENTIAN,
MASA MENGHARAP, HARAPLAH PADA TUHAN.


"YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KIRANYA KEJAYAAN ENGKAU ANUGERAHKAN KEPADA KAMI, JAUHKANLAH KAMI DARIPADA SIFAT RIAK DAN TAKABBUR,
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KIRANYA KEGAGALAN ITU MILIK KAMI, JAUHKANLAH KAMI DARIPADA SIFAT MALAS, LEMAH DAN PUTUS ASA UNTUK KAMI TERUS REDHA DENGAN KETENTUANMU. JALAN2 INI PENUH LIKU DAN KESUSAHAN, PERMUDAHKANLAH.. PERJUANGAN INI BANYAK MEHNAH DAN TRIBULASI, KUATKANLAH KAMI UNTUK MENGHADAPINYA DAN BERTAMBAH KUAT IMAN KAMI, BERTAMBAH BERKAT ILMU KAMI, BERTAMBAH SUBUR AMAL... AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA KAMI, SUCIKANLAH HATI KAMI DARIPADA KEKOTORAN DAN TITIK HITAM, MOGA SATU MASA KAMI DAPAT MENGGAPAI MAGHFIRAH DAN REDHAMU ILAHI.

IMTIHAN INI SATU UJIAN, UJIAN INI AMAT MUDAH JIKA ENGKAU MUDAHKAN, PERMUDAHKANLAH YA ALLAH...
JADIKAN KEJAYAAN KAMI SATU KEIZZAHAN UNTUK ISLAM,
LEBIH MENTAQARRUBKAN DIRI INI PADA MU.

BERIKANLAH KAMI KEJAYAAN DI DALAM PEPERIKSAAN AKHIR INI,
BERIKANLAH KAMI KEJAYAAN DI DUNIA DAN KEJAYAAN DI AKHIRAT DENGAN RAHMAT DAN KEREDHAANMU.
AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Selasa, 20 Oktober 2009

Sabtu, 10 Oktober 2009

PENDAFTARAN AWAL KURSUS SEMESTER 2 SESI AKADEMIK 2009-2010 DAN PENILAIAN PENGAJARAN KURSUS SEMESTER 1 SESI AKADEMIK 2009-2010




Merujuk kepada perkara di atas, sukacita sekiranya pelajar program Ijazah Pertama membaca dengan teliti pekeliling ini dan mengambil tindakan seperti berikut:-

1. Pelajar hendaklah menggunakan Pengenalan dan Katalaluan (NPP) masing-masing bagi mencapai dan menggunakan laman web http:www.my/smpweb. Pelajar adalah dinasihatkan supaya tidak mendedahkan NPP masing-masing untuk mengelakkan timbul sebarang masalah dikemudian hari

2. Sebelum Pendaftaran Awal dibuat semua pelajar adalah disyaratkan membuat penilaian pengajaran kursus yang diambil pada semester semasa melalui lamanweb yang sama mulai 21 September, 2009.

3. Pendaftaran Awal Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2009-2010 akan diadakan pada 12 – 25 Oktober, 2009 (2 minggu) melalui laman web http:www.ukm.my/smpweb.

4. Pendaftaran Awal adalah diwajibkan kepada semua pelajar program Ijazah Pertama KECUALI pelajar Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian. Bayaran PTPTN akan ditahan dan denda sebanyak RM15.00 akan dikenakan jika pelajar gagal membuat Pendaftaran Awal pada tempoh yang ditetapkan.

Pelajar yang tidak membuat Pendaftaran Awal hanya dibenarkan membuat Pendaftaran Kursus Semester 2 Sesi Akademik 2009-2010 pada 21 Disember 2009.

Rabu, 16 September 2009

Al-Fatihah Buat Arwah Nenek Saudara Radhuan (Mantan Bendahari Perdana 07/08)


alfatihah buat arwah nenek mantan exco bendahari perdana (Radhuan) yang telah kembali ke Rahmatullah pada waktu Asar petang semalam (15 September 2009) bersamaan 25 Ramadhan 1430Hijrah akibat sakit tua...
semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa...amin

