JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Memaparkan catatan dengan label Event. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Event. Papar semua catatan

Ahad, 4 April 2010

PerdanaFC vs FsskFC

PerdanaFC

Vs


FsskFC

Pada 2/04/2010 bersamaan jumaat tepat jam 6.00 petang satu perlawanan persahabatan antara pasukan PerdanaFC menentang FsskFC, 60 minit waktu perlawanan yang penuh dengan aksi yang memikat ramai peminat bola sepak ukm untuk tidak berganjak dari tepat duduk masing-masing. Kedua-dua pasukan saling berbalas-balas serangan yang mana jika dilihat pada separuh masa pertama berlaku asakkan yang agak sengit daripada kedua-dua pasukan.

Gol pertama yang di jaringkan oleh pasukan FsskFC membuatkan studium tergamam seketika, disusuli sorakan gemuruh daripada penyokong-penyokong pasukan FsskFC. Namun begitu pasukan PerdanaFC tidak menunggu lama untuk membalas balik serangan dan berjaya menghasilkan gol penyamaan, sekali lagi riuh rendah studium menyambut jaringan gol dari pasukan PerdanaFC.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, membuatkan penonton teruja dengan aksi perlawanan kedua-dua pasukan. Namun pada babak kedua menyaksikan pasukan PerdanaFC terpaksa akur dengan kehandalan pasukan FsskFC. pada minit-minit terakhir perlawanan yang pada ketika itu kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 5 sama, telah menggelapkan harapan pasukan PerdanaFC, apabila tonggak pasukan FsskFC menjaringkan gol kemenangan. Akhirnya pasukan PerdanaFC tewas 5 gol berbalas 6 gol yang di jaringkan pasukan FsskFC.

Pengurus pasukan PerdanaFC merakamkan Jutaan terima kasih kepada pasukan FsskFC kerana sudi menerima jemputan perlawanan persahabatan kali ini. Bagi pasukan PerdanaFC kekalahan ini tidak melunturkan sedikit pun semangat anak didik Safuan Yusoff untuk terus mara. Beberapa perlawanan persahabatan sedang dirangka dalam usaha menaikkan balik nama Pasukan PerdanaFC di bumi UKM ini. jutaan terima kasih sekali lagi kepada pasukan FsskFC atas kesudian menerima jemputan perlawanan persahabatan tersebut.

Akhir kata "jadikan Sukan Sebagai Ibadah"

assalamualaikum......salam Perdana...Salam SeMalaysia....

Di sediakan oleh

............tt...............
Wartawan
sekreteriat sukan PerdanaUKM.

Sabtu, 27 Mac 2010

LIMA KUNCI RAHSIA

Daripada Ibn 'Umar r.a, daripada nabi S.A.W baginda bersabda :''lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah S.W.t iaitu : Pertama, tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. Kedua, tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. Ketiga, tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. Keempat, tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah. Kelima, tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah (Hadith Riwayat Bukhari).

Saudara dan saudari pengunjung blog ini sekalian, Allah S.W.T adalah pemilik segala ilmu. Tidak ada sesuatu yang luput atau padam dari pengetahuan Allah S.W.T. Perkara yang nampak mahu pun yang tersembunyi. Firman Allah Taala yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (Al-Qur'an, Luqman : 34). Ilmu yang Allah S.W.T pinjamkan kepada manusia dan makhlukNya hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air di dalam lautan. Firman Allah Taala yang bermaksud : "Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)" (Al-Qur'an, al-Kahfi : 109)

Keadaan di atas menunjukkan bahawa manusia hanya sedikit ilmu sahaja yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Oleh itu, sebagai hamba Allah yang mengharapkan ganjaran yang berlipat ganda daripadaNya jangan sombong, bongkak atau kedekut dengan ilmu yang dimiliki. Salurkanlah pada orang yang memerlukannya. Di samping itu, janganlah pula mengherdik atau menghina mereka apabila mereka lambat memahami apa yang disampaikan. Ketahuilah semua itu ada manfaat dan makna yang tersirat di sebalik itu, semoga kita semua diberi ruang dan peluang untuk menggandakan amalan bagi memperolehi apa yang dijanjikan Allah Taala. Firman Allah Taala yang bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji" (Al-Qur'an, al-Ra'd : 31)



