JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Isnin, 27 Julai 2009

M3P

Tarikh : 20- 24 Julai 2009
Tempat : Pusanika, aras 2 , gerai ke 38
Masa : 9 pagi - 6 petang sepanjang M3P
Petugas : exco yang tiada kelas secara berganti-ganti


PERDANA tahun ini telah berjaya mendapat keahlian baru seramai 300 orang. Hari pertama M3P sahaja gerai PERDANA telah diserbu 138 orang anak-anak kelate yang ingin mendaftarkan diri sebagai anak beghanok. Tidak menang tangan dibuatnya anak-anak kelate yang sangat teruja ingin menyertai PERDANA.

Pada mulanya kami tidak mahu menggunakan borang untuk pendaftaran, kerana ingin membuat pendaftaran ahli secara 'online' terus ke komputer tetapi disebabkan anak-anak kelate sentiasa menyerbu gerai, kami terpaksa menggunakan borang.




Betapa ramainya ahli PERDANA yang ingin mendaftar sebagai ahli...
Ramai sungguh anak-anak kelate di UKM.

Exco turut membuat persembahan di hadapan gerai PERDANA.
Suatu tarikan yang unik yang hanya ada di PERDANA UKM.
Exco2 muslimin turut sibuk ketika pendaftaran ahli.

Yuran keahlian seumur hidup di UKM = RM7 dan dua keping gambar ahli turut diperlukan, untuk kad keahlian dan data simpana PERDANA. Sebagai cenderamata kenang-kenangan, pihak kami bermurah hati memberi sedikit cenderamata berbentuk key chain PERDANA, jadual waktu, dan penanda buku. Kami turut membuat cabutan bertuah kepada ahli-ahli yang telah bertuah mendaftar sebagai ahli.
ahli penuh ceria bersama exco2 apabila telah memenangi cabutan
bertuah pada hari pertama M3P

TNC melawat ke gerai PERDANA ketika perasmian M3P.

keceriaan exco di waktu petang ketika hari lahir kak zaroslida ismail..

kaunter kecil, jadi exco menyambung tugas-tugas di belakang tabir. Mantap.

Exco2 masih setia menjaga kaunter walaupun gerai anak-anak negeri
lain telah lama tutup. Syabas exco!

Khamis, 23 Julai 2009

MAP....

Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya PERDANA telah berjaya mengadakan majlis makan malam anak-anak Kelate pada 19 julai 2009..segala penat dan lelah telah dihabiskan dan akhirnya semua selamat dan berjalan lancar...Tahniah dan syabas kepada semua AJK MAP09...semoga penat lelah kalian dibalas dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah....

Suka duka yang dihadapi bersama menjadi antara kenangan terindah...


rehearsal pertama jale jugok walaupun so l lapu jah nyalo

nilah puok-puok kito pakat dok kampung di bilik perdana utk wt persiapan MAP..bz belako

mace sungguh jah ni..hehe...ni mase last rehearsal...petang ahad tu...

wei besar2 deh hadioh..bestnyo kalau dapat...hamper tu utk cabutan tuoh..tuoh sungguh...

antara anok kelate wt timo anugerah dekan...tahniah!
terer2 anok kelate ni..kes mkn budu... ;p
exco kita ada jgok...3org...


exco2 muslimat PERDANA

exco2 muslimin bersama dato' mustapha mohamad
perasmi majlis pd malam itu



tema MAP...merah....hitam....putih.....

usher2, mc, pengrah protokol...dan lg bergmbr...

sesi bergambar exco2 dgn dato' pa...




Ahad, 19 Julai 2009

MINGGU PENGENALAN PERSATUAN PELAJAR SESI 2009/2010



Assalamualaikum dan salam sejahtera penghulu kata dari Persatuan mahasiswa Kelantan Darul Naim (PERDANA) khusus buat sahabat-sahabat mahasiswa/mahasiswi baru.. Rasanya masih belum terlambat untuk PERDANA mengucapkan tahniah atas kejayaan siswa dan siswi yang berjaya mendapat tempat di UKM.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pasti terdapat minggu pengenalan persatuan pelajar (M3P) yang mana memberi peluang kepada mahasiswa/i baru untuk melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan. Kali ini, M3P akan berlansung pada 20-24 Julai 2009. Dalam masa lebih kurang seminggu ini, mahasiswa/i diharapkan dapat turun untuk mendaftarkan diri dalam mana-mana persatuan yang diminati. Dan bagi anak2 negeri kelantan, jom kita pakat turun ramai2 untuk mendaftarkan diri sebagai ahli PERDANA UKM.

Antara matlamat penubuhan PERDANA ialah untuk menjaga kebajikan anak-anak negeri kelantan. Selain itu, dengan menyertai PERDANA diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan ukhwah antara kita semua..

Antara aktiviti-aktiviti PERDANA....
  • Kejohanan Bowling PERDANA
  • Program Sekolah Angkat (PROSA)
  • Ekspedisi Cameron Highlands
  • Kem Cakna Ilmu (KECANA)
  • Malam Anugerah PERDANA 2009 (MAP'09)
Program-program yang akan datang....
  • Family Day di Pantai Pengkalan Balak, Melaka
  • Eksplorasi Siswa PERDANA
  • Bakti Siswa di Kuala Krai
  • Ijtima' hari raya
  • Lawatan ke Parlimen
  • Program Jelajah IPT
  • Seminar Dinar Emas
  • Lawatan ke syarikat percetakan dll
jom pakt ghama2 turun mendaftar sbg ahli PERDANA...x rugi korang join..insyaAllah byk yang korang boleh dapat dan belajar dalam persatuan ni.. Belajarlah sesuatu untuk sesuatu dimasa hadapan..:-)




Khamis, 9 Julai 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...