Rabu, 20 Februari 2013
Selasa, 16 Oktober 2012
INFORMASI SANTUN INFORMASI HIKMAH: AJARAN SESAT DI MALAYSIA
Adakah Sister In Islam termasuk dalam ajaran sesat?
Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan
sesat di dalam masyarakat Islam di Malaysia bukanlah satu perkara baru dan
tidak disedari tetapi kadang-kadang ajaran sesat itu tidak dapat dikatakan
sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk diantara benar dan yang salah.
Yang paling rumit dan kritikal sekali ialah didalam ajaran-ajaran berkenaan
dikatakan betul oleh satu golongan dan dikatakan salah oleh golongan yang lain.
Namun begitu masalah perselisihan pendapat ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor
berikut:-
i.
Orang yang memperkatakan tentang ajaran itu
mempunyai sikap dan niat tertentu.
ii.
Mereka yang cuba menilai ajaran tidak mengetahui
betul-betul ajaran berkenaan.
iii. Aliran atau ajaran dari kumpulan berkenaan mempunyai
cara-cara pengajarannya mengikut peringkat-peringkat tertentu seperti pada
peringkat awal menonjolkan kebenaran tetapi akhirnya mengandungi ajaran dan
kepercayaan yang mengelirukan bahkan mempunyai unsur yang bertentangan dengan
ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
iv.
Ajaran-ajaran berkenaan kebanyakannya tidak di
sebarkan secara terbuka. Oleh itu tidak dapat dibincang dan dinilai oleh umum
secara terus atau terperinci.
Akidah Islam adalah
berpusat kepada kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasul Rasul, Kitab,
Qada’dan Qadar, dan percaya kepada hari akhirat. Sehingga kini hampir setiap
buah negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran yang disebarkan secara
senyap-senyap dan adakalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh agama
tempatan. Ajaran sesat bukanlah suatu perkara baru bagi kita, malah
kemunculannya dinegara ini adalah merupakan adunan dari pengaruh sebelum Islam
dan kepercayaan animisma serta daya reka cipta kuno yang tidak berlandaskan
Syariat Islam.Walau bagaimanapun kemunculan ajaran sesat ini diambil perhatian
berat setelah berlaku peristiwa yang menumpahkan darah iaitu penyerangan
kumpulan ajaran sesat yang bertopengkan “Tarekat Nurul Zaman” keatas balai
polis Batu Pahat Johor pada hari Khamis 16hb Oktober, 1980 yang telah meragut 6
orang dari kumpulan penyerang dan mencederakan 23 orang awam.
BENTUK-BENTUK
AJARAN SESAT
Bentuk ajaran sesat
yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga bentuk:-
i.
Bentuk Ajaran Baru.
Ajaran
bentuk tarekat ini biasanya menggunakan berbagai-bagai nama seperti ajaran
Crypto, oleh Mokhtar Hassan di Kluang Selangor, Ajaran Ilmu Hakikat oleh Jahar
@ Jara b. Dumin.
ii.
Bentuk Tarekat.
Ajaran bentuk
Tarekat ini biasanya menggunakan nama-nama Tarekat yang masyhur. Melalui bentuk
ini guru-gurunya menggunakan cara-cara yang berbeza dengan yang asal atau
diubah suai. Ada juga Tarekat itu diciptakan sendiri oleh pengasasnya seperti
Tarekat Zikrullah oleh Hasan Anak Rimau / Ayah Pin di Kelantan, Tarekat Khalid
dan lain-lain.
iii.
Bentuk Kepercayaan dan Amalan Tradisi.
Bentuk
ini lumrahnya diamalkan oleh orang yang dianggap Wali kepercayaan kepada dukun-dukun,
pawang, bomoh, atau pembawa ilmu tertentu samaada melalui menurun dan
sebagainya. Semua bentuk ajaran ini adalah jelas membawa penyelewengan dari
segi akidah yang boleh menjerumuskan pengamalnya kepada kesesatan.
meminta bantuan selain dari Allah juga termasuk dalam ajaran sesat, namun ramai dalam masyarakat kita mengamalkannya tanpa sedar. (gambar hiasan)
CIRI-CIRI
AJARAN DAN AMALAN YANG SESAT.
