JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Rabu, 21 Disember 2011

PERMAI '12


Assalamualaikum anok beghanok sumo...
Program terbaru dari pihak Perdana kini kembali..


jOM pakat2 join..
Program Khidmat Masyarakat Bersama Orang Asli di Pos Mendrop,Fox Cave. Ho Lo Tan..
Bersama masyarakat Orang Asli..Mahu Join?? Sila DAFTAR...A.S.A.P..
Alang-alang nak balik bercuti..meh join program sekejap..Rm30.00 jah....kami jugop mengalu-alukan sapo2 nak bui sumbangan berbentuk kewangan ataupun barangan seperti pakaian dan makanan..


Setiap Penyertaan akan mendapat T-SHIRT!!




Daftar sebelum terlambat
Sila hubungi:
syuhada>>0132111704
yusof>>0139746929






~kito anok benghanok~

Ahad, 4 Disember 2011


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, salam Perdana Ukm.

Alhamdulillah, PERDANA UKM akan menganjurkan satu lawatan ke Pulau Pinang. Program ini dinamakan Eksplorasi Ilmu Ke Pulau Pinang..

Alhamdulillah setakat hari ini, 4 dis 2011, penyertaan sudah hampir memenuhi kuota. Bayarannya sebanyak Rm 30.00.  Terima kasih kami dari barisan Kepimpinan Perdana sesi 2011/2012 ucapka kerana masih menyokong dan terus menyokong gerak kerja PERDANA UKM. 
Kito Anok Beghanok.

InsyaAllah, pada hujung semester ini 21-23 Jnauari 2012, PERDANA akan mengadakan PERMAI. Perdana Bersama Orang Asli. Ini merupakan satu percubaan baru PERDANA membuat program bersama masyarakat Orang Asli di Pos Mendrop, Gua Musang, Kelantan. InsyaAllah...



Ahad, 23 Oktober 2011

Family Day 2011




Sebarang masalah atau maklumat lanjut, sila hubungi...
Basit (019-3636547) atau Yani (014-8147421)...




jOm same2 memeriahkan family day~




                                                ~ Kepimpinan ..kebajikan..keintelektualan~

Khamis, 13 Oktober 2011

INDANA 2011

Assalamualaikum..


jamuan disediakan..
jemput belako kepada anok beghanok kito yang berada di UKM.

Sabtu, 8 Oktober 2011

~ Selero Anok Klate ~ @ Pesta Konvokesyen ke-39

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua anok-beghanok Klate di Ukm..Al-hamdulillah pada 22 hingga 27 September 2011 baru-baru ini, pihak Perdana telah berjaya membuka gerai Selero Anok Klate sempena berlangsungnya Pesta Konvokesyen ke-39 di Dataran Gemilang, Ukm. Al-hamdulillah kerana gerai Selero Anok Klate mendapat sambutan yang meriah daripada pengunjung-pengunjung yang hadir ke pesta konvo terutamanya warga Ukm sendiri. 

     Di sini pihak Perdana ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Presiden Perdana, Hamdi Husin dan kedua-dua exco keusahawanan serta exco-exco yang lain atas kejayaan menganjurkan dan membuka Gerai Selero Anok Klate. Tidak dilupakan juga kepada semua mantan exco Perdana yang turut bertungkus-lumus dalam menjayakan gerai ini. Antara mantan exco yang turun padang sekali ialah Mantan Presiden Perdana 2009-2010, Khairul Anuar bin Mat Lazim, Mantan Presiden Perdana 2010-2011, Safuan Yusuf, Ahmad Syafiq, Ainon Mat Ayob, Muhammad Hilman, Muhammad Sukri Supi,halim, nurul fatin, Fadlina, Aini alias dan ramai lagi.. Secara tidak langsung, gerai Anok Selero Klate ini telah mengukuhkan dan mengeratkan lagi ukhwah antara exco-exco Perdana dan Mantan-mantan Perdana sesi yang lepas.

