JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Isnin, 23 Mac 2009

Happy Birthday Rasulullah


Salam PERDANA buat semua, alhamdulillah bersyukur kita ke hadhrat Ilahi di atas limpah nikmat Islam, Iman & Takwa mentaqarrubkan diri kita kepada Allah s.w.t, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W sekeluarga, para sahabat, tabiin dan seluruh umat Islam.

Nikmat diberi jangan kita sia-siakan, bulan Muharram telah berlalu bermakna tahun baru Islam telah berlalu, alhamdulillah sekiranya bulan Muharram disambut dengan penuh adat keIslaman dan astaghfirullah disambut dengan nafsu kesyaitanan... hari ini, kini dan bulan ini kita dalam bulan Mac bersamaan bulan Maulidul Rasul atau bulan Rabiul Awal yang masing-masing menanti2 saat kaetibaannya.. samo jgk anok Kelate kito, lagi-lagi la negeri kito ni digelar negeri Serambi Mekah dan berkepimpinan ulamak... Kelahirannya dinanti, kehilangannya ditangisi tiadalah manusia yang bernama Muhammad bin Abdullah beribukan Aminah.... inilah Rasulullah, inilah al-Amin... disambut penuh gembira seluruh warga Mekah... hingga hari ini kita terus meraikannya...

Ingatlah sahabat-sahabat mulianya hari Jumaat bukan kerana harinya, namun hari itu dicipta Adam dan dimatikan selain dikatakan berlakunya kiamat, manakala mulianya hari Isnin bukan kerana harinya bahkan mulianya Isnin dilahirkan utusan terakhir dan diwafatkan. Tahun 2009 menyaksikan 12 Rabiul Awal jatuh pada hari Isnin.

Pesan saya, buat sambutan Maulidul Rasul baik, namun mengikut sunnah secara praktikal adalah terbaik lebih meletakkan Rasulullah Qudwah Hasanah dalam semua aspek kebajikan, kepimpinan dan keintelektualan.

Jadi saya menyeru semua mahasiswa/i UKM terutama anok beghanok terus menyokong program yang akan dilaksanakan pada masa mendatang... menyokong program kami bermakna menyokong kami barisan pimpinan.

Dengan ini khas untuk anda semua PERDANA UKM menjemput untuk sama-sama hadir pada program
FORUM MAULIDUL RASUL. "Maghi jangan tak maghi"


Selamat menghayati sunnah dan Selamat berforum mlm ni. Syukran Jazilan Mubakkiran atas sokongan anda semua.
Bicara Timbalan Presiden 08/09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...