Sabtu, 20 Mac 2010



Khamis, 18 Mac 2010



Jumaat, 26 Februari 2010

SALAM MAULIDURRASUL S.A.W



Ahad, 7 Februari 2010

MAGHI KITO PAKAT PAKA JAKET ANOK BEGHANOK


DEPAN


BELAKANG

SALAM..KRN MENDAPAT PERMINTAAN RAMAI..PERDANA UKM MEMBUKA PELUANG UNTUK SESIAPA YG BRMINAT MENEMPAH JAKET PERDANA DGN HARGA RM60. TEMPAHAN INI BLH DIBUAT MELALUI Mohd Suhaimi Mustafa(0133261665) @ Hazierah Mardhiah(0139721994)@ TERUS KE BILIK PERDANA SBLM 23/3/10.(nama-nama pd jaket-no fon-saiz). DEPOSIT RM30. BYRN BLH DIBUAT DIBILIK PERDANA. DISKAUN DIBERIKAN KPD PEMEGANG KAD PERDANA.

Jumaat, 5 Februari 2010

Eksplorasi Siswa PERDANA '10 (ESA'10)


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga PERDANA UKM khususnya dan seluruh warga UKM. Alhamdulillah, baru-baru ini PERDANA UKM telah selesai mengadakan satu program berbentuk kepimpinan iaitu Eksplorasi Siswa PERDANA '10 atau singkatannya ESA'10 dibawah Sekreteriat Latihan & kepimpinan.

Tempat: Hutan Pendidikan Alam (HPA),UKM
Tarikh : 14-17 Januari 2010
Peserta : 27 orang.

Program ini diadakan bertujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat-bakat kepimpinan di kalangan peserta-peserta sebagai penerus kesinambungan perdana. Sepanjang 3 hari berlansungnya program ini pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah dijalankan. Antaranya ialah Perdana idol, sidang pleno, pulau impian, eksplorace dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga pengisian-pengisian berkaitan dengan kepimpinan di kalangan mahasiswa. Peserta didedahkan kepada beberapa aspek penting yang mereka perlukan sebagai pemimpin.

Gambar sepanjang program

















"Seorang pemimpin yang baik ialah tidak semestinya seorang yang paling kuat, bijak, bersemangat atau mempunyai rupa paras yang menawan. Seorang pemimpin yang baik ialah seorang pemimpin yang pandai menggunakan sumber-sumber yang ada di dalam kumpulan pimpinannya. Seorang pemimpin yang baik bijak menggunakan kekuatan ahli pimpinannya untuk membawa kumpulannya itu semakin mara ke hadapan."

Akir kalam,jutaan terima kasih kepada semua peserta dan urusetia yang menjayakan program ini. Diharapkan ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.

“Kepimpinan Berkarisma Asas Kecemerlangan”

Pencalonan EXCO BARU PERDANA UKM sesi 2009/2010



Rabu, 6 Januari 2010

Isnin, 4 Januari 2010

Sabtu, 2 Januari 2010

SEMINAR DINAR EMAS 2010 (SEDINAR '10)



Hubungi Urusetia Sekarang !!! Syafiq (0133107390) / Sarah (0196112086)
Tempat Terhad!!!
Terbuka Kepada Semua Yang Berminat!!!

Selasa, 22 Disember 2009

Baju PERDANA Edisi Terhad Sudah Sampai!!!




Salam kepada seluruh warga PERDANA,
Salam Ma'al Hijrah 1431 & Selamat Kembali ke UKM!!!

