JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Khamis, 4 Oktober 2012

INFORMASI SANTUN, INFORMASI HIKMAH: MAHASISWA a.k.a USAHAWAN






MAHASISWA a.k.a USAHAWAN

Pembangunan negara kita hari ini banyak bergantung kepada keteguhan ekonomi. Bidang perniagaan, perusahaan dan perdagangan telah berkembangan daripada bentuk pasaran secara kecil-kecilan kepada usaha yang luas di peringkat dunia antarabangsa. Pakar-pakar dalam bidang ekonomi dan keusahawanan merupakan satu keperluan yang sangat penting bagi mencapai produktiviti negara seterusnya membangunkan ekonomi dan menjadikan negara ini setanding dengan negara maju. Perkara ini selaras dengan matlamat Wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat perdangan dan perindustrian untuk membangunkan ekonomi negara.


*jam tangan ice watch yang menjadi kegilaan ramai mahasiswa ukm terutama exco perdana kerana warna dan  kotak jamnya yang comel..


Ia juga selaras dengan Pelan K-Ekonomi iaitu pelan untuk membentuk negara maju berteraskan pengetahuan ekonomi. Dalam usaha membangunkan ekonomi, malaysia perlu melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan. Bagi melahirkan usahawan berjaya, sistem pendidikan merupakan sistem yang penting kerana bermula dari pendidikan, minat terhadap keusahawanan dapat dicetus dan merangsang kepada usaha-usaha untuk menjadi usahawan. Dalam erti kata lain sistem pendidikan dapat melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya.


*getah lembut dan ringan amat sesuai untuk pelajar IPT.


Peter F. Drucker dalam penulisan menyatakan bahawa, “Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari”. Kenyataan beliau menegaskan bahawa keusahawanan boleh dipupuk dan dipelajari. Ini jelas menunjukkan sistem pendidikan memainkan tanggungjawab utama dalam melahirkan usahawan yang berdaya saing dengan menerapkan ciri serta nilai keusahawanan di dalam sistem pendidikan negara.


*sabun pembersih muka keluaran terbaru. dapatkannya sekarang..(selagi stok masih ada)
 klik: sabun vitamin

Merujuk semula kepada Wawasan 2020 yang ingin dicapai, Malaysia memerlukan lebih ramai usahawan yang mampu membangunkan negara. Ini jelas menunjukkan bahawa keusahawanan merupakan satu pendekatan yang dapat membantu mencapai matlamat negara. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, semasa menerajui negara, beliau memandang serius tentang masalah ini dan menghuraikan bentuk, corak serta tumpuan yang perlu dilakukan dalam kurikulum. Beliau menyatakan bahawa "Kita mestilah mempunyai hasrat untuk mencapai taraf yang setinggi-tingginya dari segi keterampilan pada rakyat kita, dari segi penghargaan mereka akan kemahiran dan pengetahuan serta kemajuan diri, dari segi kemampuan diri, dari segi kemampuan berbahasa, dari segi sikap mereka terhadap kerja dan disiplin, dari segi motivasi mereka terhadap kecemerlangan dan terhadap mendorongkan semangat keusahawanan". Usaha untuk menerapkan ciri keusahawanan dalam pembelajaran kini tidak boleh bergantung kepada silibus sahaja. Tenaga pengajar perlu memainkan peranan penting dalam mendorong semangat keusahawanan seperti mana yang dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri kita. Mereka perlu bijak mengatur dan menyusun strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran disamping menerapkan ciri-ciri keusahawanan. Selain itu, mereka juga perlu kreatif dalam menarik minat pelajar terhadap keusahawanan. Teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan seharusnya dapat merangsang dan mengembang minda pelajar serta menarik minat pelajar ke arah keusahawanan.


*bagi mereka yang inginkan keselesaan kulit yang berpanjangan, cubalah Sf beauty..

Pendidikan Negara bermatlamat menghasilkan modal insan seimbang dalam empat domain utama; kognitif, psikomotor, afektif dan sosial. Kemahiran Keusahawanan pula merupakan antara kemahiran penting dalam Kemahiran-kemahiran Insaniah (Soft Skills) yang harus dimiliki oleh pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan, Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menunjukkan komitmen mereka terhadap pelaksanaannya.

