Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 16 Ogos 2008) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 16 Ogos 2008)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan
Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Tempat : Pusanika, aras 2 , gerai ke 38 Masa : 9 pagi - 6 petang sepanjang M3P Petugas : exco yang tiada kelas secara berganti-ganti
PERDANA tahun ini telah berjaya mendapat keahlian baru seramai 300 orang. Hari pertama M3P sahaja gerai PERDANA telah diserbu 138 orang anak-anak kelate yang ingin mendaftarkan diri sebagai anak beghanok. Tidak menang tangan dibuatnya anak-anak kelate yang sangat teruja ingin menyertai PERDANA.
Pada mulanya kami tidak mahu menggunakan borang untuk pendaftaran, kerana ingin membuat pendaftaran ahli secara 'online' terus ke komputer tetapi disebabkan anak-anak kelate sentiasa menyerbu gerai, kami terpaksa menggunakan borang.
Betapa ramainya ahli PERDANA yang ingin mendaftar sebagai ahli... Ramai sungguh anak-anak kelate di UKM.
Exco turut membuat persembahan di hadapan gerai PERDANA. Suatu tarikan yang unik yang hanya ada di PERDANA UKM. Exco2 muslimin turut sibuk ketika pendaftaran ahli.
Yuran keahlian seumur hidup di UKM = RM7 dan dua keping gambar ahli turut diperlukan, untuk kad keahlian dan data simpana PERDANA. Sebagai cenderamata kenang-kenangan, pihak kami bermurah hati memberi sedikit cenderamata berbentuk key chain PERDANA, jadual waktu, dan penanda buku. Kami turut membuat cabutan bertuah kepada ahli-ahli yang telah bertuah mendaftar sebagai ahli.
ahli penuh ceria bersama exco2 apabila telah memenangi cabutan
bertuah pada hari pertama M3P
TNC melawat ke gerai PERDANA ketika perasmian M3P.
keceriaan exco di waktu petang ketika hari lahir kak zaroslida ismail..
kaunter kecil, jadi exco menyambung tugas-tugas di belakang tabir. Mantap.
Exco2 masih setia menjaga kaunter walaupun gerai anak-anak negeri lain telah lama tutup. Syabas exco!
Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya PERDANA telah berjaya mengadakan majlis makan malam anak-anak Kelate pada 19 julai 2009..segala penat dan lelah telah dihabiskan dan akhirnya semua selamat dan berjalan lancar...Tahniah dan syabas kepada semua AJK MAP09...semoga penat lelah kalian dibalas dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah....
Suka duka yang dihadapi bersama menjadi antara kenangan terindah...
rehearsal pertama jale jugok walaupun so l lapu jah nyalo
nilah puok-puok kito pakat dok kampung di bilik perdana utk wt persiapan MAP..bz belako
mace sungguh jah ni..hehe...ni mase last rehearsal...petang ahad tu...
wei besar2 deh hadioh..bestnyo kalau dapat...hamper tu utk cabutan tuoh..tuoh sungguh...
antara anok kelate wt timo anugerah dekan...tahniah! terer2 anok kelate ni..kes mkn budu... ;p exco kita ada jgok...3org...
exco2 muslimat PERDANA
exco2 muslimin bersama dato' mustapha mohamad perasmi majlis pd malam itu
Assalamualaikum dan salam sejahtera penghulu kata dari Persatuan mahasiswa Kelantan Darul Naim (PERDANA) khusus buat sahabat-sahabat mahasiswa/mahasiswi baru.. Rasanya masih belum terlambat untuk PERDANA mengucapkan tahniah atas kejayaan siswa dan siswi yang berjaya mendapat tempat di UKM.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, pasti terdapat minggu pengenalan persatuan pelajar (M3P) yang mana memberi peluang kepada mahasiswa/i baru untuk melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan. Kali ini, M3P akan berlansung pada 20-24 Julai 2009. Dalam masa lebih kurang seminggu ini, mahasiswa/i diharapkan dapat turun untuk mendaftarkan diri dalam mana-mana persatuan yang diminati. Dan bagi anak2 negeri kelantan, jom kita pakat turun ramai2 untuk mendaftarkan diri sebagai ahli PERDANA UKM.