     Antara makanan utama yang menarik perhatian para pengujung Gerai Selero Anok Klate ialah nasi kerabu, nasi lemak, jagung bakar dan air nyo. Boleh dikatakan tidak cukup tangan bila menjaga gerai ini kerana sambutan daripada pelanggan yang berpusu-pusu singgah di gerai ini. Yang mencuit hati sekali apabila pelanggan yang sama sering singgah di gerai kami untuk merasai masakan nasi kerabu air tangan anok klate sendiri. Al-hamdulillah, banyak kenangan yang pastinya kami tidak dapat lupakan semasa menjaga gerai ini..



Mantan dan exco Perdana duk goreng kepok

Antara exco muslimah...rajinnye..anok sapo la ni..

Masing-masing ado tugas yang perlu diselesaikan..

Mantan Perdana dan Ketua Pengarah Gerai Selero Anok Klate

Antara pelanggan cilik yang datang membeli

  Antara mantan exco yang tak jemu2 menolong adik-adik exco..

air nyo...air jagung..ado blako..


Presiden Perdana bersama pelancong asing yang singgah kat gerai ini

chef utamo kito..exco Perdana, Asiah Abdullah..

Pengalaman mendewasakan kita..Alhamdulillah.. dengan pembukaan Gerai Selero Anok Klate ini banyak memberikan pengalaman manis kepada semua anok-benganok terutamanya kepada mereka yang berusaha dan bertungkus-lumus menjayakannya..Semoga Gerai Anok Klate ini dapat dianjurkan lagi pada masa-masa yang akan datang, insyaAllah..

Wallahua'lam

~Kepimpinan..Kebajikan..Keintelektualan~

     

Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P)

بسم الله الرحمن الرحيم
      Assalamualaikum dan salam perdana buat semua anok-beghanok Ukm...Al-hamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan pada Allah s.w.t kerana pada saat dan ketika ini kita masih dapat merasai segala nikmat yang dikurniakan olehNya..


      Pertama sekali , kami dari exco it ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini disebabkan oleh masalah kenkangan masa dan masalah teknikal..Ribuan kemaafan kami hulurkan kerana masalah ini sedikit sebanyak menyebabkan sebahagian anok-beghanok klate di Ukm tidak dapat mengetahui perkembangan terkini dari pihak  Perdana. InsyaAllah selepas ini kami akan membuat yang terbaik untuk blog Perdana dan juga buat semua anok-beghanok..


     Pada bulan lepas iaitu pada 19 sehingga 23 September 2011, pihak Perdana telah  menyertai Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar yg di anjurkan pihak UKM, yang mana sepanjang minggu tersebut, pihak Perdana telah membuka keahlian kepada semua mahasiswa-mahasiswi klate Ukm  baru sesi 2011/2012. Al-hamdulillah, walaupun pengambilan pelajar2 baru berkurangan namun perdana ukm masih mampu menarik anok klate yg baru mendaftar di UKM untuk menyertai PERDANA.

Pameran gambar-gambar program yang diadakan oleh Perdana


Presiden PERDANA dan barisan exco yg bertugas

 Pelajar2 baru sedang mendaftar diri sebagai ahli PERDANA

Pres Hamdi, Zaki bergambar kenangan bersama Ahli PERDANA yg baru.

Suasana M3P di KCKL..

Ahli baru PERDANA di KCKL.

Exco KCKL sedang menerangkan program2 yg akan di jalankan oleh PERDANA UKM..

    KP & TKP M3P PERDANA bergambar kenangan bersama exco2 PERDANA termasuk exco KCKL..

Alhamdulillah..kami di barisan PERDANA amat mengharapkan sokongan semua anok beghanok samada ahli baru atau lama untuk terus menyokong dan bersama2 kami untuk terus menaikkan nama negeri kita yg tersayang di UKM.insyaAllah..

"KEPIMPINAN, KEBAJIKAN, KEINTELEKTUALAN"

Wallahu'alam..