Bagi menentukan sesuatu ajaran dan amalan itu sesat
ia didasarkan kepada:-
I. Menyentuh akidah:
Sekiranya terdapat apa-apa pegangan,
keyakinan kepercayaan yang bertentangan dengan akidah
Islam adalah dikira
sesat. Contoh: Pengakuan Menjadi Nabi dan Rasul.
Dalam sesuatu ajaran
itu apabila didapati samaada pengakuan dari guru atau pengakuan dari murid atau
pengikutnya yang beranggapan bahawa gurunya adalah Nabi dan Rasul atau wakil
Nabi atau Rasul secara langsung, maka pengakuan itu adalah sesat dan tidak
benar.
Firman Allah S.W.T.
yang bermaksud: Tetapi ia adalah
Rasulullah dan kesudahan segala Nabi-Nabi.
II.
Menyentuh amalan:
Sekiranya terdapat apa-apa amalan,
perlakuan, upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan syariat Islam
adalah dikira amalan sesat. Contoh: Memansuhkan beberapa rukun Islam seperti
sembahyang, puasa, zakat dan haji sebagaimana yang telah dinyatakan.
Rukun-rukun tersebut dikatakan zahir dan batinnya. Lalu mereka katakan bahawa sekiranya
sudah tahu ibadat-ibadat tersebut dari segi batinnya maka tidak perlu lagi
mengerjakannya secara zahir, kerana amalan zahir itu adalah kulit sahaja. Bagi
orang yang sudah menikmati isinya, maka tidak berhajat lagi pada menjaga
kulitnya, ataupun cukup dengan menyebut perkataan ‘alhamdu’ sahaja kerana
perkataan itu sudah merangkumi sembahyang Subuh, Zohor, Asar Maghrib dan Isyak.
Ada juga menolak
kewajipan sembahyang Jumaat, dengan alasan:-
a) Mereka
sembahyang dengan cara ghaib iaitu dengan para Wali Allah.
b)
Kononnya mereka tidak sembahyang disini, tetapi sembahyang di mekah.
c) Kononnya dia sudah
mempunyai taraf yang tinggi maka tidak layak lagi berimamkan orang-orang awam
yang tidak setaraf dengannya dalam sembahyang.
Kahar pernah menghuru-harakan penganut Islam di Malaysia apabila mengaku sebagai Rasul Melayu dan berjaya membuat pengikutnya memngeluarkan kata-kata menghina Rasulullah.
FAKTOR
LAHIRNYA AJARAN SESAT.
Jika dikaji masyarakat Islam dinegara ini dapat
dikatakan bahawa punca yang membawa kepada lahirnya berbagai jenis ajaran dan
amalan sesat pada umumnya adalah berpunca dari dua faktor utama:-
1. Faktor Dalaman ( Internal Factors )
2. Faktor Luar ( External Factors )
Faktor
Dalaman
Pada
kebiasaannya jenis ajaran seumpama ini telah bertapak dan tersebar secara sulit
dan tersembunyi di daerah-daerah pedalaman di negara ini. Golongan yang
mempelopori ajaran dan amalan ini adalah terdiri dari tokoh-tokoh tempatan yang
terpengaruh dan sangat disegani oleh masyarakat sekitar. Golongan ini mempunyai
beberapa kebolehan dan keistimewaan yang luar biasa yang dipergunakan sebagai
sakti dan daya tarikan utama untuk mempengaruhi masyarakat umum. Orang-orang
biasa tidak mengetahui secara mendalam bagaimana bentuk ajaran atau amalan
ilmu-ilmu ini, kerana ianya diperkembangkan secara sulit dan rahsia. Oleh
kerana itu setiap pengikut ilmu-ilmu ini dikehendaki mengikat perjanjian dengan
gurunya bahawa ilmu ini tidak boleh diberitahu oleh orang lain. Sebaliknya
mestilah dirahsiakan. Jika diberitahu juga kononnya ilmu ini tidak mujarab atau
tidak menjadi lagi. Untuk menguatkan lagi perjanjian tadi, maka setiap
pengikutnya dikehendaki mengangkat sumpah dengan menyebutkan nama Allah,
menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan mengangkat al-Quran sebagai saksi.