Antara matlamat penubuhan PERDANA ialah untuk menjaga kebajikan anak-anak negeri kelantan. Selain itu, dengan menyertai PERDANA diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan ukhwah antara kita semua..
Antara aktiviti-aktiviti PERDANA....
Kejohanan Bowling PERDANA
Program Sekolah Angkat (PROSA)
Ekspedisi Cameron Highlands
Kem Cakna Ilmu (KECANA)
Malam Anugerah PERDANA 2009 (MAP'09)
Program-program yang akan datang....
Family Day di Pantai Pengkalan Balak, Melaka
Eksplorasi Siswa PERDANA
Bakti Siswa di Kuala Krai
Ijtima' hari raya
Lawatan ke Parlimen
Program Jelajah IPT
Seminar Dinar Emas
Lawatan ke syarikat percetakan dll
jom pakt ghama2 turun mendaftar sbg ahli PERDANA...x rugi korang join..insyaAllah byk yang korang boleh dapat dan belajar dalam persatuan ni.. Belajarlah sesuatu untuk sesuatu dimasa hadapan..:-)
"Anda tiada dalam kelompok organisasi, tidak bermakna anda bukan seorang pemimpin"
Jika anda merasa anda dipimpin, anda mesti membantu yang memimpin...
baik buruknya kepimpinan yang dipimpin itu terkesan sama...
Mulut bersuara, Badan Berkerja, memungkinkan kejayaan!!!
KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
Biodata Ringkas
Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
Tahun Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh Wafat : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan
Pendidikan
Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.
Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)
Sifat-Sifat Peribadi
Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.
Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.
Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah seperti berikut :
"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."
"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"
"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."
"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".
"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."
"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"
Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :
1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan"
2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : "Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah"
3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : "Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : "Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya".
4) Qais bin Jabir berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun"
5) Hassan al-Qishab telah berkata :"Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz"
6) Umar b Asid telah berkata :"Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :"Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu". Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya"
7) 'Atha' telah berkata : "Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha' setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka."
Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah
Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :
1) Menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran
2) Merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
3) Memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
4) Menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.
Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.
Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.
Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.
Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.....
Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan
2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan....
Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat, kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..
Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini, hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman, satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan orang yang benar-benar ikhlas.
Akhirnya pemain bola sepak Kelate ke Old Trafford pada bulan 8 ni.. Terlebih dahulu tahniah kepada semo pemain Kelate... kerana sungguh sengoti nak julang Piala FA namun rezeki buke milik kito, tapi pemain Kelate ari tu memang semangat Pahlawan Tok Janggut kito.. bermati-matian pade nga s motto kito " Gomo Kelate Gomo". Kami penyokong Kelate memang berpuashati, persembahan yang ditunjukkan, rugi sapo2 x g malam perlawanan akhir tu...
Kalah penalti tapi menang permainan dan menang penyokong... penyokong Kelate lebih rama daripada penyokong Selangor.. hebat cukup hebat..
Nak tau? Konvoi UKM sajo pun hampir2 200 oghe... sebut pasal konvoi.. Perdana ucapkn timo kasih banyak ko Mat Muto - Mat Muto kito.. xleh g nga bas pun muto jadi taruhan... puak2 kito juruh2 belako.. balik kul 1 di UKM n kena gomo study nak exam pulak.. study kito study, Kelate kito jange dilupa.. bereh.
Harapannya terus sokong bola sepak Kelate dan sokong program2 PERDANA untuk anok beghanok UKM..
InsyaAllah program terdekat xlamo doh akan publish.. tunggu dan lihat!!!
" SEBUAH KEJAYAAN MEMERLUKAN... SATU MASA, MASA RAJIN DIMESTIKAN, MASA MALAS DIBUANGKAN, MASA FOKUS DIMAKSIMUMKAN, MASA TIDUR DIOPTIMUMKAN, MASA MAKAN DISEIMBANGKAN, MASA STADI DIUTAMAKAN, MASA SOLAT DIDOAKAN, MASA USAHA TANPA HENTIAN, MASA MENGHARAP, HARAPLAH PADA TUHAN.
"YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KIRANYA KEJAYAAN ENGKAU ANUGERAHKAN KEPADA KAMI, JAUHKANLAH KAMI DARIPADA SIFAT RIAK DAN TAKABBUR, YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KIRANYA KEGAGALAN ITU MILIK KAMI, JAUHKANLAH KAMI DARIPADA SIFAT MALAS, LEMAH DAN PUTUS ASA UNTUK KAMI TERUS REDHA DENGAN KETENTUANMU. JALAN2 INI PENUH LIKU DAN KESUSAHAN, PERMUDAHKANLAH.. PERJUANGAN INI BANYAK MEHNAH DAN TRIBULASI, KUATKANLAH KAMI UNTUK MENGHADAPINYA DAN BERTAMBAH KUAT IMAN KAMI, BERTAMBAH BERKAT ILMU KAMI, BERTAMBAH SUBUR AMAL... AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA KAMI, SUCIKANLAH HATI KAMI DARIPADA KEKOTORAN DAN TITIK HITAM, MOGA SATU MASA KAMI DAPAT MENGGAPAI MAGHFIRAH DAN REDHAMU ILAHI.
IMTIHAN INI SATU UJIAN, UJIAN INI AMAT MUDAH JIKA ENGKAU MUDAHKAN, PERMUDAHKANLAH YA ALLAH... JADIKAN KEJAYAAN KAMI SATU KEIZZAHAN UNTUK ISLAM, LEBIH MENTAQARRUBKAN DIRI INI PADA MU.
BERIKANLAH KAMI KEJAYAAN DI DALAM PEPERIKSAAN AKHIR INI, BERIKANLAH KAMI KEJAYAAN DI DUNIA DAN KEJAYAAN DI AKHIRAT DENGAN RAHMAT DAN KEREDHAANMU. AMIN YA RABBAL ALAMIN.
"Pusat Bowling Metro Point menjadi saksi Pertemuan Anok Beghanok Yang Terakhir Sebelum Final Exam" Peserta Lelaki KBP 09 bersama Abe2 Exco
Peserta Perempuan KBP 09 bersama Kak2 Exco
Sesi Penyampaian Hadiah kepada Pemenang
FEP Kelate Antara yang terbaik..
Sapo tu? Islam itu luas berkopiah ttp power dalam sukan.. hebat2 penuh aksi!!
"Kaum Hawa pun biso jgk men boling nih..
Tgk2 tu bertepuk tangan nh, ni mesti Strike.. he tp yo ko.. kot2 badi masuk longkang..
Tgk tu Mantan Sukan kito memg xnafi hebat dlm bab2 sukan.. bergaya jgn xbergaya biar bola p ke mana..he3
Rusuhan. demontrasi untuk tuntut Kasut msg2..
Tersenyum KP setibanya di hadapan Metro Point.. semua melangkah dengan penuh bersemangat..
KEJOHANAN BOLING PERDANA 2009
Tahniah, Syabas serta Jutaan Terima Kasih daripada Barisan Pimpinan Perdana kepada ANDA yang telah menjayakan program sulung bagi Sekretariat Sukan Perdana (SUPER) dan merupakan perintis Kejohanan Boling bagi Perdana itu sendiri...
Kejohanan Boling ini bukan semata-mata untuk kita bergela ketawa atau suko-suko, namun ia bermatlamatkan untuk menjana mahasiswa yang cergas sukan, cekap pengurusan dan cemerlang peperiksaan. KBP 09 ini diadakan untuk memenuhi permintaan daripada semua anok Kelate di UKM, untuk melihat sukan itu satu kebajikan yang diperjuangkan oleh PERDANA. InsyaAllah program ini telah kita jayakan yang mendapat sambutan yang amat mengejutkan dengan mencapai sasaran seramai 80 orang peserta termasuk 2 pasukan EXCo dan 2 pasukan daripada Mantan Perdana walaupun publisiti kurang memberansangkan.
Sentuh bab publisiti... semua ajk runsing... eh nak cari mano la ore ado 3 ari lagi... mcm2 strategi dicatur dan alhamdulillah berkat pertolongan Allah dan komitmen ajk kita akhirnya capai sasaran yang sebenar walaupun sasaran awal hanya seramai 50 orang.
Ini bermakna berlakunya penambahan lorong dan kumpulan di saat-saat akhir kejohanan.. dengan 20 line atau lorong dan 4 orang setiap pasukan.