MAKLUMAN!!! PERHATIAN!!!
Edisi Khas Baju PERDANA siap belako doh ni...bagi sapo2 hok doh buat tempohan atau blum..klu nok baju, lbh ggi ambil kt bilik Perdana bermulo esok...silo hubungi exco2 di bawah
:
Anuar 013-3006439
Asrul 013-3007024
Hilman 013-3083826
Hafizah 013-2578692

Harga Baju T-Shirt Lelaki RM19.00
Harga Baju T-Shirt Perempuan RM28.00


Tempahan Baju T-Shirt ini boleh diambil seawal esok (Rabu @ 23/12/2010
)

Rabu, 4 November 2009

EDISI KHAS BAJU T-SHIRT PERDANA " paling comey di hatiku"

Salam kepada seluruh warga PERDANA,
Salam Ma'al Hijrah 1431 & Selamat Kembali ke UKM!!!

MAKLUMAN!!! PERHATIAN!!!
Edisi Khas Baju T-Shirt PERDANA 0910 sudah siap dan anda boleh dapatkan baju tersebut sepertimana berikut:

1- Bilik PERDANA @ melalui mane2 EXCO PERDANA
2- Atau boleh hubungi :

Anuar 013-3006439
Asrul 013-3007024
Hilman 013-3083826
Hafizah 013-2578692

Harga Baju T-Shirt Lelaki RM19.00
Harga Baju T-Shirt Perempuan RM28.00


Tempahan Baju T-Shirt ini boleh diambil seawal esok (Rabu @ 23/12/2010
)





Selasa, 3 November 2009

BAKTI SISWA PERDANA 2009





















Align Center

" SEBUAH KEJAYAAN MEMERLUKAN...

SATU MASA,
MASA RAJIN DIMESTIKAN,
MASA MALAS DIBUANGKAN,
MASA FOKUS DIMAKSIMUMKAN,
MASA TIDUR DIOPTIMUMKAN,
MASA MAKAN DISEIMBANGKAN,
MASA STADI DIUTAMAKAN,
MASA SOLAT DIDOAKAN,
MASA USAHA TANPA HENTIAN,
MASA MENGHARAP, HARAPLAH PADA TUHAN.


"YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KIRANYA KEJAYAAN ENGKAU ANUGERAHKAN KEPADA KAMI, JAUHKANLAH KAMI DARIPADA SIFAT RIAK DAN TAKABBUR,
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KIRANYA KEGAGALAN ITU MILIK KAMI, JAUHKANLAH KAMI DARIPADA SIFAT MALAS, LEMAH DAN PUTUS ASA UNTUK KAMI TERUS REDHA DENGAN KETENTUANMU. JALAN2 INI PENUH LIKU DAN KESUSAHAN, PERMUDAHKANLAH.. PERJUANGAN INI BANYAK MEHNAH DAN TRIBULASI, KUATKANLAH KAMI UNTUK MENGHADAPINYA DAN BERTAMBAH KUAT IMAN KAMI, BERTAMBAH BERKAT ILMU KAMI, BERTAMBAH SUBUR AMAL... AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSA KAMI, SUCIKANLAH HATI KAMI DARIPADA KEKOTORAN DAN TITIK HITAM, MOGA SATU MASA KAMI DAPAT MENGGAPAI MAGHFIRAH DAN REDHAMU ILAHI.

IMTIHAN INI SATU UJIAN, UJIAN INI AMAT MUDAH JIKA ENGKAU MUDAHKAN, PERMUDAHKANLAH YA ALLAH...
JADIKAN KEJAYAAN KAMI SATU KEIZZAHAN UNTUK ISLAM,
LEBIH MENTAQARRUBKAN DIRI INI PADA MU.

BERIKANLAH KAMI KEJAYAAN DI DALAM PEPERIKSAAN AKHIR INI,
BERIKANLAH KAMI KEJAYAAN DI DUNIA DAN KEJAYAAN DI AKHIRAT DENGAN RAHMAT DAN KEREDHAANMU.
AMIN YA RABBAL ALAMIN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...