Faktor
Luaran.
Masyarakat
Islam di negara ini adalah merupakan masyarakat yang terbuka. Dengan hal demikian
berbagai pengaruh luar begitu senang sekali mempengaruhi keadaan sekitar
masyarakat Islam. Guru-guru yang menganjurkan sesuatu ilmu atau amalan ini
selain dari anak tempatan adalah juga datang dari luar negeri. Mereka ini
menggelarkan diri mereka sebagai tokoh-tokoh agama serta mempunyai ciri-ciri
personaliti yang agak berbeza dengan orang awam, sama ada disegi rupa paras,
bentuk pakaian dan tingkah laku. Bagi penganjur ilmu kebatinan yang berunsurkan
seni mempertahankan diri, sering kali golongan ini mengambil kesempatan dengan
melantik pemimpin-pemimpin tertentu sebagai khalifah atau Mahaguru. Oleh kerana
itu manifesto ilmu yang dikembangkan itu disesuaikan dengan kehendak masa dan
suasana. Kebanyakan pengikut-pengikut yang terlibat dengan ajaran sesat dan
ilmu kebatinan ini adalah terdiri dari golongan yang tidak mempunyai asas yang
kuat di dalam aspek akidah Islam, di samping tidak mempunyai pengetahuan yang
luas dan mendalam mengenai ajaran Islam yang sebenarnya.
kerajaan langit Ayah Pin yang telah berjaya dibongkarkan.
CIRI
–CIRI ASAS PENGANUT AJARAN SESAT.
i.
Mencaci Alim Ulama dan Fuqaha Islam
Penganut ajaran sesat selalunya
mencaci dan menjatuhkan maruah para Alim Ulama dan Fuqaha’ Islam iaitu dengan
melemparkan tuduhan kepada para Alim Ulama dan Fuqaha Islam bahawa mereka telah
menyembunyikan ajaran Islam sebenar demi kepentingan periuk nasi mereka,
penipu, tamak haloba. Tujuan mereka melemparkan cacian ke atas para Alim Ulama
dan Fuqaha’ Islam, ialah supaya alim ulama’ dan fuqaha’ islam itu dipandang
hina oleh masyarakat, dengan cara ini juga mereka mengharapkan hilang dan merosotnya
pengaruh Alim Ulama’dan Fuqaha’ Islam itu merosot, maka mudahlah bagi mereka
untuk memasukan ajaran sesat kepada orang ramai.
ii.
Mengatakan Syariat Islam itu ada Zahir dan Batin
Dalam hal-hal yang
bersangkutan dengan syariat Islam seperti Al-Quran, Syahadah, Kenabian,
sembahyang, puasa, haji, nikah kahwin, bersuci dan lain-lainnya mereka mengatakan
ada zahir dan ada batin atau digunakan istilah zahir syariat dan hakikat. Alim
Ulama’ dan Fuqaha’ Islam yang ada sekarang ini hanyalah mengetahui zahir
syariat atau kulit sahaja dan mereka tidak mengetahui Ilmu Hakikat dan Ilmu
Isi. Kumpulan ajaran sesat ini biasanya mendakwa kalangan merekalah yang
mempelajari dan mengetahui Ilmu Hakikat dan Ilmu Isi. Mereka yang sudah
mendapat isi dengan sendirinya kulit tidak perlu lagi, manakala mereka yang
sudah sampai kepada ilmu hakikat maka dengan sendirinya zahir syariat tidak
perlu lagi.
iii.
Penganut ajaran sesat adalah merupakan golongan
munafik dalam masyarakat Islam
Berikutan dengan
kefahaman mengenai syariat Zahir sebagai kulit dan hakikat sebagai isi, maka
penganut ajaran sesat ini menolak segala zahir syariat Islam, kalau pun dikerjakan
apa-apa Syariat Zahir ini sebagai menjaga adat dan peraturan di dunia sahaja. Seperti
nikah kahwin di hadapan Kadi, dua orang saksi, mas kahwin, ijab qabul semua itu
kulit sahaja. Bagi mereka ada nikah batin yang mengandungi pengertian seperti
berikut;-
Ma’anikam - maksudnya
perempuan
Yang dinikahkan -
bererti yang disetubuhkan
Yang dikahwinkan -
ialah mani yang dimaksudkan juga dengannya ialah Seorang penganut lelaki yang
boleh mengeluarkan mani bila bersetubuh dengan perempuan itu.