Ado pulak oghe tanyo... Bakpo la wat dekat-dekat exam ni... jawabnyo: nk hilangkan stress nk exam, lepas geram asigment yang baru setle, tmbh exco hlg tekanan dal beroganisasi. selain tu, nk bangkitkan semangat baru kpd semua, smgt berpasukan dalm wat kijo karo.. samo jgk dkt2 exam pakat2 bagi nota2 n study sama2... boling perlu fokus n konsitret sama jugk belajar dan study perlu kedua-duanya... jln y lurus blh strike, jln bengkok msk longkang.. strategi y btl dpt y terbaik, strategi slh dpt y buruk.. dan banyak lagilah reasonnya...
Eh pado dk men boling tu baik kito maye hajat? bkn gitu ,kito tgk dh byk dh persatuan2 len buat maye hjt termasuk PMUKM bt maye hajat slps balik dr men boling.. jd PERDANA cuba alih tumpuan kepada cara hilang stres dgn bersukan pulak, maye hjt bg admire lbh cntik khususi bkn umumi.. ini tanggungjwb Perdana untuk buat? itu betul tp salahkah kito guna pendekatan yang berlainan? Cara duniawi dan untuk Ukhrawi kita serahkan pada semua anok beghanok. InsyaAllah, tidak betul jgk kami bt ni, kami mintak maaf... y ptg kami ada alasan untuk ini!!!
Tapi nak tanyo Best tak men boling? BEST.......... itu jawapannya.. kito tetap bersamo dalam memajukan PERDANA, kalu boling boleh capai sasaran dan komitmen begitu tinggi yang ditunjukkan ahli.. lepas ni program-program lain jugk samo tidak kiro bentuk sukan ko, akademik ko, kepimpinan ko dan len2 lagi.. wajah2 yang kelihatan pada KBP 09 tetap kelihatan pada program-program lain. Majulah Sukan untuk Perdana. Merakyatkan Kepimpinan Melalui Kebersamaan.
Setakat manakah pencapaian seseorang insan itu untuk diiktiraf sebagai cemerlang dan apakah kriteria diguna pakai bagi mengukur tahap sesuatu kecemerlangan. Jika tahap kecemerlangan dapat diukur dengan tepat, maka perancangan strategi untuk mencapai kecemerlangan akan menjadi satu pelan tindakan yang praktikal, kukuh dan jelas.
Oleh demikian, perkara utama adalah penentuan matlamat tepat dan jelas. Sehubungan itu, Allah menggariskan dasar kepada matlamat kehidupan insan seperti firman-Nya bermaksud: “Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar.” (Surah al-Maidah, ayat 119)
Ayat ini menyatakan kejayaan besar ialah mendapat keredaan Allah dalam tempoh jangka masa panjang yang bersifat kekal dan abadi selamanya.
Segala perbuatan insan sewajarnya dilakukan semata-mata untuk mendapat keredaan Allah dan bukan untuk mencapai matlamat lain kerana semua matlamat sampingan atau jangka pendek berpunca daripada keredaan Allah terhadap makhluk-Nya.
Rasulullah Role Model Yang Terbaik
Justeru, bagi membolehkan semua insan mencapai kecemerlangan, Allah mengutus model insan cemerlang yang tiada tandingan sehingga hari kiamat, tidak lain dan tidak bukan, Nabi Muhammad.
Firman Allah bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)
Allah mengiktiraf Nabi Muhammad contoh ikutan terbaik bagi insan yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik di akhirat. Uswatun dalam ayat itu bererti model, contoh ikutan untuk ditiru atau diteladani.
Berdasarkan ayat ini, keredaan Allah sesuatu menjadi harapan (yarju) bagi setiap insan yang sedar kedudukannya sebagai makhluk tidak memberikan kesan terhadap apa-apa benda atau perkara melainkan dengan izin-Nya.
Tema Insan Cemerlang Ummah Terbilang menggambarkan hasrat untuk mencapai matlamat sebagai ummah terbilang menerusi penghasilan insan cemerlang. Kewujudan insan cemerlang pada zaman Rasulullah terdiri daripada sahabat. Hal inilah diperjuangkan Rasulullah sejak dulu kini diwarisi ulama.
Kecemerlangan insan bukan diukur secara fizikal atau materialistik. Nilai yang digunakan untuk mengukur kecemerlangan insan ialah ketinggian akhlak.
