
Salam ukhuwwah, PERDANA UKM menganjurkan ceramah khas hijrah,yang bertajuk
"KEAZAMAN MAHASISWA: ANTARA ADAT, BUDAYA DAN SYARIAT"
Penceramah: Ust. Mohd Izhar Arif
Tarikh: 21 Januari 2009
Hari : Rabu
Tempat : DK 201 FSSK UKM
Waktu: Bermula 5.30 petang
Semua dijemput hadir khususnya anak-anak kelantan UKM
*Jamuan disediakan
Alhamdulillah,
sudah hampir sebulan kita bercuti bersama keluarga, walaupun berat kaki ini untuk melangkah semula datang ke medan perjuangan kita tetap teruskan jua untuk mengharapkan setitis ilmu.Tahniah bagi yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang dan bagi yang kurang berjaya, masih lagi ada sinar dan harapan, usah berputus asa tetapi teruskanlah berusaha.
Takziah buat Kerabat Diraja Negeri Sembilan
Selepas menjejakkan kaki semula ke bumi UKM, kita dikejutkan dengan berita kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang juga selaku canselor UKM pada 27 Disember lalu.Baginda dilaporkan mangkat pada jam 11.45 pagi di hospital Tuanku Ja'afar.Marilah sama-sama kita mendoakan agar roh baginda ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Pendaftaran kursus awal semBuat mahasiswa/i UKM, ingin diingatkan supaya cakna dengan proses pendaftaran gugur tambah kursus.Boleh rujuk pada pekeliling akademik disini.Proses pendaftaran kursus boleh dijalankan secara web melalui smpweb.
Akhir kata,
Salam Maal Hijrah.


Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah dilaporkan mangkat pada pagi(27/12/2008) tadi.Almarhum menghembuskan nafas terakhir di hospital Tuanku Jaafar setelah mengadu sakit dada.
Marilah sama-sama kita berdoa agar roh almarhum dicucuri rahmat dan ditemptkan dikalangan orang-orang yang beriman.Takziah diucapkan kepada kaum kerabat negei sembilan.
Salam aidiladha buat mahasiswa/i sekalian,
pada 11 disember lepas, presiden PERDANA dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Pengkalan Chepa dan telah mengalami kecederaan patah tangan kiri.Beliau kini sedang menerima rawatan di wad USM Kubang Kerian.Marilah sama - sama kita mendoakan agar beliau cepat sembuh, moga Allah memberi pertolongan kepada beliau.InsyaAllah.