Ahad, 18 September 2011

Selamat Datang kepada Mahasiswa- Mahasiswi Baru sesi 2011-2012

Assalamualaikum kepada semua anok beghanok..ape khabar semuanya?? lamo dh tak nanyo kaba..harap2 semuanya sihat2 blako..Pertama sekali pihak Perdana terutamanya dari bahagian IT ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..
  
      Di sini kami daripada ahli jawatankuasa Perdana ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang kepada seluruh mahasiswa - mahasiswi Ukm terutamanya mahasiswa baru sesi 2011-2012. Kepada mahasiswa baru, tahniah kami ucapkan kerana terpilih untuk memasuki Ukm..Semoga kalian dapat memanfaatkan peluang yang telah diberikan dengan sebaiknya untuk mencapai kejayaan yang cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik malah dari sudut sahsiah dan peribadi. Tidak dilupakan juga kepada mahasiwa-mahasiswi terutamanya anok-beghanok yang sudah lama berada di ukm, kami ucapkan selamat meneruskan pengajian di sesi yang baru dengan azam dan semangat yang baru.

      Akhir kata, ikhlaskanlah niat kita dalam perjuangan menuntut ilmu kerana ilmu itu adalah cahaya dan cahaya tidak masuk ke dalam hati-hati yang kotor.

                                                                   ~ Kito anok- beghanok~

Sabtu, 17 September 2011

SEULAS KALAM PRESIDEN


 MOHD HAMDI HUSIN
PRESIDEN PERDANA UKM SESI 2011/2012







Assalamualaikum w.b.t dan Salam Mahasiswa. 

Sekalung tahniah dan selamat datang diucapkan kepada rakan-rakan mahasiswa “anok beghanok” Kelantan yang terpilih menyambung pengajian di Perbukitan Ilmu, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesi pengajian 2011/2012. Justeru itu, peluang ini perlulah digunakan dengan sebaik mungkin dan memanfaatkan segala ruang yang ada di dalam kampus ini untuk menjadikan  impian dan harapan terlaksana, insyaAllah.

Datang Dengan Harapan, Pulang Membawa Kejayaan

Rakan-rakan sekalian, kita adalah generasi muda yang akan mencorak pembinaan negara kita. Pembinaan sesebuah negara mahupun sesebuah masyarakat perlunya kepada kepintaran, kemahiran, dan kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu bidang tugas. Peranan kita sebagai mahasiswa peneraju kegemilangan ummah, sewajarnya perlulah mempunyai ilmu dalam pelbagai bidang dan mengasah bakat kepimpinan bagi melahirkan pemimpin Negara yang intelektual dan setanding dalam pelbagai bidang, seterusnya akan lahirlah seorang mahasiswa yang dapat menabur khidmat bakti kepada masyarakat dari sudut pembangunan sahsiah, dan intelektual dengan disusuli ilmu agama yang hakiki. 

PERDANA UKM di bawah kepimpinan saya pada sesi kali ini menyeru kepada rakan-rakan sekalian untuk bersama-sama berusaha untuk menjadi mahasiswa yang berkualiti, mempunyai prinsip yang jelas dan berusaha menjadi mahasiswa yang memberi manfaat kepada agama, negara, dan masyarakat. Sekali lagi, saya sebagai wakil dari kepimpinan PERDANA UKM mengucapkan sekalung tahniah dan selamat meneruskan pengajian di perbukitan ilmu ini dan semoga kita sama-sama berjaya menggapai impian yang kita harapkan. Teruskan sokongan kalian kepada PERDANA UKM.

“ KEPIMPINAN, KEINTELEKTUALAN DAN KEBAJIKAN ”

Isnin, 8 Ogos 2011

Kem Cakna Ilmu 2011 (KECANA'11)

Assalamualaikum w.b.t.. dan salam sejahtera.
apa khabar anok beghanok kito semua? dan salam Ramadhan.
Alhamdulillah pada 28-30 julai 2011, pimpinan PERDANA telah selesai melaksanakan KECANA'11. Tahniah dan terima kasih di ucapkan buat semua yg telah bertungkus lumus bagi menjayakan KEM tersebut. KECANA'11 kali ini telah berjaya di lansungkan di Sek Keb Kampong Tengah Kuala Krai di bawah anjuran sekretariat pendidikan. Ribuan Terima kasih juga di ucapkan kpd pihak sek kerana telah menerima kehadiran kami dengan baik. Tanpa bantuan dan sokongan semua, kami di pihak PERDANA tentu tidak dapat menjalankan kem tersebut dengan jayanya.