Kementerian yang terlibat akan memperkukuh usaha menjayakan pendidikan keusahawanan di Institusi Pengajian Tinggi dengan menerapkan beberapa elemen baru yang mampu melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang tinggi. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata antara elemen tersebut ialah memupuk sikap peribadi yang positif dan kemahiran yang membentuk asas minda dan tingkah laku keusahawanan, meningkatkan kesedaran pelajar untuk bekerja sendiri dan menjadikan keusahawanan sebagai pilihan kerja utama. Elemen lain ialah penggunaan kaedah berasaskan amalan di mana pelajar terlibat dalam kerja projek di luar bilik darjah dan menyediakan kemahiran asas perniagaan untuk bekerja sendiri dan pengetahuan bagaimana untuk memula dan membangunkan usaha komersial atau sosial dengan jayanya. "Kita perlu melahirkan usahawan di kalangan pelajar, bukan sekadar memupuk minat menjadi usahawan tetapi pada masa sama nilai-nilai keusahawanan itu menjadi ciri-ciri mereka seperti nilai inovasi dan kreativiti, memenuhi kehendak majikan, meningkatkan kebolehan pasaran dan daya saing yang tinggi," . Mohamed Khaled berkata keusahawanan yang boleh dibangunkan melalui pendidikan bukan sahaja menjanjikan pendapatan yang lumayan kepada usahawan tetapi mereka dapat mewujudkan peluang pekerjaan.
Menurut beliau juga, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut memperkenalkan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi sebagai langkah menggalakkan pembangunan modal insan dalam melahirkan siswazah usahawan. Dasar ini mempunyai enam teras utama iaitu :
  • Teras Pertama : Menubuhkan pusat keusahawanan di setiap IPT untuk merancang, menyelaras, memantau dan menilai program serta aktiviti pendidikan keusahawanan.
  • Teras Kedua : Menyediakan pendidikan dan program keusahawanan yang terancang dan holistik.
  • Teras Ketiga : Memantapkan program pembangunan dan pengukuhan keusahawanan untuk melahirkan lebih ramai graduan yang benar-benar menceburi bidang perniagaan.
  • Teras Keempat : Mewujudkan mekanisma pengukuran yang berkesan bagi menilai sama ada program yang dilaksanakan itu berjaya mencapai objektif.
  • Teras Kelima : Menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan keusahawanan pelajar termasuk menyediakan peluang perniagaan di dalam kampus, khidmat perniagaan dan menyediakan peluang untuk pelajar menimba pengalaman dengan syarikat perniagaan berjaya.
  • Teras Keenam : Meningkatkan kompetensi tenaga pengajar keusahawanan. Antara Program Pembudayaan dan Penerapan Nilai Keusahawanan dan Program Latihan dan Bimbingan yang boleh dijalankan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan dan EKS (CESMED) UKM ke arah memupuk budaya usahawan adalah seperti berikut:
1.      Menubuhkan SAHABAT CESMED
2.      Seminar Siswa Niaga
3.      Hari Usahawan
4.      Bengkel Penyediaan Rancangan Perniagaan
5.      Ekspedisi Keusahawanan
6.      Latihan Asas Perniagaan dan sebagainya

Melalui program ini, secara tidak langsung dapat memupuk dan melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran keusahawanan. Ini adalah merupakan satu langkah permulaan yang baik bagi mencapai matlamat untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan bumiputera yang berjaya.

Objektif
Antara objektif utama CESMED UKM adalah :
  • Menggalakkan para pelajar menyertai semua program keusahawanan yang dijalankan
  • Memupuk minat para pelajar terhadap dunia perniagaan
  • Melahirkan para pelajar yang mempunyai pemikiran keusahawanan seterusnya melahirkan usahawan berjaya
  • Mewujudkan kerjasama dikalangan para pelajar
  • Membantu pelajar yang ada kemahiran usahawan agar lebih berjaya
  • Mengenalpasti pelajar yang cenderung ke arah keusahawanan
  • Memberi pendedahan kepada mereka apa erti usahawan yang sebenar
  • Memupuk sikap suka berniaga dan menghasilkan sesuatu di kalangan pelajar
  • Melahirkan pelajar yang inovatif dan kreatif dalam penghasilan sesuatu
  • Memberi petunjuk kepada pelajar berkenaan agensi dan pertubuhan yang boleh dirujuk sekiranya berminat untuk menjadi seorang usahawan dalam apa jua bidang
Memberi semangat kepada para pelajar untuk mengaktifkan dan melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan.

Editor:  Exco keusahawanan.


*nota: gambar jam dan pembersih muka di atas tiada kena mengena dengan cesmed ukm.. ia merupakan barangan yang dijual oleh exco perdana..
bagi sesiapa yang ingin dapatkan barangan diatas dan bermacam lagi, sila klik ice watch dan sf beuaty..


2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...