JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Isnin, 23 Mac 2009

Penambahbaikan Logo Perdana


Sedikit penambahbaikan telah dilakukan pada logo PERDANA, kalau sebelum ini hanya logo sahaja tanpa tulisan rasmi di sampingnya... Hari ini pihak pimpinan Perdana telah membuat perubahan dengan wujudnya nama PERDANA secara rasminya disebelah logo PERDANA. Keistimewaannya logo kali ini menampilkan 3 bahasa utama masyarakat Malaysia iaitu Bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan dikenali Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Arab yang tidak terdapat pada logo-logo lain termasuk logo UKM.

Daripada sinilah terlihatlah keserlahan harapan baru kepimpinan PERDANA untuk seluruh anok beghanok khususnya di perbukitan UKM, 3 bahasa iaitu 1 Bahasa Melayu melambangkan kecintaan kita terhadap tanah air terutama UKM yang sememangnya ditubuhkan untuk perjuangkan Bahasa Kebangsaan, manakala Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab menampakkan kita anok beghanok mesti bersedia mendepani cabaran semasa, penguasaan bahasa asing sekali gus meletakkan PERDANA persada antarabangsa pada masa yang mendatang. Selain itu, bahasa Arab adalah sinonim dengan ketokohan agamawan-agamawan Kelate atau lebih mesra Kepimpinan Ulamak, paling penting bahasa ini adalah bahasa perundangan Islam, bahasa wahyu dan bahasa al-Quran yang sesekali tidak boleh kita pinggirkan.

Harapannya, anok Kelate di UKM boleh menjadi duta pada PERDANA di mana sahaja berada sebagaimana Nik Madihah telah membanggakan seluruh rakyat Kelate yang sekarang masih lagi terasa bahangnya dengan mendapat 20 A dalam pencapaian SPM yang diumumkan baru-baru ini seterusnya dinobatkan Pelajar Cemerlang SPM Malaysia, beliau telah menjadi duta kepada Kelantan dalam bidang akademik, insyaAllah Nik Madihah terus membawa Kelate dan Malaysia ke persada pentas antarabangsa satu masa mendatang. Apapun tahniah dan syabas buat adik Nik Madihah!!! Semuanya bermula dengan sikap "Kito anok beghanok"

Utusan PERDANA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...