JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Selasa, 17 Julai 2012

RAMADHAN SEKOLAH ROHANI



“Kedatangan Ramadhan, Kerahmatan Umat”

Menjelang ramadhan yang bakal tiba beberapa hari lagi, Persatuan  Mahasiswa Kelantan Darul Naim ( PERDANA UKM ), mengucapkan selamat  menyambut  bulan Ramadhan.

Sebagai peringatan kita bersama, ramadhan merupakan satu bulan  yang penuh berkat dan dikurnia ganjaran yang berlipat kali ganda dari Allah S.W.T. Keagungan dan keunggulan bulan ini di jelaskan didalam Al-Quran dan As-Sunnah :

Firman Allah Taala :

ãöky­ tb$ŸÒtBu‘ ü“Ï%©!$# tAÌ“Ré& ÏmŠÏù ãb#uäöà)ø9$# ”W‰èd Ĩ$¨Y=Ïj9 ;M»oYÉit/ur z`ÏiB 3“y‰ßgø9$# Èb$s%öàÿø9$#ur 4

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). (surah al-Baqarah ayat 185)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya:

 Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila masuk bulan Raamdhan,  terbukalah pintu-pintu
 rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)
           
Oleh yang demikian, satu kerugian yang besar jikalau kita tidak merebut saham yang diberikan pada bulan ramadhan dengan ‘menyekolahkan’ diri kita pada bulan yang penuh mulia tersebut.

Moga pada bulan ramadhan yang bakal menjelang, kita semua dipermudahkan segala urusan dariNya dengan mengintensifkan diri kita dengan amalan-amalan  ruhaniyyah. Sesi ‘persekolahan’ ini boleh dipadati dengan  3T yang menjadi misi pemerkasaan muslim sejati, iaitu  Tilawah yang kita hayati, dengan membaca ayat-ayat suci al-quran dengan lebih intensif, Tazkiyah, iaitu kita hayati dan amalkan serta hindari  unsur-unsur yang bersifat keji demi kearah penyucian hati dan ta’lim  pula kita hayati dan dekati pelbagai aktiviti keilmuan islamik yang bercorak diskusi, ceramah mahupun motivasi.

Semoga Ramadhan tahun ini ditempuh oleh kita semua di dalam keadaan yang ada peningkatan ke arah kesempurnaan. Selamat menyambut Bulan Ramadhan dengan penuh kesempurnaan iman dan muhasabah.


editor: Farhan Mamat.

Jumaat, 29 Jun 2012

Malam Anugerah Perdana 2012


Assalamualaikum 
Salam anok-berghanok

Janji mesti ditepatikan? jadi dengan ini janji admin kepada Anok berghanok semua sudah ditunaikan. Walaupun gambar ini semua sudah basi, tetapi sekali lagi Admin nak ulang, tak salah kita imbas kembali saat-saat kita membina kenangan bersama (tak ada modal lain nak cakap). Ingat balik susah payah kita menjayakan program ini bersama, ketawa dan tangis kita dulu jangan mudah dilupakan (emo la pulak admin ni).

Gambar ini ada kekurangan kerna warna hitam putih sebab jurugambar suka warna ini. Dari camera admin pula lagi banyak kecacatan kerana semasa majlis berlansung admin sentiasa berada di belakang pentas. Jadi...

Dari Camera Presiden


Persembahan silat dari Persatuan Seni silat Gayung Malaysia UKM.



Persembahan Pertama Bacaan al-Quran oleh Ahmad Syafiq.


Persembahan Kedua Nasyid oleh Imam Muda Najdi.


Persembahan ketiga Qasidah oleh Perdana.


Persembahan Keempat dikir barat dari UKM.



hehehe...yang ini dari camera admin. Nampak Hapening sikit kan?





ucapan kata-kata aluan oleh pengarah program MAP'12: Khairi Ahmad


ucapan aluan dari penasihat PERDANA: Prof Latif


perasmi MAP'12



Bila ditanya kepada Admin masukkan gambar ini, jawabnya sebab ni satu-satunya gambar admin atas pentas bagi hadiah.hehehe, tak mengapalah tampak muka pun janji ada.












keberangkatan pulang.



tahun depan insyaAllah kita akan ajak orang jauh lagi  sekali..





Intermantan dan malam kesyukuran MAP'12



Assalamualaikum

Salam anok-Beranok

Seperti yang admin bagi tahu tadi, Perdana juga ada mengadakan aktiviti semasa minggu exam. Walaupun ditegah oleh pihak atasan tetapi kami ni keras kepala nak buat acama mana kan. Intermantan pada mulanya hendak dilakukan di luar ukm. Lupa pulak admin tempatnya di mana. namun disebabkan terdapat beberapa masalah seperti kesuntukan masa dan bajet maka, kami melakukan program Intermantan ni di ukm saja pada 22 jun 2012. Jimat duit dan masa. 

untuk pengetahuan semua anok-beghanok, Intermatan pada kali ini bergabung dengan malam kesyukuran MAP '12 yang telah berlangsung pada 6 jun 2012 yang lalu. Antara aktiviti yang admin suka ialah makan ayam bakar dan aiskrim..hehehehe..Tetapi agak kesedihan disitu kerana tidak dapat membuat tayangan video setelah bertungkus lumus mengedit. Tapi tidak mengapa, setiap perkara ada hikmahnya.


Aktiviti membakar ayam








Aktiviti memakan ayam secara senyap-senyap



Aktiviti memakan Aiskrim






Dari meja pendaftaran


Antara Mantan yang hadir





Ehh, lupa pula tentang menu kita.




Bihun dan ????
Ini kes ada budak dua orang tu melakukan aktiviti memakan ayam senyap-senyap la ni.

KANTOI!!!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...