Kem tersebut berjaya di laksanakan selama tiga hari dengan melibat 101 orang peserta dan exco2 PERDANA yg di penuhi dengan pelbagai aktiviti menarik yang bertujuan untuk meningkatkan motivasi peserta yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Kami berharap, adik2 peserta mendapat input yg berguna melalui program ini dan seterusnya menjadi pelajar yg berjaya di dunia dan Akhirat.

Dan kami juga berharap, melalui program tersebut kami sebagai pimpinan PERDANA mampu menyumbangkan sedikit bakti kepada anak2 kelantan yg berada di kelantan di samping meningkatkan lagi kemahiran kami dalam pelbagai aspek..

Jom kita imbas kembali KECANA'11..:-)

               majlis persamian pembukaan, oleh Guru besar Sk.Kampong Tengah

                                           Gelagat adik2 peserta..

                                           Abg fc bersama ciptaan adik2..dlm LDK.

                                              Suasana dlm dewan

                                            Sportingnya adik2...terbaik.


                                            Bersama kak2 fc.

                                          Riadah. badan cergas, otak cerdas..

                                            KP dan abg2 fc

Kakak2 fc..masih bersemangat.

Akhir sekali, sekalung tahniah dan ribuan terima kasih buat semua. Insya Allah sama2 kita mendoakan semoga segala misi,visi dan objektif program ini terlaksana dan sama2 kita mendoakan agar adik2 peserta akan menghadapi peperiksaan nanti dengan jayanya.

Wallahu'alam

"Kito Anok Beghanok"

Ahad, 24 Julai 2011

PROSA 11 [Program Sekolah Angkat 2011

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada anok beranok kita di luar sana...

Pertama sekali,exco IT ingin meminta maaf kepada seluruh anok beranok kita kerana lambat nak update blog PERDANA ni disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.Ada banyak komitmen lain dan perkara-perkara yang memerlukan keutamaan selain dari berkhidmat untuk PERDANA.

Untuk makluman anok beranok kita,pihak PERDANA-UKM sesi 2011/2012 telah pun berjaya mengadakan Program Sekolah Angkat [PROSA] pada tanggal 14 hingga 16 Julai 2011 bertempat di Maahad Yaakubiah,Nipah,Bachok.Program selama tiga hari ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik dan dapat memberi pengalaman baru kepada peserta dan juga kepada fasilitator itu sendiri.Kehadiran peserta bagi PROSA sesi ini amat menggalakkan di mana kita mendapat sejumlah 115 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) tak lama lagi.



Para peserta program berharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi di sekolah mereka.Maklumbalas daripada pihak sekolah juga amat baik dan pihak PERDANA-UKM mengucapkan sekalung tahniah kepada peserta yang dapat menyertai program dan tidak lupa sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam menjayakan PROSA 11 ||MAYA.....

Khamis, 21 April 2011

REHLAH EXCO & MANTAN PERDANA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua anok beghanok..

     Disebalik kesibukan kita untuk menghadapi peperiksaan akhir bagi semester 2 sesi 2010/2011,ikatan silaturrahim antara exco dan mantan pimpinan perdana tetap diutuhkan melalui satu program rehlah yang telah diadakan di tasik Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (Tasik Kejut) pada hari sabtu 16 April 2011 yang lepas.

  Program yang diadakan secara sederhana berikutan masing-masing sibuk dan sedang menghadapi peperiksaan akhir.Namun anok beghanok kita masih lagi memberikan kerjasama yang baik dan menghadirkan diri.