Bahkan tugas utama Nabi Muhammad ialah menyempurnakan akhlak seperti dinyatakan Baginda dalam sabdanya bermaksud: “Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak kamu.” (Hadis riwayat Muslim)
Mengukuhkan penyataan ini, Allah membuat penegasan dengan firman-Nya bermaksud:
“Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia.” (Surah al-Qalam, ayat 4)
Akhlak dalam Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk nilai moral, etika dan adab. Setiap Muslim ditegaskan supaya menghayati nilai kerana insan cemerlang ialah yang paling baik akhlaknya.
Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang terpilih antara kamu ialah orang-orang yang mulia akhlaknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah juga menegaskan tunjang kepada kewujudan ummah terbilang diasaskan dengan penerapan nilai akhlak seperti sabda Baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini?” (Hadis riwayat al-Tabrani)
Kesimpulannya, matlamat agung kewujudan manusia ialah untuk mendapatkan keredaan Allah sebagai satu kurniaan nikmat abadi, mManakala ukuran pencapaian atau indeks prestasi insan dalam mencapai matlamat itu ialah tahap ketinggian akhlak seperti dipamerkan Rasulullah.
Namun, penghayatan akhlak semakin merosot di kalangan ummah sehingga gejala sosial menjadi isu sukar dibendung. Untuk mencapai tahap akhlak yang tinggi, perlu kembali kepada ajaran Islam dengan menegakkan nilai Islam dalam kehidupan. SELAMAT STUDY, JGN LUPA MAK AYAH, SELAMAT MAJU JAYA..
DRP PERDANA 08/09
Selasa, 7 April 2009
Semalam telah berlalu satu forum isu mahasiswa, seperti tertera dalam poster... Tahniah, Syabas & Terima Kasih kepada semua yang hadir dan terlibat secara langsung dalam menjayakan program. terutamanya Penasihat PERDANA Prof. Emeritus Dato' DR. Abdul Latif, Prof Madya Khaizhir, ahli panel yang mantap-mantap (Pensyarah FUU, Pen Pegawai Wisma Aman, Polis Kajang) dan penggerak yang bertungkus lumus dalam BICARA SISWA 2009
Apa yang ingin saya bawakan pada anda, semlm terbongkar segala-galanya.. Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, kebajikan mahasiswa adalah kebajikan bersama... tanggungjawab siapa? tanggungjawab semua!!! keselamatan mahasiswa adalah tanggungjawab semua... kita kena sedar selaku mahasiswa perjuangan untuk kebajikan mahasiswa bukan untuk PMUKM atau MPP sahaja selaku entiti yang besar namun kita sendiri bernaung di mana-mana institusi @ organaisasi semestinya mempunyai kesedaran yang tinggi dalam memperjuangkan hak mahasiswa.. " Kebajikan, Kepimpinan, Keintelektualan " seringkali dilaungkan bila berucap... namun sejauhmana kita menjaga kebajikan mahasiswa, saya tujukan kepada semua persatuan & organisasi kebajikan mahasiswa..
Saya tidak terkilan orang tidak ramai, kerana inilah realiti mentaliti mahasiswa kita, betul Abang Rama kata, betul Tun Mahathir kata... mentaliti kita kelas ketiga. Mentaliti pertama kita pada hiburan, gelak ketawa dan kepolitikan kepartian.. politicion thinking kononya.. padahal kalau mereka orang politik soal ini juga mereka perjuangkan!!! betul atau tidak terserahlah pada semua? Paling penting mereka yang hadir betul-betul mereka inginkan satu keamanan dan keselesaan hidup di bumi UKM. Syabas dan tahniah saya ucapkan.
Sy cukup terkilan bila orang kata Perdana mencampuri urusan PMUKM, kerja ni untuk MPP serah pada mereka... kerja-kerja yang PERDANA buat ini melangkaui PMUKM... tak boleh buat.. Maaf saya kata betapa kolotnya pemikiran kita, usah bicara soal mahasiswa minda kelas pertama, rakyat Malaysia minda kelas pertama... sekiranya fikiran kita masih di tahap ini... bukan kita mencabar PMUKM, tapi alangkah bagus kita membantu mereka dalam soal ini kerana ini adalah kebajikan kita bersama. PERDANA terpanggil dalam membicarakan isu ini kerana memikirkan kebajikan mahasiswa anak kelantan antara majoriti mahasiswa di UKM dan kebajikan semua mahasiswa UKM.
