JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Jumaat, 3 April 2009

KEJOHANAN BOWLING PERDANA UKM



Tarikh : 16 April 2009
Masa :3.00 ptg -6.30 ptg
Hari :Khamis
Tempat :Pusat Bowling, Metro Point Kajang, Selangor
Anjuran:Sekretariat Sukan(SUPER)
Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim
Universiti Kebangsaan Malaysia

"Cergas Cekap Cemerlang"Jangan lepaskan peluang!!!!!
Inilah masanya anda buktikan bakat terpendam yang ada.
ajak ramai-ramai.......
Pastikan kemenangan milik anda!!!

Rabu, 25 Mac 2009

Salam Tahniah dan Terima Kasih

Salam tahniah dan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah menjayakan program rasmi PERDANA yang pertama di bawah tampuk pimpinan baru sesi 2008/2008. Anda semua telah memberi semangat kepada kami barisan exco untuk bergerak kerja pada masa yang mendatang di atas sambutan yang cukup-cukup menggamatkan suasana, ditambah pula seri-seri nur iman bertambah berseri lagilah program kita. Terima Kasih tidak terhingga.

Namun jangan dilupa jiran sebelah anok ganu kite, terima kasih jgk untuk semua anok2 ganu kite terutamanya exco-exco PERMATA yang telah bersama-sama berkerjasama dengan kami untuk sama-sama bergading bahu melangsungkan Forum Sambutan Maulidul Rasul atau majlis ilmu yang merupakan sunnah Rasulullah bertepatan dengan tajuk "Menjejak Sunnah Menggapai Cinta Rasul". Cinta yang mendalam kepada kekasih Allah.

Nok dengar cito ko? mula-mula tu rusing jugak, tak dok oghe ko malam ni... exco duk garu palo belako...he3 tapi yang meriahnya makin dekat nak abih makin rama, ahli panel kito pun makin bersemangat termasuk moderator kito..

Bagus-bagus perkara sebeginilah perlu kito tonjolkan komitmen, bersemangat dan ado sayang pada PERDANA... Pimpinan amat raso terharu dengan kahadiran sahabat-sahabat semalam.

Terima kasih dan bersama lagi dalam program lain!!!

Maaf banyok la gambar-gambar program dalam pemilihan lagi loni, nk cari gambar comei-comei nak publish ni, sapo yang terkena mujurlah...

Sehubungan itu, nampok anok beghanok kito nak program lagi jah, jadinya.. InsyaAllah dalam bulan 4 ini kita adakan Kejohanan Bowling PERDANA... Tunggu kehadirannya!!! Kita dalam proses untuk mendapatkan kelulusan kertas kerja sekarang ni... bila? dalam minggu study week.. Tu perancangan, Allah sajo yang menentukan...

InsyaAllah jumpa lagi!!! Assalamualaikum.

Utusan PERDANA




Isnin, 23 Mac 2009

Happy Birthday Rasulullah


Salam PERDANA buat semua, alhamdulillah bersyukur kita ke hadhrat Ilahi di atas limpah nikmat Islam, Iman & Takwa mentaqarrubkan diri kita kepada Allah s.w.t, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W sekeluarga, para sahabat, tabiin dan seluruh umat Islam.

Nikmat diberi jangan kita sia-siakan, bulan Muharram telah berlalu bermakna tahun baru Islam telah berlalu, alhamdulillah sekiranya bulan Muharram disambut dengan penuh adat keIslaman dan astaghfirullah disambut dengan nafsu kesyaitanan... hari ini, kini dan bulan ini kita dalam bulan Mac bersamaan bulan Maulidul Rasul atau bulan Rabiul Awal yang masing-masing menanti2 saat kaetibaannya.. samo jgk anok Kelate kito, lagi-lagi la negeri kito ni digelar negeri Serambi Mekah dan berkepimpinan ulamak... Kelahirannya dinanti, kehilangannya ditangisi tiadalah manusia yang bernama Muhammad bin Abdullah beribukan Aminah.... inilah Rasulullah, inilah al-Amin... disambut penuh gembira seluruh warga Mekah... hingga hari ini kita terus meraikannya...

Ingatlah sahabat-sahabat mulianya hari Jumaat bukan kerana harinya, namun hari itu dicipta Adam dan dimatikan selain dikatakan berlakunya kiamat, manakala mulianya hari Isnin bukan kerana harinya bahkan mulianya Isnin dilahirkan utusan terakhir dan diwafatkan. Tahun 2009 menyaksikan 12 Rabiul Awal jatuh pada hari Isnin.

Pesan saya, buat sambutan Maulidul Rasul baik, namun mengikut sunnah secara praktikal adalah terbaik lebih meletakkan Rasulullah Qudwah Hasanah dalam semua aspek kebajikan, kepimpinan dan keintelektualan.

Jadi saya menyeru semua mahasiswa/i UKM terutama anok beghanok terus menyokong program yang akan dilaksanakan pada masa mendatang... menyokong program kami bermakna menyokong kami barisan pimpinan.

Dengan ini khas untuk anda semua PERDANA UKM menjemput untuk sama-sama hadir pada program
FORUM MAULIDUL RASUL. "Maghi jangan tak maghi"


Selamat menghayati sunnah dan Selamat berforum mlm ni. Syukran Jazilan Mubakkiran atas sokongan anda semua.
Bicara Timbalan Presiden 08/09

Penambahbaikan Logo Perdana


Sedikit penambahbaikan telah dilakukan pada logo PERDANA, kalau sebelum ini hanya logo sahaja tanpa tulisan rasmi di sampingnya... Hari ini pihak pimpinan Perdana telah membuat perubahan dengan wujudnya nama PERDANA secara rasminya disebelah logo PERDANA. Keistimewaannya logo kali ini menampilkan 3 bahasa utama masyarakat Malaysia iaitu Bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan dikenali Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Arab yang tidak terdapat pada logo-logo lain termasuk logo UKM.

Daripada sinilah terlihatlah keserlahan harapan baru kepimpinan PERDANA untuk seluruh anok beghanok khususnya di perbukitan UKM, 3 bahasa iaitu 1 Bahasa Melayu melambangkan kecintaan kita terhadap tanah air terutama UKM yang sememangnya ditubuhkan untuk perjuangkan Bahasa Kebangsaan, manakala Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab menampakkan kita anok beghanok mesti bersedia mendepani cabaran semasa, penguasaan bahasa asing sekali gus meletakkan PERDANA persada antarabangsa pada masa yang mendatang. Selain itu, bahasa Arab adalah sinonim dengan ketokohan agamawan-agamawan Kelate atau lebih mesra Kepimpinan Ulamak, paling penting bahasa ini adalah bahasa perundangan Islam, bahasa wahyu dan bahasa al-Quran yang sesekali tidak boleh kita pinggirkan.

Harapannya, anok Kelate di UKM boleh menjadi duta pada PERDANA di mana sahaja berada sebagaimana Nik Madihah telah membanggakan seluruh rakyat Kelate yang sekarang masih lagi terasa bahangnya dengan mendapat 20 A dalam pencapaian SPM yang diumumkan baru-baru ini seterusnya dinobatkan Pelajar Cemerlang SPM Malaysia, beliau telah menjadi duta kepada Kelantan dalam bidang akademik, insyaAllah Nik Madihah terus membawa Kelate dan Malaysia ke persada pentas antarabangsa satu masa mendatang. Apapun tahniah dan syabas buat adik Nik Madihah!!! Semuanya bermula dengan sikap "Kito anok beghanok"

Utusan PERDANA

Ahad, 22 Mac 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...