   
Diharapkan supaya ukhuwwah kita terus terjalin dan insya Allah diberikan kejayaan di dunia dan akhirat .~kItO AnOk BeGhAnOk SeNgOtI~

Isnin, 11 April 2011

Himpunan Mahasiswa Klate 2011 (HAMKA 11)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua anok beghanok..Sebelum meneruskan penulisan, pihak admin memohon kemaafan kerana lewat mengemaskini blog ini disebabkan terdapat beberapa masalah teknikal tertentu yang tidak dapat dielakkan. 

        Al-hamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana pada 9 April 2011 bersamaan 6 Jamadil Akhir 1432 Hijrah,    mahasiswa-mahasiswa kelantan yang menuntut pengajian di Ukm telah berjaya  menyertai  satu lagi program yang dikenali dengan nama Himpunan Mahasiswa Kelantan anjuran Markaz Siswazah Kelantan . Program yang julung-julung kali diadakan ini  bertujuan untuk menghimpunkan seluruh anak kelantan yang menuntut di ipta-ipta di sekitar Lembah Klang. Antara ipta-ipta yang turut sama memeriahkan lagi majlis ini ialah mahasiswa  dari Uitm, Um, Usim, Upm, Upsi, Uia, dan tidak ketinggalan juga anak kelantan dari Utm, Skudai Johor, Himpunan ini telah selamat berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Amat Berhormat  Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.

            Sebenarnya himpunan ini merupakan  hasil cetusan idea daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri, untuk bertemu mata dan berinteraksi sendiri dengan anak-anak Kelantan yang sedang menuntut  di Universiti sekaligus untuk merapatkan silaturrahim antara Menteri Besar dengan anak-anak muda Kelantan. Himpunan ini bermula dengan pendaftaran dari semua mahasiswa yang hadir dan antara pengisian utama yang diadakan dalam himpunan tersebut adalah Solat Maghrib berjemaah, Bacaan Yasin dan Tahlil serta Solat Hajat Sempena Peperiksaan Akhir yang dipimpin oleh YB Abdul Fatah Mahmood selaku Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

               Selepas diadakan solat hajat, majlis diteruskan dengan ucapan daripada YB Abdul Fatah, Presiden Markaz Siswazah Kelantan, dan  ucapan daripada Tok Guru yang merupakan acara kemuncak himpunan ini. Dalam ucapan Tok Guru, beliau banyak menyentuh soal pemerintahan negeri Kelantan yang merupakan negeri Serambi Mekah dan isu-isu semasa yang berkaitan Kerajaan Negeri. Al-hamdulillah, walaupun Tok Guru  dalam keadaan letih kerana baru tiba di sini dari Kelantan, namun dengan semangat beliau untuk bertemu dengan anak-anak Kelantan, beliau dapat juga memberi ucapan dengan baik dan  penuh semangat. Akhlak dan semangat yang ditunjukkan oleh Tok Guru sepatutnya dicontohi oleh kita semua selaku anak muda yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan.
      
            Acara terakhir majlis himpunan ini ialah interaksi mahasiswa bersama Tuan Guru Menteri Besar. Soalan-soalan yang diajukan oleh mahasiswa banyak berkisar berkaitan dengan isu semasa kerajaan Kelantan dan perkembangan kampus. Tuan Guru menyeru semua mahasiswa supaya terus menyokong dan bersama-sama mempertahankan pemerintahan Islam di bawah kerajaan Negeri. Isu-isu lain yang diperkatakan di sini ialah berkenaan Bazar Tok Guru di samping rancangan untuk anugerah ikon mahasiswa pada masa akan datang dan perkembangan sukan Negeri Kelantan.

               Akhir sekali, diharap dengan adanya himpunan seperti ini, para mahasiswa dapat beramah-mesra dengan Menteri Besar sekaligus membuka mata mahasiswa berkaitan isu-isu semasa yang berlaku sekarang. Selain itu, diharap para mahasiswa dapat memberi kerjasama kepada kerajaan Negeri untuk sama-sama mempertahankan pemerintahan Islam  di Kelantan. Takbir!! Allahuakbar...