Wali - bermaksud Allah
yang menjadi Wali. Atau iman tertinggi atau iman ajaran ini.
Saksi - Malaikat Kiraman
Katibin
Juru nikah - Ialah nabi
Muhammad SAW.
iv.
Gerakan Mereka adalah Rahsia.
Aktiviti yang
dijalankan adalah rahsia dan hanya untuk ahli sahaja dan disyaratkan “baiah”
serta bersumpah menyimpan rahsia. Setelah pengakuan murid sanggup menyimpan
rahsia maka barulah di buka rahsia ilmu hakikat @ ilmu isi yang mereka maksudkan
itu. Biasanya mereka menentukan masa yang tertentu untuk belajar dan mengajar
mengenai ilmu hakikat @ ilmu isi yang dimaksudkan itu dan mendakwa orang yang
mempelajari dan mengamalkan ilmunya itu akan beroleh apa yang dihajati dan terbukalah
segala rahsia dan tersingkaplah Hijab mereka dengan Allah S.W.T
masih ingatkah lagi Peristiwa Memali yang dituduh sebagai ajaran sesat dan diserang tanpa belas kasihan oleh anggota polis.
CARA-CARA
PERKEMBANGAN AJARAN SESAT.
I.
Melalui Ajaran
Penyusupan ajaran sesat
melalui cara tersebut adalah lahir dari guru-guru yang membawa sesuatu ajaran
dengan tujuan mencari pengaruh dan kepentingan diri dengan mengemukakan ajaran
dan amalan yang didakwa beramal dengan ajaran beliau kononnya akan mendapat
sesuatu yang Ghaib seperti Kasyaf dan Laduni iaitu mengetahui alam ghaib dan mendapat
limpahan ilmu Allah dan Tajalli iaitu penjelmaan hakikat zat, sifat, dan Af’al
Allah kepadanya. Kemudian disogokkan pula kepada murid-murid dengan beberapa
keistimewaan kononnya akan mudah mendapat ketinggian darjat, pangkat, dan
kebesaran serta disanjung tinggi dan mulia oleh orang ramai.
II.
Melalui Tarekat.
Melalui cara Tarekat
ini selalunya menggunakan nama Tarekat yang masyhur seperti Naqsyabandiah,
Mufarridiyah, Syazaliyah, Ahmadiah dan lain-lain lagi dengan ditokok tambah
oleh gurunya mengikut kesesuaian tempatan dan kepentingan dirinya yang mendakwa
sebagai “ Guru Mursyid” yang mendapat tauliah dari guru asalnya serta boleh
mentauliahkan orang lain.
III.
Melalui Kepercayaan dan Amalan Tradisi.
Cara ini adalah
merupakan cara biasa dan mudah diterima oleh masyarakat Melayu Islam di negara
ini kerana ianya bersifat kepercayaan terhadap kuasa sakti, jin, jembalang, dan
penunggu tersebut supaya mereka tidak mengganggu penduduk di sesuatu tempat
itu, maka dilakukan upacara pemujaan. Ada juga yang melakukan pemujaan ke atas
roh, para Wali dan Keramat, iaitu menziarahi kubur orang yang dianggap Wali dan
Keramat serta melakukan upacara tradisional, seperti melepaskan ayam putih,
pulut kuning, bertih dan penyembelihan binatang ternakan keatas kubur itu serta
menyeru roh para Wali dan Keramat itu agar dapat memberi pertolongan kepada
mereka bagi menyampaikan apa-apa hajat mereka dan apakala beroleh kejayaan,
mereka akan membayar nazar di atas kubur orang yang di anggap Wali dan Keramat
atau mereka membayar nazar di tempat yang menjadi pujaan mereka. Terdapat juga
mereka yang melakukan pertapaan iaitu dengan menyembunyikan diri di tempat yang
sunyi seperti di bukit, atau gunung atau gua tertentu dengan tujuan untuk
mendapat ilmu Ghaib, Sakti, gagah perkasa, kebal dan lain-lain bagi tujuan
kehebatan diri dan kepentingan diri serta untuk mendapat tempat yang istimewa
dalam masyarakat.
