Bengkel tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang mantan exco Perdana termasuklah saudara Safuan bin Yusof, mantan presiden Perdana sesi 2009/2010 yang telah dijemput khas untuk menyampaikan pembentangan mengenai jobskop kepada semua exco. Sebelum pembentangan dilakukan oleh setiap mantan exco Perdana, sesi pembahagian fail untuk semua exco baru telah disampaikan oleh presiden Perdana sesi ini iaitu saudara Hamdi bin Hussin. Setelah selesai pembahagian fail, satu jamuan makan telah diadakan untuk meraikan mantan exco dan semua exco yang hadir.
Saudari Sakinah membentangkan jobskop sekretariat Nydp/2
Saudara Hisham Sidek membentangkan jobskop sekretariat pendidikan
khusyuk melihat pembentangan
Bergambar bersama mantan exco Perdana
Antara exco-exco muslimah
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Semoga dengan adanya bengkel seperti ini, para exco dapat memahami dan menjalankan setiap tugas masing-masing mengikut sekretariat yang telah diamanahkan
~Kito anok beghanok~
assalamualaikum wr. wbt...tahniah cz telah selesai melakukan satu lg prgrm..ambo terasa jgk cz xdok ore jemput...setahu ambo BPO disertai oleh mantan2 n exco2 baru, tp xtahulah loni kalu hanya mantan baru jah yg dijemput...wassalam
BalasPadamwaalaikumussalam wr. wbt..terima ksih kepada mantan a.sukri..pasal Prgrm BPO nih, saya di phk progrm minta maaf bnyk sbb tk jemput mantn2 sesi2 sblumnya..sbb maslh2 trtntu dan kenkangan masa yg tdk dpt di elakkan.insyaAllah progrm lain kli akn info kt mantan2 semua..nasihat dan teguran semua amat2 di harpkan...syukran jazilan..
BalasPadamTERUSKAN MENYOKONG PERDANA..^_^..