JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Sabtu, 17 September 2011

SEULAS KALAM PRESIDEN


 MOHD HAMDI HUSIN
PRESIDEN PERDANA UKM SESI 2011/2012







Assalamualaikum w.b.t dan Salam Mahasiswa. 

Sekalung tahniah dan selamat datang diucapkan kepada rakan-rakan mahasiswa “anok beghanok” Kelantan yang terpilih menyambung pengajian di Perbukitan Ilmu, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesi pengajian 2011/2012. Justeru itu, peluang ini perlulah digunakan dengan sebaik mungkin dan memanfaatkan segala ruang yang ada di dalam kampus ini untuk menjadikan  impian dan harapan terlaksana, insyaAllah.

Datang Dengan Harapan, Pulang Membawa Kejayaan

Rakan-rakan sekalian, kita adalah generasi muda yang akan mencorak pembinaan negara kita. Pembinaan sesebuah negara mahupun sesebuah masyarakat perlunya kepada kepintaran, kemahiran, dan kesungguhan dalam melaksanakan sesuatu bidang tugas. Peranan kita sebagai mahasiswa peneraju kegemilangan ummah, sewajarnya perlulah mempunyai ilmu dalam pelbagai bidang dan mengasah bakat kepimpinan bagi melahirkan pemimpin Negara yang intelektual dan setanding dalam pelbagai bidang, seterusnya akan lahirlah seorang mahasiswa yang dapat menabur khidmat bakti kepada masyarakat dari sudut pembangunan sahsiah, dan intelektual dengan disusuli ilmu agama yang hakiki. 

PERDANA UKM di bawah kepimpinan saya pada sesi kali ini menyeru kepada rakan-rakan sekalian untuk bersama-sama berusaha untuk menjadi mahasiswa yang berkualiti, mempunyai prinsip yang jelas dan berusaha menjadi mahasiswa yang memberi manfaat kepada agama, negara, dan masyarakat. Sekali lagi, saya sebagai wakil dari kepimpinan PERDANA UKM mengucapkan sekalung tahniah dan selamat meneruskan pengajian di perbukitan ilmu ini dan semoga kita sama-sama berjaya menggapai impian yang kita harapkan. Teruskan sokongan kalian kepada PERDANA UKM.

“ KEPIMPINAN, KEINTELEKTUALAN DAN KEBAJIKAN ”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...