Tarekat yang salah apabila seseorang itu berguru dengan syaitan. Dalam kata erti yang lain mereka yang belajar agama dengan sendiri tanpa tunjuk ajar dari ahli agama atau sufi bagi menafsir petanda mimpi mereka. Tidak semua tarekat di Malaysia adalah sesat. (gambar hiasan)
Pertumbuhan serta perkembangan ilmu atau amalan
sesat di dalam masyarakat Islam di negara ini, bukan sahaja boleh menyebabkan
Akidah umat Islam menyeleweng dari tuntutan Allah, bahkan ianya juga adalah
sebahagian dari unsur-unsur yang membawa kepada perpecahan di kalangan umat
Islam sendiri. Akan timbul dalam masyarakat Islam beberapa kumpulan yang
mengamalkan beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa jenis ilmu yang berbeza
dari segi nama tetapi mempunyai motif yang hampir-hampir sama. Masing-masing
kumpulan akan berusaha mencari pengikut seberapa banyak yang mungkin; Implikasi
dari keadaan seumpama ini akan membawa kepada lenyapnya perasaan persaudaraan
sesama Islam yang sangat-sangat dititikberatkan oleh Allah sebagai senjata
kekuatan dan keutuhan umat Islam. Dan yang lebih membimbangkan lagi sepertimana
yang dibayangkan oleh Rasulullah bahawa di suatu masa kelak umatnya akan berpecah
kepada tujuh puluh tiga puak. Sabda Rasulullah saw. Ertinya
“
Akan berpecah umatku kepada tujuh puluh tiga puak, kesemuanya didalam neraka kecuali
satu sahaja, iaitu puak yang mengikut sunnahku dan sunnah sahabat-sahabatku”
Oleh itu untuk mengatasi dan membasmi segala ajaran
atau amalan sesat yang terdapat didalam masyarakat Islam maka setiap umat Islam
haruslah bertanggungjawab serta mengkaji sesuatu ajaran atau amalan itu secara
terperinci dengan berlandaskan kepadaajaran Islam yang maha suci sebelum
menyertai sesuatu ajaran, supaya dengan ini keimanan serta keyakinan umat Islam
terhadap kebesaran kekuasaan Allah tetap terpelihara dan juga dapat mengelakkan
umat-umat Islam di negara ini daripada terpedaya dan terperangkap dengan
golongan-golongan yang mencari pengaruh disebalik tabir Islam.
EDITOR: NAIB YANG DIPERTUA 1 PERDANA.
Khamis, 4 Oktober 2012
INFORMASI SANTUN, INFORMASI HIKMAH: MAHASISWA a.k.a USAHAWAN
MAHASISWA a.k.a USAHAWAN
Pembangunan
negara kita hari ini banyak bergantung kepada keteguhan ekonomi. Bidang
perniagaan, perusahaan dan perdagangan telah berkembangan daripada bentuk
pasaran secara kecil-kecilan kepada usaha yang luas di peringkat dunia
antarabangsa. Pakar-pakar dalam bidang ekonomi dan keusahawanan merupakan satu
keperluan yang sangat penting bagi mencapai produktiviti negara seterusnya
membangunkan ekonomi dan menjadikan negara ini setanding dengan negara maju.
Perkara ini selaras dengan matlamat Wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat
perdangan dan perindustrian untuk membangunkan ekonomi negara.
*jam tangan ice watch yang menjadi kegilaan ramai mahasiswa ukm terutama exco perdana kerana warna dan kotak jamnya yang comel..
Ia
juga selaras dengan Pelan K-Ekonomi iaitu pelan untuk membentuk negara maju
berteraskan pengetahuan ekonomi. Dalam usaha membangunkan ekonomi, malaysia
perlu melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing, bersifat dinamis,
tangkas dan mempunyai daya ketahanan. Bagi melahirkan usahawan berjaya, sistem
pendidikan merupakan sistem yang penting kerana bermula dari pendidikan, minat
terhadap keusahawanan dapat dicetus dan merangsang kepada usaha-usaha untuk
menjadi usahawan. Dalam erti kata lain sistem pendidikan dapat melahirkan
usahawan-usahawan yang berjaya.
