JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Ahad, 19 Julai 2009

MINGGU PENGENALAN PERSATUAN PELAJAR SESI 2009/2010



Assalamualaikum dan salam sejahtera penghulu kata dari Persatuan mahasiswa Kelantan Darul Naim (PERDANA) khusus buat sahabat-sahabat mahasiswa/mahasiswi baru.. Rasanya masih belum terlambat untuk PERDANA mengucapkan tahniah atas kejayaan siswa dan siswi yang berjaya mendapat tempat di UKM.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pasti terdapat minggu pengenalan persatuan pelajar (M3P) yang mana memberi peluang kepada mahasiswa/i baru untuk melibatkan diri dalam aktiviti berpersatuan. Kali ini, M3P akan berlansung pada 20-24 Julai 2009. Dalam masa lebih kurang seminggu ini, mahasiswa/i diharapkan dapat turun untuk mendaftarkan diri dalam mana-mana persatuan yang diminati. Dan bagi anak2 negeri kelantan, jom kita pakat turun ramai2 untuk mendaftarkan diri sebagai ahli PERDANA UKM.

Antara matlamat penubuhan PERDANA ialah untuk menjaga kebajikan anak-anak negeri kelantan. Selain itu, dengan menyertai PERDANA diharapkan dapat merapatkan lagi ikatan ukhwah antara kita semua..

Antara aktiviti-aktiviti PERDANA....
  • Kejohanan Bowling PERDANA
  • Program Sekolah Angkat (PROSA)
  • Ekspedisi Cameron Highlands
  • Kem Cakna Ilmu (KECANA)
  • Malam Anugerah PERDANA 2009 (MAP'09)
Program-program yang akan datang....
  • Family Day di Pantai Pengkalan Balak, Melaka
  • Eksplorasi Siswa PERDANA
  • Bakti Siswa di Kuala Krai
  • Ijtima' hari raya
  • Lawatan ke Parlimen
  • Program Jelajah IPT
  • Seminar Dinar Emas
  • Lawatan ke syarikat percetakan dll
jom pakt ghama2 turun mendaftar sbg ahli PERDANA...x rugi korang join..insyaAllah byk yang korang boleh dapat dan belajar dalam persatuan ni.. Belajarlah sesuatu untuk sesuatu dimasa hadapan..:-)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...