JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Ahad, 23 Oktober 2011

Family Day 2011




Sebarang masalah atau maklumat lanjut, sila hubungi...
Basit (019-3636547) atau Yani (014-8147421)...




jOm same2 memeriahkan family day~




                                                ~ Kepimpinan ..kebajikan..keintelektualan~

Khamis, 13 Oktober 2011

INDANA 2011

Assalamualaikum..


jamuan disediakan..
jemput belako kepada anok beghanok kito yang berada di UKM.

Sabtu, 8 Oktober 2011

~ Selero Anok Klate ~ @ Pesta Konvokesyen ke-39

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua anok-beghanok Klate di Ukm..Al-hamdulillah pada 22 hingga 27 September 2011 baru-baru ini, pihak Perdana telah berjaya membuka gerai Selero Anok Klate sempena berlangsungnya Pesta Konvokesyen ke-39 di Dataran Gemilang, Ukm. Al-hamdulillah kerana gerai Selero Anok Klate mendapat sambutan yang meriah daripada pengunjung-pengunjung yang hadir ke pesta konvo terutamanya warga Ukm sendiri. 

     Di sini pihak Perdana ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Presiden Perdana, Hamdi Husin dan kedua-dua exco keusahawanan serta exco-exco yang lain atas kejayaan menganjurkan dan membuka Gerai Selero Anok Klate. Tidak dilupakan juga kepada semua mantan exco Perdana yang turut bertungkus-lumus dalam menjayakan gerai ini. Antara mantan exco yang turun padang sekali ialah Mantan Presiden Perdana 2009-2010, Khairul Anuar bin Mat Lazim, Mantan Presiden Perdana 2010-2011, Safuan Yusuf, Ahmad Syafiq, Ainon Mat Ayob, Muhammad Hilman, Muhammad Sukri Supi,halim, nurul fatin, Fadlina, Aini alias dan ramai lagi.. Secara tidak langsung, gerai Anok Selero Klate ini telah mengukuhkan dan mengeratkan lagi ukhwah antara exco-exco Perdana dan Mantan-mantan Perdana sesi yang lepas.

     Antara makanan utama yang menarik perhatian para pengujung Gerai Selero Anok Klate ialah nasi kerabu, nasi lemak, jagung bakar dan air nyo. Boleh dikatakan tidak cukup tangan bila menjaga gerai ini kerana sambutan daripada pelanggan yang berpusu-pusu singgah di gerai ini. Yang mencuit hati sekali apabila pelanggan yang sama sering singgah di gerai kami untuk merasai masakan nasi kerabu air tangan anok klate sendiri. Al-hamdulillah, banyak kenangan yang pastinya kami tidak dapat lupakan semasa menjaga gerai ini..



Mantan dan exco Perdana duk goreng kepok

Antara exco muslimah...rajinnye..anok sapo la ni..

Masing-masing ado tugas yang perlu diselesaikan..

Mantan Perdana dan Ketua Pengarah Gerai Selero Anok Klate

Antara pelanggan cilik yang datang membeli

  Antara mantan exco yang tak jemu2 menolong adik-adik exco..

air nyo...air jagung..ado blako..


Presiden Perdana bersama pelancong asing yang singgah kat gerai ini

chef utamo kito..exco Perdana, Asiah Abdullah..

Pengalaman mendewasakan kita..Alhamdulillah.. dengan pembukaan Gerai Selero Anok Klate ini banyak memberikan pengalaman manis kepada semua anok-benganok terutamanya kepada mereka yang berusaha dan bertungkus-lumus menjayakannya..Semoga Gerai Anok Klate ini dapat dianjurkan lagi pada masa-masa yang akan datang, insyaAllah..

Wallahua'lam

~Kepimpinan..Kebajikan..Keintelektualan~

     

Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P)

بسم الله الرحمن الرحيم
      Assalamualaikum dan salam perdana buat semua anok-beghanok Ukm...Al-hamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan pada Allah s.w.t kerana pada saat dan ketika ini kita masih dapat merasai segala nikmat yang dikurniakan olehNya..


      Pertama sekali , kami dari exco it ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini disebabkan oleh masalah kenkangan masa dan masalah teknikal..Ribuan kemaafan kami hulurkan kerana masalah ini sedikit sebanyak menyebabkan sebahagian anok-beghanok klate di Ukm tidak dapat mengetahui perkembangan terkini dari pihak  Perdana. InsyaAllah selepas ini kami akan membuat yang terbaik untuk blog Perdana dan juga buat semua anok-beghanok..


     Pada bulan lepas iaitu pada 19 sehingga 23 September 2011, pihak Perdana telah  menyertai Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar yg di anjurkan pihak UKM, yang mana sepanjang minggu tersebut, pihak Perdana telah membuka keahlian kepada semua mahasiswa-mahasiswi klate Ukm  baru sesi 2011/2012. Al-hamdulillah, walaupun pengambilan pelajar2 baru berkurangan namun perdana ukm masih mampu menarik anok klate yg baru mendaftar di UKM untuk menyertai PERDANA.

Pameran gambar-gambar program yang diadakan oleh Perdana


Presiden PERDANA dan barisan exco yg bertugas

 Pelajar2 baru sedang mendaftar diri sebagai ahli PERDANA

Pres Hamdi, Zaki bergambar kenangan bersama Ahli PERDANA yg baru.

Suasana M3P di KCKL..

Ahli baru PERDANA di KCKL.

Exco KCKL sedang menerangkan program2 yg akan di jalankan oleh PERDANA UKM..

    KP & TKP M3P PERDANA bergambar kenangan bersama exco2 PERDANA termasuk exco KCKL..

Alhamdulillah..kami di barisan PERDANA amat mengharapkan sokongan semua anok beghanok samada ahli baru atau lama untuk terus menyokong dan bersama2 kami untuk terus menaikkan nama negeri kita yg tersayang di UKM.insyaAllah..

"KEPIMPINAN, KEBAJIKAN, KEINTELEKTUALAN"

Wallahu'alam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...