JADUAL PENGAJIAN SEPANJANG SEMESTER 1 2012/2013

Jumaat, 28 September 2012

Kembara Kolej Tun Syed Nasir, Cheras


Assalamualaikum

salam Anok-Berghanok semua ..

Sebelum menaip sepatah dua kata, admin nak minta maaf kerana terlambat update blog kesayangan ini. alasannya ialah kerana hendak siapkan proposal untuk thesis. Dalam kita aktif berpersatuan, pelajaran jangan ditinggalkan. Dahulukan yang penting sebelum yang penting. Kitalah yang menentukan mana satu yang lagi penting dalam menentukan masa hadapan kita. Bijaklah mengatur waktu untuk kedua-duanya sekiranya kita tidak mampu menentukan tahap kepentingan kedua-dua perkara ini..

Admin bukan pakar motivasi tetapi berkongsi resepi turun-temurun dari mantan-mantan exco PERDANA. Dengan harapan Anok-Beraghanok sama-sama berjaya dalam mendaki PEMBUKITAN di Universiti Kebangsaan Malaysia ini (ayat pres Farhan hahaha,mungkin sebab ukm ni banyak bukit kot).

Ehh, dah panjang mengarang ni, kita balik ke kembara KTSN tujuan asal kita. 

Al Kisah bermula pada petang ahad 17 september 2012 yang sejuk, awan mendung bagaikan hendak hujan, angin kencang bagaikan hendak ribut, hati bergelora bagaikan hendak menghampas jiwa apabila  mendapat perkhabaran tentang jemputan dari jaksa tentang Minggu Pengenalan Persatuan dan Kelab di KTSN yang bakal berlangsung 18 september hingga 19 september 2012.










Hati tak tenang tiada siapa yang tahu. 
esok program, ape pun tak ada kat bilik tu.. :(


Malam itu, kami bertungkus-lumus menyiapkan beberapa perkara yang perlu dibawa keesokkan hari.
Program Minggu Pengenalan Pelajar dan Kelab di KTSN bermula pada pukul 8 malam. Jadi kami ada 23 jam sebelum berangkat ke Cheras.

persiapan printer oleh Big Brother.

 sepasang handphone sedang berehat.

 khusyuk admin nih..bagus-bagus..hehehehe

 proses penguntingan book mark..design by admin..hahaha

 dalam bilik dah penuh, tempat baru sebelah kanan bilik..

exco pendidikan kita..cute. 
apa rahsia kulit putih berseri bagaikan disyurga itu?

tempat hujung bilik persatuan dan kelab, proses liminet.

sebelah kiri bilik perdana, proses pasang reben oleh exco romantik.

 big bos ke ni?

tempat rahsia (yang tak berapa rahsia).

 cekal dan tabah.

tempat baik punya.

 semua duk cari tempat ni, bilik perdana ada sape je?

 posing gadis ayu.

 the killer..
saksikan dipawagam..
coming soon.


antara possing-posing unik yang digayakan untuk hilang ngatok..
 
 hello, anybody there.?
 

 'kelik lambak ckit male ni, ado kijo..koci bilik amik doh ni.'
solihah ada roomate ke?


jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi, inilah antara muka yang tak ada life.


 presiden kita ada lagi disitu nampaknya.

 exco pendidikan kita cekal membuat tugasan.. bagus..

'hoh, dio geng gitu, bazir tu. meh nok ajar, ore geng gini.. (letak gam bintik-bntik)' presiden farhan.
'hehehe.. :).' solihah.
'pres, bilik perdana ini banyak lagi gam. boleh refill lagi'. Admin.


 bulan berganti matahari,
malam berganti siang..

  • fail? check.
  • pamplet?  check.
  • jadual? check.
  • baju nak bagi arina n muaz? check.
  • book mark? check. 

dah bawak kot semuanya..
pengembaraan bermula..
 

 kereta sewa  erk.
'Perdana buke tak dok duit, ado banyok, tapi tok de nok gi beli. kito sewa keto jah deh'. presiden Farhan.
':). baik pres'. kami.

the passenger.
caming soon di pawagam.

 the driver.
nantikan kemunculannya..



 yeah..we half way there.. :)

 what the...???
nak pergi mana  sebenarnya ni erk?
KTSN kat mana dah?

jawapannya..
we are lost!!!!macam dalam citer lost tu..
ini betul-betul, bukan cobaan..

dah la sesat :(
minyak habis pulak :(
we are in the middle of nowhere.. :(

tapi dengan kuasa Allah yang maha Esa lagi Maha Mengetahui, Dia turunkan mamat india ni untuk tarik kereta kami sehingga sampai ke stesen minyak.

'Rm 30 ye dik'. mamat india.

pengembaraan yang tersekat ini pun bermula kembali.

 'maghrib dah ni? kita kat mana ni?'monolog kami.
lebih kurang pukul 10 kami pun sampai..
 :( tapi :)


 antara adik FTSN yang daftar.










day 2..
tak sesat dah. :)
 













kami.


insyaAllah ketemu lagi kita.
semoga ukhwah ini akan terus terjalin hingga hujung nyawa..
 
sek kito jange pecoh!!!