Khamis, 10 September 2009

LAILATULQADAR

Isnin, 7 September 2009

BAKSIS'09

Salam PERDANA utk anok2 beghanok kito..utk next aktiviti PERDANA, kito akan adakan program BAKSIS'09. BAKSIS ni adalah aktiviti bakti siswa kepada masyarakat. BAKSIS merupakan nama lain bagi OPKIM kalau nak tahu... Mai rama2 kita sertai... Kompom aktiviti ni meninggalkan memori paling bermakna dlm hidup adik kakok sekalian... Kito wt di Kelate, Mengkebang... Segala maklumat dan pendaftaran sila hubungi AJK yang telah tertera di poster...
Kelebihannye, kito buleh berbakti kepado ore2 Kelate kito, dapat T-shirt BAKSIS09 free jah... Bayar RM15 jah utk 3hari... Bas kelik sano kito sedio...bEreh belako doh....Mai join Baksis!

Sabtu, 22 Ogos 2009

Salam Ramadhan



Ahad, 16 Ogos 2009

INTERAKSI KCKL

Interaksi PERDANA di KCKL
Tarikh : 16 Ogos 2009

Tempat : KTSN, FSKB di KL
Pukul : 8.30 pg - 1.30 tghr
Individu yang terlibat :
  • Presiden - Khairul Anuar
  • Nain Presiden - Mohd Hafiz
  • Timbalan Setiausaha - Nik Nurhafifah
  • Bendahari - Mohd Nurudin
  • Exco Pendidikan I- Mohd Hazwan
  • Exco Kebajikan II - Nur Ashikin
  • Exco Lawatan & Kebudayaan - Suzyana
  • Mantan PERDANA 07/08 - Siti Fatimah, Kak Syafiah, Kak Azizah
Dengan kerjasama Exco KCKL : Mohd Naim dan Rushila

Kami berkumpul pada awal pagi ahad di pusanika. Bertolak ke KL dengan menggunakan 2 buah kereta yang dipandu oleh Hafiz dan Hazwan. Perjalanan ke sana tidak memerlukan masa yang agal lama sebenarnye namun disebabkan terlupa laluan jalan menuju ke sana , maka kami telah berjaya 'makan buah langsat kelat' sebanyak 1kg. Dengan bantuan exco di sana, alhamdulillah kami berjaya sampai ke sana akhirnya dalam jam 9.30 pagi.

AKTIVITI :
Sesi berkenalan dengan Exco2 UKM Bangi
Slot Silaturrahim sesama adik2
Makan pagi ( air teh + benjo)
Pinggan muzik ( sesi minda Mahasiswa)
Sejenak bersama Sekretariat
Makan tengahari
Pulang

Tetap ceria walaupun make buah langsat. Pres bersama exco
KCKL, Mohd Naim.
Perjalanan yang penuh dugaan ditemani kuih pau yang sangat sedap.

Aktiviti dimulakan oleh ucapan Presiden dan seterusnya sesi
suai kenal bersama exco.

Exco muslimat yang terlibat.
Sesi suai kenal lebih dalam oleh adik2...

Pinggan muzik.hehe..sebab xda kotak, jd pinggan muzik pn bolehlh...
Giliran Hafiz dikenakan oleh adik2 1st year. Jwb jgn xjawab..hehe

Sejenak bersama sekretariat. Pembahagian adik2 ke dlm sekretariat msg2.
Briefing pasal skop tugas dan cara kerja.

Setelah selesai majlis interaksi, kami pulang ke kampus Bangi pada jam 1.30 tengahari. Infiniti terima kasih diucapkan kepada exco KCKL atas komitmen yang diberikan serta exco2 bangi. Moga jalinan ini terus kekal hingga ke kepimpinan seterusnya.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku


SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."



Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.



Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"



Malaikat-malaikat itu menjawab:"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"



Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.
Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"



Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."



Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lamalagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.



Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.



Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"



Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...



***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Rabu, 12 Ogos 2009

BICARA ILMU & SOLAT HAJAT

p/s.. selepas ceramah solat magrib dan solat hajat H1N1 berjemaah, sila bawa kelengkapan solat masing2...