Satu lagi ingin saya berkongsi, non-muslim petah berbicara soal Islam, bijak merungkai kata.. mentazkirah kita yang Islam realitinya, terngiang lagi saya ayatnya " alam barzakh, zan waham, ijmak, qias" byk perkataan lain "Islamic word". Ade diploma guaman Syariah.. Paling mengejutkan secara peribadi beliau menyokong HUDUDullah dalam sistem perundangan..Tidak tercabarkah kita wahai umat Islam, ramai Melayu Islam menolak namun non-muslim menyokong. Apakah konkulusinya?
Tidak silap kita menjemputnya menggantikan Kamal Affandi.. beliau bicara soal perundangan sivil dan Islamic law..
Akhir kalam, saya seru sahabat organisasi lain bersama kita perjuangkan isu kebajikan mahasiswa seluruhnya.. bukan melangkaui PMUKM tetapi membantu mereka walau mana-mana posisi atau sudut. semoga yang hadir semalam mendapat input yang bermakna dan sampai-sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir "ballighu a'nni walau a..yah".
Tarikh : 16 April 2009 Masa :3.00 ptg -6.30 ptg Hari :Khamis Tempat :Pusat Bowling, Metro Point Kajang, Selangor Anjuran:Sekretariat Sukan(SUPER) Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim Universiti Kebangsaan Malaysia
"Cergas Cekap Cemerlang"Jangan lepaskan peluang!!!!! Inilah masanya anda buktikan bakat terpendam yang ada. ajak ramai-ramai....... Pastikan kemenangan milik anda!!!
Salam tahniah dan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah menjayakan program rasmi PERDANA yang pertama di bawah tampuk pimpinan baru sesi 2008/2008. Anda semua telah memberi semangat kepada kami barisan exco untuk bergerak kerja pada masa yang mendatang di atas sambutan yang cukup-cukup menggamatkan suasana, ditambah pula seri-seri nur iman bertambah berseri lagilah program kita. Terima Kasih tidak terhingga.
Namun jangan dilupa jiran sebelah anok ganu kite, terima kasih jgk untuk semua anok2 ganu kite terutamanya exco-exco PERMATA yang telah bersama-sama berkerjasama dengan kami untuk sama-sama bergading bahu melangsungkan Forum Sambutan Maulidul Rasul atau majlis ilmu yang merupakan sunnah Rasulullah bertepatan dengan tajuk "Menjejak Sunnah Menggapai Cinta Rasul". Cinta yang mendalam kepada kekasih Allah.
Nok dengar cito ko? mula-mula tu rusing jugak, tak dok oghe ko malam ni... exco duk garu palo belako...he3 tapi yang meriahnya makin dekat nak abih makin rama, ahli panel kito pun makin bersemangat termasuk moderator kito..
Bagus-bagus perkara sebeginilah perlu kito tonjolkan komitmen, bersemangat dan ado sayang pada PERDANA... Pimpinan amat raso terharu dengan kahadiran sahabat-sahabat semalam.
Terima kasih dan bersama lagi dalam program lain!!!
Maaf banyok la gambar-gambar program dalam pemilihan lagi loni, nk cari gambar comei-comei nak publish ni, sapo yang terkena mujurlah...
Sehubungan itu, nampok anok beghanok kito nak program lagi jah, jadinya.. InsyaAllah dalam bulan 4 ini kita adakan Kejohanan Bowling PERDANA... Tunggu kehadirannya!!! Kita dalam proses untuk mendapatkan kelulusan kertas kerja sekarang ni... bila? dalam minggu study week.. Tu perancangan, Allah sajo yang menentukan...
Salam PERDANA buat semua, alhamdulillah bersyukur kita ke hadhrat Ilahi di atas limpah nikmat Islam, Iman & Takwa mentaqarrubkan diri kita kepada Allah s.w.t, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sekeluarga, para sahabat, tabiin dan seluruh umat Islam.