Rabu, 12 September 2012

INFORMASI SANTUN, INFORMASI HIKMAH: IBN SINA.



IBNU SINA

Ibnu Sina atau nama sebenarnya Abu Ali Al-Hassain Ibn Sina  dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor.


            BIDANG PERUBATAN.
*      Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas di universiti-universiti Itali dan Perancis. Malah, sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.
*      Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit berserta cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikan belau seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.
*      Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.
*      Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

BIDANG FALSAFAH.
*      Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.
*      Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.
*      Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi ia telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.
*      Ibnu Sina juga percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air,api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.
*      Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.
*      Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.
*      Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
*      Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.
*      Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.
* Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.

*      Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi)







INFORMASI SANTUN INFORMASI HIKMAH: IBNU BATTUTA SANG PENJELAJAH DUNIA.

BIODATA

Nama            :
Muhammad bin Abdullah bin Muhammad Al-Lawati Al-Tanji
Gelaran         :
Ibnu Battuta atau As-Sham Ad-Din
Tarikh Lahir :
24 Februari 1304 bersamaan Rejab 704 Hijrah
Tempat lahir :
Bandar Tanjah, Morocco
Meninggal    :
Tahun 779 Hijrah bersamaan 1372 Masihi
Sumbangan  :
Pelopor pengembaraan yang menghasilkan buku karangan mengenai benua Asia dan Afrika berdasarkan pengalaman perjalanan sendiri




Ø  Kebesaran Kerajaan Melayu bukan sahaja diakui dan diagungkan oleh bangsa Melayu semata-mata, malah oleh seorang pengembara dari negara Arab, Ibnu Battuta. Didalam kitabnya,Tuhfat al-Nazhar beliau menyebut selama mengelilingi dunia hanya terdapat tujuh raja yang memiliki kelebihan luar biasa, iaitu Raja Iraq yang terkenal dengan berbudi bahasa, Raja Hindustani yang sangat peramah, Raja Yaman yang berakhlak mulia, Raja Turki yang gagah perkasa, Raja Rom yang sangat pemaaf, Raja Turkistan yang bersifat tolak ansur dan Raja Melayu Malik Al-Zahir (Sumatra) yang mempunyai ilmu pengetahuan luas dan mendalam.

Ø  Pengembaraan Ibnu Battuta bermula ketika usianya mencecah 21 tahun. Beliau meninggalkan tanah lahirnya Tanjah pada hari Khamis, 14 Jun 1325 masihi. Pengembaraan beliau mengambil masa 38 tahun meliputi perjalanan sejauh 120,000 kilometer dan singgah di 44 buah negara di dua benua Afrika dan Asia. Beliau kembali semula ke Morocco semasa pemerintahan Sultan Abu 'Inan dan kisah pengembaraan beliau ditulis oleh Ibn Juza melalui bukunya Tuhfat al Anzhar fi Ghoraib al Absar wa Ajaib al Asfa. Buku tersebut diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan diterbitkan dibanyak tempat.


Ø  Kisah pengembaraan Ibnu Battuta terbahagi kepada tiga pusingan.

Pusingan pertama bermula dari Tangier, Afrika Utara pada 13 Jun 1325 menuju Iskandariah sebelum meneruskan pengembaraan ke Dimyath dan Kaherah. Selanjutnya Ibnu Battuta merentasi bumi Palastin menuju Damsyik dan berjalan ke Ladzikiyah, seterusnya ke Aleppo. Dalam perjalanan berkenaan, Ibnu Battuta terlihat satu kafilah sedang menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji lalu beliau bergabung dengan rombongan itu. Beliau menetap di Makkah selama 2 tahun.

Ø  Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Yaman melalui jalan laut dan melawat Aden, Mombosa, Timur Afrika dan menuju ke Kulwa. Beliau kembali ke Oman dan balik semula ke Mekkah untuk menunaikan Haji pada tahun 1332 masihi, melalui Hormuz, Siraf, Bahrin dan Yamama.

Ø  Pada Pusingan Kedua Pengembaraanya, Ibnu Battuta ke Syam dan Laut Hitam, Laut yang dihubungkan ke Laut Tengah oleh Selat Bosporus dan Laut Marmara serta Dardanela. Dari Laut Hitam, Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Bulgaria, Rom, Rusia, Turki serta pelabuhan terpenting di Laut Hitam iaitu Odesia kemudian menyusuri sepanjang Sungai Danube.

Ø  Ibnu Battuta kemudian belayar menyeberangi Laut Hitam ke Semenanjung Crimea di mana beliau mengunjungi Rusia Selatan dan seterusnya ke India. Di India beliau pernah dilantik menjadi kadi dan tinggal selama beberapa tahun dan berkhidmat dengan keluarga seorang sultan. Beliau melanjutkan pengembaraannya hingga ke Sri Langka, Indonesia dan Canton, ibu negara Hong Kong. Kemudian Ibnu Battuta mengembara pula ke Sumatera, Indonesia dan melanjutkan perjalanan melalui laut Amman sebelum meneruskan perjalanan darat ke Iran, Iraq, Palestin dan Mesir. Beliau kembali ke Makkah untuk menunaikan Ibadah Haji yang ke tujuh (terakhir) pada bulan November 1348 masihi.

