JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Jumaat, 5 Februari 2010

Eksplorasi Siswa PERDANA '10 (ESA'10)


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga PERDANA UKM khususnya dan seluruh warga UKM. Alhamdulillah, baru-baru ini PERDANA UKM telah selesai mengadakan satu program berbentuk kepimpinan iaitu Eksplorasi Siswa PERDANA '10 atau singkatannya ESA'10 dibawah Sekreteriat Latihan & kepimpinan.

Tempat: Hutan Pendidikan Alam (HPA),UKM
Tarikh : 14-17 Januari 2010
Peserta : 27 orang.

Program ini diadakan bertujuan untuk mencungkil dan mengasah bakat-bakat kepimpinan di kalangan peserta-peserta sebagai penerus kesinambungan perdana. Sepanjang 3 hari berlansungnya program ini pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah dijalankan. Antaranya ialah Perdana idol, sidang pleno, pulau impian, eksplorace dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga pengisian-pengisian berkaitan dengan kepimpinan di kalangan mahasiswa. Peserta didedahkan kepada beberapa aspek penting yang mereka perlukan sebagai pemimpin.

Gambar sepanjang program

















"Seorang pemimpin yang baik ialah tidak semestinya seorang yang paling kuat, bijak, bersemangat atau mempunyai rupa paras yang menawan. Seorang pemimpin yang baik ialah seorang pemimpin yang pandai menggunakan sumber-sumber yang ada di dalam kumpulan pimpinannya. Seorang pemimpin yang baik bijak menggunakan kekuatan ahli pimpinannya untuk membawa kumpulannya itu semakin mara ke hadapan."

Akir kalam,jutaan terima kasih kepada semua peserta dan urusetia yang menjayakan program ini. Diharapkan ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.

“Kepimpinan Berkarisma Asas Kecemerlangan”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...