Nikmat diberi jangan kita sia-siakan, bulan Muharram telah berlalu bermakna tahun baru Islam telah berlalu, alhamdulillah sekiranya bulan Muharram disambut dengan penuh adat keIslaman dan astaghfirullah disambut dengan nafsu kesyaitanan... hari ini, kini dan bulan ini kita dalam bulan Mac bersamaan bulan Maulidul Rasul atau bulan Rabiul Awal yang masing-masing menanti2 saat kaetibaannya.. samo jgk anok Kelate kito, lagi-lagi la negeri kito ni digelar negeri Serambi Mekah dan berkepimpinan ulamak...Kelahirannya dinanti, kehilangannya ditangisi tiadalah manusia yang bernama Muhammad bin Abdullah beribukan Aminah.... inilah Rasulullah, inilah al-Amin... disambut penuh gembira seluruh warga Mekah... hingga hari ini kita terus meraikannya...
Ingatlah sahabat-sahabat mulianya hari Jumaat bukan kerana harinya, namun hari itu dicipta Adam dan dimatikan selain dikatakan berlakunya kiamat, manakala mulianya hari Isnin bukan kerana harinya bahkan mulianya Isnin dilahirkan utusan terakhir dan diwafatkan. Tahun 2009 menyaksikan 12 Rabiul Awal jatuh pada hari Isnin.
Pesan saya, buat sambutan Maulidul Rasul baik, namun mengikut sunnah secara praktikal adalah terbaik lebih meletakkan Rasulullah Qudwah Hasanah dalam semua aspek kebajikan, kepimpinan dan keintelektualan.
Jadi saya menyeru semua mahasiswa/i UKM terutama anok beghanok terus menyokong program yang akan dilaksanakan pada masa mendatang... menyokong program kami bermakna menyokong kami barisan pimpinan.
Dengan ini khas untuk anda semua PERDANA UKM menjemput untuk sama-sama hadir pada program FORUM MAULIDUL RASUL. "Maghi jangan tak maghi"
Selamat menghayati sunnah dan Selamat berforum mlm ni. Syukran Jazilan Mubakkiran atas sokongan anda semua. Bicara Timbalan Presiden 08/09
Sedikit penambahbaikan telah dilakukan pada logo PERDANA, kalau sebelum ini hanya logo sahaja tanpa tulisan rasmi di sampingnya... Hari ini pihak pimpinan Perdana telah membuat perubahan dengan wujudnya nama PERDANA secara rasminya disebelah logo PERDANA. Keistimewaannya logo kali ini menampilkan 3 bahasa utama masyarakat Malaysia iaitu Bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan dikenali Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Arab yang tidak terdapat pada logo-logo lain termasuk logo UKM.
Daripada sinilah terlihatlah keserlahan harapan baru kepimpinan PERDANA untuk seluruh anok beghanok khususnya di perbukitan UKM, 3 bahasa iaitu 1 Bahasa Melayu melambangkan kecintaan kita terhadap tanah air terutama UKM yang sememangnya ditubuhkan untuk perjuangkan Bahasa Kebangsaan, manakala Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab menampakkan kita anok beghanok mesti bersedia mendepani cabaran semasa, penguasaan bahasa asing sekali gus meletakkan PERDANA persada antarabangsa pada masa yang mendatang. Selain itu, bahasa Arab adalah sinonim dengan ketokohan agamawan-agamawan Kelate atau lebih mesra Kepimpinan Ulamak, paling penting bahasa ini adalah bahasa perundangan Islam, bahasa wahyu dan bahasa al-Quran yang sesekali tidak boleh kita pinggirkan.
Harapannya, anok Kelate di UKM boleh menjadi duta pada PERDANA di mana sahaja berada sebagaimana Nik Madihah telah membanggakan seluruh rakyat Kelate yang sekarang masih lagi terasa bahangnya dengan mendapat 20 A dalam pencapaian SPM yang diumumkan baru-baru ini seterusnya dinobatkan Pelajar Cemerlang SPM Malaysia, beliau telah menjadi duta kepada Kelantan dalam bidang akademik, insyaAllah Nik Madihah terus membawa Kelate dan Malaysia ke persada pentas antarabangsa satu masa mendatang. Apapun tahniah dan syabas buat adik Nik Madihah!!! Semuanya bermula dengan sikap"Kito anok beghanok"