*getah lembut dan ringan amat sesuai untuk pelajar IPT.
Peter
F. Drucker dalam penulisan menyatakan bahawa, “Apa yang kita dengar mengenai
keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah.
Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka.
Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari”. Kenyataan beliau menegaskan
bahawa keusahawanan boleh dipupuk dan dipelajari. Ini jelas menunjukkan sistem
pendidikan memainkan tanggungjawab utama dalam melahirkan usahawan yang berdaya
saing dengan menerapkan ciri serta nilai keusahawanan di dalam sistem
pendidikan negara.
*sabun pembersih muka keluaran terbaru. dapatkannya sekarang..(selagi stok masih ada)
klik: sabun vitamin
Merujuk
semula kepada Wawasan 2020 yang ingin dicapai, Malaysia memerlukan lebih ramai
usahawan yang mampu membangunkan negara. Ini jelas menunjukkan bahawa
keusahawanan merupakan satu pendekatan yang dapat membantu mencapai matlamat
negara. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, semasa menerajui
negara, beliau memandang serius tentang masalah ini dan menghuraikan bentuk,
corak serta tumpuan yang perlu dilakukan dalam kurikulum. Beliau menyatakan
bahawa "Kita mestilah mempunyai hasrat untuk mencapai taraf yang setinggi-tingginya
dari segi keterampilan pada rakyat kita, dari segi penghargaan mereka akan
kemahiran dan pengetahuan serta kemajuan diri, dari segi kemampuan diri, dari
segi kemampuan berbahasa, dari segi sikap mereka terhadap kerja dan disiplin,
dari segi motivasi mereka terhadap kecemerlangan dan terhadap mendorongkan
semangat keusahawanan". Usaha untuk menerapkan ciri keusahawanan dalam
pembelajaran kini tidak boleh bergantung kepada silibus sahaja. Tenaga pengajar
perlu memainkan peranan penting dalam mendorong semangat keusahawanan seperti mana
yang dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri kita. Mereka perlu bijak mengatur
dan menyusun strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata
pelajaran disamping menerapkan ciri-ciri keusahawanan. Selain itu, mereka juga
perlu kreatif dalam menarik minat pelajar terhadap keusahawanan. Teknik-teknik
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan seharusnya dapat merangsang dan
mengembang minda pelajar serta menarik minat pelajar ke arah keusahawanan.
*bagi mereka yang inginkan keselesaan kulit yang berpanjangan, cubalah Sf beauty..
Pendidikan
Negara bermatlamat menghasilkan modal insan seimbang dalam empat domain utama;
kognitif, psikomotor, afektif dan sosial. Kemahiran Keusahawanan pula merupakan
antara kemahiran penting dalam Kemahiran-kemahiran Insaniah (Soft Skills) yang
harus dimiliki oleh pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). Menyedari
kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang dan
potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan, Kementerian Pengajian Tinggi dengan
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menunjukkan komitmen mereka
terhadap pelaksanaannya.
Kementerian
yang terlibat akan memperkukuh usaha menjayakan pendidikan keusahawanan di
Institusi Pengajian Tinggi dengan menerapkan beberapa elemen baru yang mampu
melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang tinggi.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata antara elemen tersebut
ialah memupuk sikap peribadi yang positif dan kemahiran yang membentuk asas
minda dan tingkah laku keusahawanan, meningkatkan kesedaran pelajar untuk
bekerja sendiri dan menjadikan keusahawanan sebagai pilihan kerja utama. Elemen
lain ialah penggunaan kaedah berasaskan amalan di mana pelajar terlibat dalam
kerja projek di luar bilik darjah dan menyediakan kemahiran asas perniagaan
untuk bekerja sendiri dan pengetahuan bagaimana untuk memula dan membangunkan
usaha komersial atau sosial dengan jayanya. "Kita perlu melahirkan
usahawan di kalangan pelajar, bukan sekadar memupuk minat menjadi usahawan
tetapi pada masa sama nilai-nilai keusahawanan itu menjadi ciri-ciri mereka
seperti nilai inovasi dan kreativiti, memenuhi kehendak majikan, meningkatkan
kebolehan pasaran dan daya saing yang tinggi," . Mohamed Khaled berkata
keusahawanan yang boleh dibangunkan melalui pendidikan bukan sahaja menjanjikan
pendapatan yang lumayan kepada usahawan tetapi mereka dapat mewujudkan peluang
pekerjaan.
