JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Ahad, 24 Julai 2011

PROSA 11 [Program Sekolah Angkat 2011

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada anok beranok kita di luar sana...

Pertama sekali,exco IT ingin meminta maaf kepada seluruh anok beranok kita kerana lambat nak update blog PERDANA ni disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.Ada banyak komitmen lain dan perkara-perkara yang memerlukan keutamaan selain dari berkhidmat untuk PERDANA.

Untuk makluman anok beranok kita,pihak PERDANA-UKM sesi 2011/2012 telah pun berjaya mengadakan Program Sekolah Angkat [PROSA] pada tanggal 14 hingga 16 Julai 2011 bertempat di Maahad Yaakubiah,Nipah,Bachok.Program selama tiga hari ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik dan dapat memberi pengalaman baru kepada peserta dan juga kepada fasilitator itu sendiri.Kehadiran peserta bagi PROSA sesi ini amat menggalakkan di mana kita mendapat sejumlah 115 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) tak lama lagi.



Para peserta program berharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi di sekolah mereka.Maklumbalas daripada pihak sekolah juga amat baik dan pihak PERDANA-UKM mengucapkan sekalung tahniah kepada peserta yang dapat menyertai program dan tidak lupa sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam menjayakan PROSA 11 ||MAYA.....

Khamis, 21 April 2011

REHLAH EXCO & MANTAN PERDANA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua anok beghanok..

     Disebalik kesibukan kita untuk menghadapi peperiksaan akhir bagi semester 2 sesi 2010/2011,ikatan silaturrahim antara exco dan mantan pimpinan perdana tetap diutuhkan melalui satu program rehlah yang telah diadakan di tasik Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina (Tasik Kejut) pada hari sabtu 16 April 2011 yang lepas.

  Program yang diadakan secara sederhana berikutan masing-masing sibuk dan sedang menghadapi peperiksaan akhir.Namun anok beghanok kita masih lagi memberikan kerjasama yang baik dan menghadirkan diri.








   
Diharapkan supaya ukhuwwah kita terus terjalin dan insya Allah diberikan kejayaan di dunia dan akhirat .~kItO AnOk BeGhAnOk SeNgOtI~

Isnin, 11 April 2011

Himpunan Mahasiswa Klate 2011 (HAMKA 11)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua anok beghanok..Sebelum meneruskan penulisan, pihak admin memohon kemaafan kerana lewat mengemaskini blog ini disebabkan terdapat beberapa masalah teknikal tertentu yang tidak dapat dielakkan. 

        Al-hamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana pada 9 April 2011 bersamaan 6 Jamadil Akhir 1432 Hijrah,    mahasiswa-mahasiswa kelantan yang menuntut pengajian di Ukm telah berjaya  menyertai  satu lagi program yang dikenali dengan nama Himpunan Mahasiswa Kelantan anjuran Markaz Siswazah Kelantan . Program yang julung-julung kali diadakan ini  bertujuan untuk menghimpunkan seluruh anak kelantan yang menuntut di ipta-ipta di sekitar Lembah Klang. Antara ipta-ipta yang turut sama memeriahkan lagi majlis ini ialah mahasiswa  dari Uitm, Um, Usim, Upm, Upsi, Uia, dan tidak ketinggalan juga anak kelantan dari Utm, Skudai Johor, Himpunan ini telah selamat berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Amat Berhormat  Tuan Guru Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan.

            Sebenarnya himpunan ini merupakan  hasil cetusan idea daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri, untuk bertemu mata dan berinteraksi sendiri dengan anak-anak Kelantan yang sedang menuntut  di Universiti sekaligus untuk merapatkan silaturrahim antara Menteri Besar dengan anak-anak muda Kelantan. Himpunan ini bermula dengan pendaftaran dari semua mahasiswa yang hadir dan antara pengisian utama yang diadakan dalam himpunan tersebut adalah Solat Maghrib berjemaah, Bacaan Yasin dan Tahlil serta Solat Hajat Sempena Peperiksaan Akhir yang dipimpin oleh YB Abdul Fatah Mahmood selaku Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

               Selepas diadakan solat hajat, majlis diteruskan dengan ucapan daripada YB Abdul Fatah, Presiden Markaz Siswazah Kelantan, dan  ucapan daripada Tok Guru yang merupakan acara kemuncak himpunan ini. Dalam ucapan Tok Guru, beliau banyak menyentuh soal pemerintahan negeri Kelantan yang merupakan negeri Serambi Mekah dan isu-isu semasa yang berkaitan Kerajaan Negeri. Al-hamdulillah, walaupun Tok Guru  dalam keadaan letih kerana baru tiba di sini dari Kelantan, namun dengan semangat beliau untuk bertemu dengan anak-anak Kelantan, beliau dapat juga memberi ucapan dengan baik dan  penuh semangat. Akhlak dan semangat yang ditunjukkan oleh Tok Guru sepatutnya dicontohi oleh kita semua selaku anak muda yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan.
      