Tuan Guru memberi ucapan

Antara mahasiswi yang hadir

khusyuk mendengar amanat daripada Tuan Guru


~kItO AnOk BeGhAnOk SeNgOtI~

Sabtu, 9 April 2011

Himpunan Mahasiswa Kelantan 2011

Program Solat Hajat dan Jamuan bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

Tarikh: 9 April 2011 (Sabtu)
Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: Bermula 5.00 petang hingga 11.30 malam 
Anjuran: Markaz Siswazah Kelantan 




*TENTATIF PROGRAM: *
- Pendaftaran peserta bermula 5.00 petang dan jamuan (Makanan akan
disediakan selepas pendaftaran dan tertakluk pada perubahan)
- Solat Maghrib berjemaah
- Pengisian tazkirah
- Solat Hajat dan solat Isya' berjemaah diimamkan oleh YAB Dato' Bentara
Setia Menteri Besar Kelantan
- Ucapan YB Hj. Abdul Fattah Mahmood (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan)
- Ucapan YAB Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan
- Dialog Bersama Pimpinan Kerajaan Negeri.
- Majlis bersurai

Maklumat lanjut dan pendaftaran awal, layari
http://himpunanmahasiswakelantan2011.blogspot.com/ atau melalui SMS dengan
menaip *HAMKA*<jarak>*NAMA*<jarak>*KAMPUS *hantarkan kepada* Zul Amirul
(013-3196286) atau Faradila (013-2001925)

*Diharapkan semua yang telah mendaftar dapat sama-sama menghadirkan diri ke
HAMKA2011. Segala kerjasama yang telah antum semua berikan amatlah kami
hargai.

Jumaat, 8 April 2011

Salam Imtihan~~




Assalamualaikum dan salam imtihan kepada semua anok beghanok kito..Apo kabar semuanya?? Harap-harap semuanya sihat-sihat blako. Tak lamo lagi nk perikso pulok... ready blako dah ko?? Jange stres2 deh blako. baco -baco jugop..kesihatan keno jago...pakat2 ngaji sungguh...paling utamo skali keno ikhlaskan niat dulu..lepas ngaji, kito pakat2 perbanyokkan solat hajat, doa dan tawakkal..insyaAllah ..pasti boleh..dan tak lupo jugop keno mitok restu nga mok ayoh kito..ingat..tanpo mereka, sapolah kito ni..Akhir sekali, selamat menempuhi peperiksaan..jawab molek-molek...selawat banyok-banyok...wallaua'alam..

KITO ANOK BEGHANOK~~

Selasa, 5 April 2011

Majlis Solat Hajat dan Ceramah Sempena Peperiksaan Akhir

Assalamualaikum w.b.t kepada seluruh anok beghanok kita.....

Peperiksaan Akhir datang lagi.Adakah kita seluruh anok beghanok dah bersedia untuk menghadapi final yang akan bermula pada 11/4 ni?.Jadi sempena itu,PMUKM dengan kerjasama PERDANA,PMFPI,ISIUKM dan Pusat Islam akan mengadakan majlis solat hajat dan ceramah di Masjid UKM pada 7 April 2011 bermula pukul 7 malam.Maka kita berharap kepada semua anok beghanok kita turun ke majlis tersebut.Belajar belajar jugok,doa kepada tuhan,mitok nge dio,kito jangan lupa..Insya ALLAH.Berjaya dunia dan akhirat.

klik pada gambar untuk zoom

Jumaat, 1 April 2011

Inter-Mantan Pimpinan 2011/2012

Assalamualaikum w.b.t kepada seluruh anok beghanok kita.....

Satu interaksi exco PERDANA sesi 11/12 dan mantan pimpinan PERDANA, 'INTER-MANTAN' telah diadakan dengan jayanya pada hari Jumaat bersamaan 1 April 2011.Program yang diadakan di DK3F302 FSSK bermula jam 8.30 malam disertai oleh exco-exco PERDANA yang baru dan mantan-mantan pimpinan PERDANA yang terdahulu.
















'Kito anok beghanok sengoti'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...