Ø  Perjalanan beliau ketiga bermula pada 753 Hijrah dimana beliau sampai ke Mali di tengah Afrika Barat sebelum kembali semula ke Pas, Maghribi untuk mentafsir hasil pengembaraannya. Salah seorang penulis Dar Ifta' di Pas iaitu Mohad. Ibnu Juza telah menyunting buku beliau dan menyusun dengan gaya bahasa yang teratur. Ibn Juza mengambil masa selama 3 bulan untuk menyelesaikan tugasnya pada 9 Disember 1355 masihi.

Ø  Setiap kali mengunjungi sesebuah negeri atau negara, Ibnu Battuta akan membuat catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulamak serta kezaliman yang dilaksanakannya. Beliau turut menceritakan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran seperti diserang penjahat, hampir lemas bersama kapal yang karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah yang zalim. Tetapi malangnya, pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatannya dirampas dan di sembunyikan kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika.

Ø  Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris, menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai seorang pelayar Islam yang agung. Hakikatnya, Ibnu Battuta adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya menguasai benua Afrika dan Asia serta pengarang yang menghasilkan karya penting dalam dunia Islam.


Ø  Dengan penuh kesedihan, ia meninggalkan kedua orangtua serta sahabat-handainya di Tangier. Tekadnya sudah bulat untuk menunaikan rukun iman kelima. Perjalananya menuju ke Baitullah telah membawanya bertualang dan menjelajahi dunia. Seorang diri, dia mengarungi samudera dan menjelajah daratan demi sebuah tujuan mulia.

Ø  Kehebatan Ibnu Battuta hanya dapat dibandingkan dengan pelancong terkemuka Eropah, Marcopolo (1254 M -1324 M), ujar Sejarawan Brockelmann mengagumi ketangguhan sang pengembara Muslim itu. Selama hampir 30 tahun, dia telah mengunjungi tiga benua mulai dari Afrika Utara, Afrika Barat, Eropa Selatan, Eropa Timur, Timur Tengah, India, Asia engah, Asia Tenggara, dan Cina.

Ø  Ia mengakhiri cerita perjalannya dengan sebuah kalimat, ”Akhirnya aku sampai juga di kota Fez.” Di situ dia menuliskan hasil pengembaraannya. Salah seorang penulis bernama Mohad Ibnu Juza menuliskan kisah perjalanannya dengan gaya bahasa yang renyah. Dalam waktu tiga bulan, buku berjudul Persembahan Seorang pengamat tentang Kota-Kota Asing dan Perjalanan yang Mengagumka, diselesaikannya pada 9 Disember 1355 M.

Abadi di Kawah Bulan
Nama besar dan kehebatan Ibnu Battuta dalam menjelajahi dunia di abad pertengahan hingga kini tetap dikenang. Bukan hanya umat Islam saja yang mengakui kehebatannya, Barat pun mengagumi ketokohan Ibnu Battuta. Tidak hairanlah, karya-karyanya disimpan oleh pihak Barat.

Sebagai bentuk penghormatan atas dedikasinya, International Astronomy Union (IAU) mengabadikan Ibnu Battuta sebagai nama salah satu kawah bulan. Bagi orang Astronomi, Ibnu Battuta bukan hanya seorang pengembara dan penjelajah yang termasyhur, namun sebagai sebuah kawah kecil di bulan yang berada di Mare Fecunditas.

Kawah Ibnu Battuta terletak di Baratdaya kawah Lindenbergh dan Timurlaut kawah bulan terkenal Goclenius. Kawah Ibnu Battuta berbentuk bundar dan simetris. Dasar bahagian dalam kawah Ibnu Battuta begitu luas dan gelap. Diameter kawah itu mencapai 11 kilometer. Kawah Ibnu Battuta awalnya bernama Goclenius A. Namun, IAU kemudian memberinya nama semperna Ibnu Battuta.

Selain dijadikan nama kawah di bulan, Ibnu Battuta juga diabadikan dan dikenang masyarakat Dubai di sebuah pusat membeli belah yang bernama Ibnu Battuta Mall. Di sepanjang koridor pusat membeli belah itu dipanjangkan hasil penelitian dan penemuan Ibnu Battuta. Meski petualangan dan pengembaraannya telah berlalu enam abad silam, namun kebesaran dan kehebatannya hingga kini tetap dikenang.







Sabtu, 18 Ogos 2012

selamat hari raya aidilfitri

assalamualaikum

Hari raya makin menghampiri kita. admin wakil dari exco perdana ukm sesi 2012/2013 mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua anok beranok.. balik kampung dengan selamat bagi yang dalam perjalanan. bagi tidak dapat pulang ke kampung, jangan sedih, anggap ini pengalaman yang mencabar dalam hidup. semoga kita dapat bertemu lagi dalam ramadan yang akan datang..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...