JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Khamis, 31 Mac 2011

Bengkel Pengurusan Organisasi 2011

Assalamualaikum kepada semua anok beghanok..Semoga semuanya sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah selalu..amin. Al-hamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana satu program yang dianjurkan oleh pihak Perdana telah berlangsung dengan jayanya semalam iaitu pada hari Selasa bersamaan 29 Mac 2011, bertempat di bilik 416, Fssk, Ukm. Program yang telah diadakan ini dikenali sebagai Bengkel Pengurusan Organisasi dan bengkel tersebut khusus untuk semua pimpinan dan exco-exco Persatuan Perdana yang baru dilantik. Bengkel ini juga bertujuan untuk mendedahkan atau memberi maklumat kepada semua exco tentang jobskop atau tugas-tugas mereka mengikut sekretariat.

      Bengkel tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang mantan exco Perdana termasuklah saudara Safuan bin Yusof, mantan presiden Perdana sesi 2009/2010 yang telah dijemput khas untuk menyampaikan pembentangan mengenai jobskop kepada semua exco. Sebelum pembentangan dilakukan oleh setiap mantan exco Perdana, sesi pembahagian fail untuk semua exco baru telah disampaikan oleh presiden Perdana sesi ini iaitu saudara Hamdi bin Hussin. Setelah selesai pembahagian fail, satu jamuan makan telah diadakan untuk meraikan mantan exco dan semua exco yang hadir.



Saudari Sakinah  membentangkan jobskop sekretariat Nydp/2


Saudara Hisham Sidek membentangkan jobskop sekretariat pendidikan


khusyuk melihat pembentangan



Bergambar bersama mantan exco Perdana


Antara exco-exco muslimah

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Semoga dengan adanya bengkel seperti ini, para exco dapat memahami dan menjalankan setiap tugas masing-masing mengikut sekretariat yang telah diamanahkan

~Kito anok beghanok~



2 ulasan:

  1. assalamualaikum wr. wbt...tahniah cz telah selesai melakukan satu lg prgrm..ambo terasa jgk cz xdok ore jemput...setahu ambo BPO disertai oleh mantan2 n exco2 baru, tp xtahulah loni kalu hanya mantan baru jah yg dijemput...wassalam

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam wr. wbt..terima ksih kepada mantan a.sukri..pasal Prgrm BPO nih, saya di phk progrm minta maaf bnyk sbb tk jemput mantn2 sesi2 sblumnya..sbb maslh2 trtntu dan kenkangan masa yg tdk dpt di elakkan.insyaAllah progrm lain kli akn info kt mantan2 semua..nasihat dan teguran semua amat2 di harpkan...syukran jazilan..

    TERUSKAN MENYOKONG PERDANA..^_^..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...