            Acara terakhir majlis himpunan ini ialah interaksi mahasiswa bersama Tuan Guru Menteri Besar. Soalan-soalan yang diajukan oleh mahasiswa banyak berkisar berkaitan dengan isu semasa kerajaan Kelantan dan perkembangan kampus. Tuan Guru menyeru semua mahasiswa supaya terus menyokong dan bersama-sama mempertahankan pemerintahan Islam di bawah kerajaan Negeri. Isu-isu lain yang diperkatakan di sini ialah berkenaan Bazar Tok Guru di samping rancangan untuk anugerah ikon mahasiswa pada masa akan datang dan perkembangan sukan Negeri Kelantan.

               Akhir sekali, diharap dengan adanya himpunan seperti ini, para mahasiswa dapat beramah-mesra dengan Menteri Besar sekaligus membuka mata mahasiswa berkaitan isu-isu semasa yang berlaku sekarang. Selain itu, diharap para mahasiswa dapat memberi kerjasama kepada kerajaan Negeri untuk sama-sama mempertahankan pemerintahan Islam  di Kelantan. Takbir!! Allahuakbar...

Tuan Guru memberi ucapan

Antara mahasiswi yang hadir

khusyuk mendengar amanat daripada Tuan Guru


~kItO AnOk BeGhAnOk SeNgOtI~

Sabtu, 9 April 2011

Himpunan Mahasiswa Kelantan 2011

Program Solat Hajat dan Jamuan bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)

Tarikh: 9 April 2011 (Sabtu)
Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: Bermula 5.00 petang hingga 11.30 malam 
Anjuran: Markaz Siswazah Kelantan 




*TENTATIF PROGRAM: *
- Pendaftaran peserta bermula 5.00 petang dan jamuan (Makanan akan
disediakan selepas pendaftaran dan tertakluk pada perubahan)
- Solat Maghrib berjemaah
- Pengisian tazkirah
- Solat Hajat dan solat Isya' berjemaah diimamkan oleh YAB Dato' Bentara
Setia Menteri Besar Kelantan
- Ucapan YB Hj. Abdul Fattah Mahmood (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan)
- Ucapan YAB Dato' Bentara Setia Menteri Besar Kelantan
- Dialog Bersama Pimpinan Kerajaan Negeri.
- Majlis bersurai

Maklumat lanjut dan pendaftaran awal, layari
http://himpunanmahasiswakelantan2011.blogspot.com/ atau melalui SMS dengan
menaip *HAMKA*<jarak>*NAMA*<jarak>*KAMPUS *hantarkan kepada* Zul Amirul
(013-3196286) atau Faradila (013-2001925)

*Diharapkan semua yang telah mendaftar dapat sama-sama menghadirkan diri ke
HAMKA2011. Segala kerjasama yang telah antum semua berikan amatlah kami
hargai.

Jumaat, 8 April 2011

Salam Imtihan~~




Assalamualaikum dan salam imtihan kepada semua anok beghanok kito..Apo kabar semuanya?? Harap-harap semuanya sihat-sihat blako. Tak lamo lagi nk perikso pulok... ready blako dah ko?? Jange stres2 deh blako. baco -baco jugop..kesihatan keno jago...pakat2 ngaji sungguh...paling utamo skali keno ikhlaskan niat dulu..lepas ngaji, kito pakat2 perbanyokkan solat hajat, doa dan tawakkal..insyaAllah ..pasti boleh..dan tak lupo jugop keno mitok restu nga mok ayoh kito..ingat..tanpo mereka, sapolah kito ni..Akhir sekali, selamat menempuhi peperiksaan..jawab molek-molek...selawat banyok-banyok...wallaua'alam..

KITO ANOK BEGHANOK~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...