Menurut beliau juga, Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) turut memperkenalkan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi
Pengajian Tinggi sebagai langkah menggalakkan pembangunan modal insan dalam
melahirkan siswazah usahawan. Dasar ini mempunyai enam teras utama iaitu :
- Teras Pertama : Menubuhkan pusat keusahawanan di setiap
IPT untuk merancang, menyelaras, memantau dan menilai program serta
aktiviti pendidikan keusahawanan.
- Teras Kedua : Menyediakan pendidikan dan program
keusahawanan yang terancang dan holistik.
- Teras Ketiga : Memantapkan program pembangunan dan
pengukuhan keusahawanan untuk melahirkan lebih ramai graduan yang
benar-benar menceburi bidang perniagaan.
- Teras Keempat : Mewujudkan mekanisma pengukuran yang
berkesan bagi menilai sama ada program yang dilaksanakan itu berjaya
mencapai objektif.
- Teras Kelima : Menyediakan persekitaran yang kondusif
bagi pembangunan keusahawanan pelajar termasuk menyediakan peluang
perniagaan di dalam kampus, khidmat perniagaan dan menyediakan peluang
untuk pelajar menimba pengalaman dengan syarikat perniagaan berjaya.
- Teras Keenam : Meningkatkan kompetensi tenaga pengajar
keusahawanan. Antara Program Pembudayaan dan Penerapan Nilai Keusahawanan
dan Program Latihan dan Bimbingan yang boleh dijalankan oleh Pusat
Pembangunan Keusahawanan dan EKS (CESMED) UKM ke arah memupuk budaya
usahawan adalah seperti berikut:
1. Menubuhkan SAHABAT CESMED
2. Seminar Siswa Niaga
3. Hari Usahawan
4. Bengkel Penyediaan
Rancangan Perniagaan
5. Ekspedisi Keusahawanan
6. Latihan Asas Perniagaan
dan sebagainya
Melalui program ini, secara tidak langsung dapat memupuk dan
melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran keusahawanan. Ini adalah merupakan
satu langkah permulaan yang baik bagi mencapai matlamat untuk melahirkan lebih
ramai lagi usahawan bumiputera yang berjaya.
Objektif
Antara objektif utama CESMED UKM adalah :
- Menggalakkan para pelajar menyertai semua program
keusahawanan yang dijalankan
- Memupuk minat para pelajar terhadap dunia perniagaan
- Melahirkan para pelajar yang mempunyai pemikiran keusahawanan
seterusnya melahirkan usahawan berjaya
- Mewujudkan kerjasama dikalangan para pelajar
- Membantu pelajar yang ada kemahiran usahawan agar lebih
berjaya
- Mengenalpasti pelajar yang cenderung ke arah keusahawanan
- Memberi pendedahan kepada mereka apa erti usahawan yang
sebenar
- Memupuk sikap suka berniaga dan menghasilkan sesuatu di
kalangan pelajar
- Melahirkan pelajar yang inovatif dan kreatif dalam
penghasilan sesuatu
- Memberi petunjuk kepada pelajar berkenaan agensi dan
pertubuhan yang boleh dirujuk sekiranya berminat untuk menjadi seorang
usahawan dalam apa jua bidang
Editor: Exco keusahawanan.
*nota: gambar jam dan pembersih muka di atas tiada kena mengena dengan cesmed ukm.. ia merupakan barangan yang dijual oleh exco perdana..
bagi sesiapa yang ingin dapatkan barangan diatas dan bermacam lagi, sila klik ice watch dan sf beuaty..
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)