Khamis, 6 Ogos 2009

HARI KELUARGA PERDANA

Alhamdulillah...selesai sudah satu lagi program PERDANA UKM..iaitu Hari Keluarga pada tanggal 2 Ogos 2009 bersamaan dengan hari Ahad. Program ini telah disertai oleh seramai 80 peserta terdiri dari ahli2 PERDANA. Program di bawah kelolaan Biro Sukan PERDANA
( SUPER- Fardli dan Ruhana) telah diadakan di destinasi pilihan iaitu di Pantai Pengkalan Balak , Melaka. Hari Keluarga ini diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi ikatan ukhwah antara anak-anak Kelantan di perbukitan ilmu UKM.

perkarangan chalet..
Kami bertolak dr UKM dengan menaiki bas pada jam 9 pg. Perjalanan ke Melaka memakan masa selama lebih kurang 2 jam. Kami tiba ke destinasi pada jam 11.15 pagi. Setelah mendengar taklimat dr pengarah program ( Safuan ), aktiviti bermula pada jam 11.45 pagi - 1.30 petang. Pelbagai aktiviti menarik yg dijalankan. Antaranya seiring dan sejalan, masuk benang dalam jarum, gula2 dalam tepung, dan lain2. Tapi yang paling best ialah tarik tali antara peserta muslimin. Peserta2 dibahagikan kepada 5 kumpulan perempuan dan 4 kumpulan lelaki.

Selepas tamat aktiviti, kami semua dijamu nasi berlaukkan ayam dan solat zohor. Selepas itu, disambung pula aktiviti2 santai untuk lebih mengenali ahli2 persatuan dengan lebih rapat.




pelajar tahun 1....

exco muslimat

aksi nak terbang...:P
tarik tali

peserta muslimat family day....

peserta-peserta muslimin

Sebelum program berakhir , sesi penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan diadakan. Kami bertolak pulang ke UKM pada jam 5.30 ptg dan tiba pada jam 8 malam. Memang penat seharian aktiviti ni. Tapi, apa yang pasti kami cukup seronok dengan aktiviti2 yang diadakan di sini.

Kepada ketua pengarah (Fardli) dan timbalan Pengarah (Ruhana), sekalung tahniah kerana telah berjaya melaksanakan program ini. Tidak lupe juga kepada ajk2 pelaksana program yang sme2 berganding bahu menjayakan hari keluarga ini. Insya Allah program2 sebegini akan diteruskan pada tahun2 akan datang..

Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 16 Ogos 2008) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 16 Ogos 2008)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah


iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya Para Malaikat

12. Malam Penghidupan

Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alambissawab and Allah knows best!

Isnin, 27 Julai 2009

M3P

Tarikh : 20- 24 Julai 2009
Tempat : Pusanika, aras 2 , gerai ke 38
Masa : 9 pagi - 6 petang sepanjang M3P
Petugas : exco yang tiada kelas secara berganti-ganti


PERDANA tahun ini telah berjaya mendapat keahlian baru seramai 300 orang. Hari pertama M3P sahaja gerai PERDANA telah diserbu 138 orang anak-anak kelate yang ingin mendaftarkan diri sebagai anak beghanok. Tidak menang tangan dibuatnya anak-anak kelate yang sangat teruja ingin menyertai PERDANA.

Pada mulanya kami tidak mahu menggunakan borang untuk pendaftaran, kerana ingin membuat pendaftaran ahli secara 'online' terus ke komputer tetapi disebabkan anak-anak kelate sentiasa menyerbu gerai, kami terpaksa menggunakan borang.




Betapa ramainya ahli PERDANA yang ingin mendaftar sebagai ahli...
Ramai sungguh anak-anak kelate di UKM.

Exco turut membuat persembahan di hadapan gerai PERDANA.
Suatu tarikan yang unik yang hanya ada di PERDANA UKM.
Exco2 muslimin turut sibuk ketika pendaftaran ahli.

Yuran keahlian seumur hidup di UKM = RM7 dan dua keping gambar ahli turut diperlukan, untuk kad keahlian dan data simpana PERDANA. Sebagai cenderamata kenang-kenangan, pihak kami bermurah hati memberi sedikit cenderamata berbentuk key chain PERDANA, jadual waktu, dan penanda buku. Kami turut membuat cabutan bertuah kepada ahli-ahli yang telah bertuah mendaftar sebagai ahli.
ahli penuh ceria bersama exco2 apabila telah memenangi cabutan
bertuah pada hari pertama M3P

TNC melawat ke gerai PERDANA ketika perasmian M3P.

keceriaan exco di waktu petang ketika hari lahir kak zaroslida ismail..

kaunter kecil, jadi exco menyambung tugas-tugas di belakang tabir. Mantap.

Exco2 masih setia menjaga kaunter walaupun gerai anak-anak negeri
lain telah lama tutup. Syabas exco!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...