JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Khamis, 6 Ogos 2009

HARI KELUARGA PERDANA

Alhamdulillah...selesai sudah satu lagi program PERDANA UKM..iaitu Hari Keluarga pada tanggal 2 Ogos 2009 bersamaan dengan hari Ahad. Program ini telah disertai oleh seramai 80 peserta terdiri dari ahli2 PERDANA. Program di bawah kelolaan Biro Sukan PERDANA
( SUPER- Fardli dan Ruhana) telah diadakan di destinasi pilihan iaitu di Pantai Pengkalan Balak , Melaka. Hari Keluarga ini diadakan bertujuan untuk merapatkan lagi ikatan ukhwah antara anak-anak Kelantan di perbukitan ilmu UKM.

perkarangan chalet..
Kami bertolak dr UKM dengan menaiki bas pada jam 9 pg. Perjalanan ke Melaka memakan masa selama lebih kurang 2 jam. Kami tiba ke destinasi pada jam 11.15 pagi. Setelah mendengar taklimat dr pengarah program ( Safuan ), aktiviti bermula pada jam 11.45 pagi - 1.30 petang. Pelbagai aktiviti menarik yg dijalankan. Antaranya seiring dan sejalan, masuk benang dalam jarum, gula2 dalam tepung, dan lain2. Tapi yang paling best ialah tarik tali antara peserta muslimin. Peserta2 dibahagikan kepada 5 kumpulan perempuan dan 4 kumpulan lelaki.

Selepas tamat aktiviti, kami semua dijamu nasi berlaukkan ayam dan solat zohor. Selepas itu, disambung pula aktiviti2 santai untuk lebih mengenali ahli2 persatuan dengan lebih rapat.




pelajar tahun 1....

exco muslimat

aksi nak terbang...:P
tarik tali

peserta muslimat family day....

peserta-peserta muslimin

Sebelum program berakhir , sesi penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan diadakan. Kami bertolak pulang ke UKM pada jam 5.30 ptg dan tiba pada jam 8 malam. Memang penat seharian aktiviti ni. Tapi, apa yang pasti kami cukup seronok dengan aktiviti2 yang diadakan di sini.

Kepada ketua pengarah (Fardli) dan timbalan Pengarah (Ruhana), sekalung tahniah kerana telah berjaya melaksanakan program ini. Tidak lupe juga kepada ajk2 pelaksana program yang sme2 berganding bahu menjayakan hari keluarga ini. Insya Allah program2 sebegini akan diteruskan pada tahun2 akan datang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...