JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Sabtu, 8 Oktober 2011

~ Selero Anok Klate ~ @ Pesta Konvokesyen ke-39

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua anok-beghanok Klate di Ukm..Al-hamdulillah pada 22 hingga 27 September 2011 baru-baru ini, pihak Perdana telah berjaya membuka gerai Selero Anok Klate sempena berlangsungnya Pesta Konvokesyen ke-39 di Dataran Gemilang, Ukm. Al-hamdulillah kerana gerai Selero Anok Klate mendapat sambutan yang meriah daripada pengunjung-pengunjung yang hadir ke pesta konvo terutamanya warga Ukm sendiri. 

     Di sini pihak Perdana ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Presiden Perdana, Hamdi Husin dan kedua-dua exco keusahawanan serta exco-exco yang lain atas kejayaan menganjurkan dan membuka Gerai Selero Anok Klate. Tidak dilupakan juga kepada semua mantan exco Perdana yang turut bertungkus-lumus dalam menjayakan gerai ini. Antara mantan exco yang turun padang sekali ialah Mantan Presiden Perdana 2009-2010, Khairul Anuar bin Mat Lazim, Mantan Presiden Perdana 2010-2011, Safuan Yusuf, Ahmad Syafiq, Ainon Mat Ayob, Muhammad Hilman, Muhammad Sukri Supi,halim, nurul fatin, Fadlina, Aini alias dan ramai lagi.. Secara tidak langsung, gerai Anok Selero Klate ini telah mengukuhkan dan mengeratkan lagi ukhwah antara exco-exco Perdana dan Mantan-mantan Perdana sesi yang lepas.

     Antara makanan utama yang menarik perhatian para pengujung Gerai Selero Anok Klate ialah nasi kerabu, nasi lemak, jagung bakar dan air nyo. Boleh dikatakan tidak cukup tangan bila menjaga gerai ini kerana sambutan daripada pelanggan yang berpusu-pusu singgah di gerai ini. Yang mencuit hati sekali apabila pelanggan yang sama sering singgah di gerai kami untuk merasai masakan nasi kerabu air tangan anok klate sendiri. Al-hamdulillah, banyak kenangan yang pastinya kami tidak dapat lupakan semasa menjaga gerai ini..



Mantan dan exco Perdana duk goreng kepok

Antara exco muslimah...rajinnye..anok sapo la ni..

Masing-masing ado tugas yang perlu diselesaikan..

Mantan Perdana dan Ketua Pengarah Gerai Selero Anok Klate

Antara pelanggan cilik yang datang membeli

  Antara mantan exco yang tak jemu2 menolong adik-adik exco..

air nyo...air jagung..ado blako..


Presiden Perdana bersama pelancong asing yang singgah kat gerai ini

chef utamo kito..exco Perdana, Asiah Abdullah..

Pengalaman mendewasakan kita..Alhamdulillah.. dengan pembukaan Gerai Selero Anok Klate ini banyak memberikan pengalaman manis kepada semua anok-benganok terutamanya kepada mereka yang berusaha dan bertungkus-lumus menjayakannya..Semoga Gerai Anok Klate ini dapat dianjurkan lagi pada masa-masa yang akan datang, insyaAllah..

Wallahua'lam

~Kepimpinan..Kebajikan..Keintelektualan~

     

2 ulasan:

  1. assalamualaikum...

    rindu weh ko suasana nego anok-beghanok..trm kasih buat pimpinan pres hamdi cz sudi jemput ambo utk nego skali. Tahniah jgk buat kalian, terutama KP & TKP (izhar & fadhilah),geng2 dapur hok merencana masakan berkualiti, bendahari hok pege pitih (abah, nok pitih etek..he3) dan semua adik2 exco.. (",)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..dalam berniaga, ukhwah antara mantan2 n ahli perdana dpt di eratkan..semoga ianya sbgai satu titik permulaan ukhwah antara kita semua...syukran buat semua yg terlibat secara lansung dan tidak...buat mantan2 yg sudi membantu, buat warga ukm yg sudi beli, buat exco2 yg tdk prnah putus asa...:-)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...