JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Selasa, 7 April 2009


Semalam telah berlalu satu forum isu mahasiswa, seperti tertera dalam poster...
Tahniah, Syabas & Terima Kasih kepada semua yang hadir dan terlibat secara langsung dalam menjayakan program. terutamanya Penasihat PERDANA Prof. Emeritus Dato' DR. Abdul Latif, Prof Madya Khaizhir, ahli panel yang mantap-mantap (Pensyarah FUU, Pen Pegawai Wisma Aman, Polis Kajang) dan penggerak yang bertungkus lumus dalam BICARA SISWA 2009

Apa yang ingin saya bawakan pada anda, semlm terbongkar segala-galanya.. Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, kebajikan mahasiswa adalah kebajikan bersama... tanggungjawab siapa? tanggungjawab semua!!! keselamatan mahasiswa adalah tanggungjawab semua... kita kena sedar selaku mahasiswa perjuangan untuk kebajikan mahasiswa bukan untuk PMUKM atau MPP sahaja selaku entiti yang besar namun kita sendiri bernaung di mana-mana institusi @ organaisasi semestinya mempunyai kesedaran yang tinggi dalam memperjuangkan hak mahasiswa.. " Kebajikan, Kepimpinan, Keintelektualan " seringkali dilaungkan bila berucap... namun sejauhmana kita menjaga kebajikan mahasiswa, saya tujukan kepada semua persatuan & organisasi kebajikan mahasiswa..

Saya tidak terkilan orang tidak ramai, kerana inilah realiti mentaliti mahasiswa kita, betul Abang Rama kata, betul Tun Mahathir kata... mentaliti kita kelas ketiga. Mentaliti pertama kita pada hiburan, gelak ketawa dan kepolitikan kepartian.. politicion thinking kononya.. padahal kalau mereka orang politik soal ini juga mereka perjuangkan!!! betul atau tidak terserahlah pada semua? Paling penting mereka yang hadir betul-betul mereka inginkan satu keamanan dan keselesaan hidup di bumi UKM. Syabas dan tahniah saya ucapkan.

Sy cukup terkilan bila orang kata Perdana mencampuri urusan PMUKM, kerja ni untuk MPP serah pada mereka... kerja-kerja yang PERDANA buat ini melangkaui PMUKM... tak boleh buat.. Maaf saya kata betapa kolotnya pemikiran kita, usah bicara soal mahasiswa minda kelas pertama, rakyat Malaysia minda kelas pertama... sekiranya fikiran kita masih di tahap ini... bukan kita mencabar PMUKM, tapi alangkah bagus kita membantu mereka dalam soal ini kerana ini adalah kebajikan kita bersama. PERDANA terpanggil dalam membicarakan isu ini kerana memikirkan kebajikan mahasiswa anak kelantan antara majoriti mahasiswa di UKM dan kebajikan semua mahasiswa UKM.

Satu lagi ingin saya berkongsi, non-muslim petah berbicara soal Islam, bijak merungkai kata.. mentazkirah kita yang Islam realitinya, terngiang lagi saya ayatnya " alam barzakh, zan waham, ijmak, qias" byk perkataan lain "Islamic word". Ade diploma guaman Syariah.. Paling mengejutkan secara peribadi beliau menyokong HUDUDullah dalam sistem perundangan..Tidak tercabarkah kita wahai umat Islam, ramai Melayu Islam menolak namun non-muslim menyokong. Apakah konkulusinya?

Tidak silap kita menjemputnya menggantikan Kamal Affandi.. beliau bicara soal perundangan sivil dan Islamic law..

Akhir kalam, saya seru sahabat organisasi lain bersama kita perjuangkan isu kebajikan mahasiswa seluruhnya.. bukan melangkaui PMUKM tetapi membantu mereka walau mana-mana posisi atau sudut. semoga yang hadir semalam mendapat input yang bermakna dan sampai-sampaikanlah kepada mereka yang tidak hadir "ballighu a'nni walau a..yah".

KP Bicara Siswa :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...