Halaman

Khamis, 4 Disember 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha


Sa
lam aidiladha buat semua pembaca blog PERDANA UKM. Diharapkan agar aidiladha kali ini memberi seribu makna buat kita sekalian.

Bagaimana menyambut 'Aidiladha
Sabda Rasulullah s.a.w, ‘Sesiapa yang menghidupkan malam ‘Aidil Fitri dan ‘Aidil Adha, hatinya tidak akan mati tatkala matinya hati-hati orang lain’. ( H.R Ubadah Samit ). Menghidupkan malam ertinya melakukan pelbagai jenis ibadat, bertakbir, istighfar dan memuji Allah pada malam tersebut.
Solat sunat hari raya yang dilakukan secara berjemaah amat digalakkan sehingga wanitawanita turut diminta menghadirinya walaupun dalam keadaan haid untuk membesarkan syariat Islam dan mendengar khutbah yang disampaikan. Daripada Ummi Athiyah, beliau berkata bahawa mereka disuruh oleh Rasulullah s.a.w pada hari raya Fitri dan hari raya Adha supaya mengeluarkan perempuan remaja, perempuan haid dan perempuan yang menutup muka. Akan tetapi perempuan haid hendaklah mereka menjauhi solat mereka dan mereka mendengar kebaikan (khutbah dan nasihat) dan panggilan kaum muslimin ( H.R Bukhari & Muslim ) Daripada Hassan bin Ali, kami telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w pada dua hari raya supaya memakai pakaian yang sebaik-baiknya yang kami (mampu) perolehi, supaya kami berharum-haruman dengan haruman yang sebaik-baiknya yang kami (mampu) perolehi dan supaya kami berkorban dengan segemuk-gemuknya binatang yang kami (mampu) perolehi’. ( H.R Ibnu Majah & Hakim ) Disunatkan mandi dan membersihkan diri pada pagi hari raya sebagaimana hadis daripada Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah s.a.w mandi pada hari Arafah, hari raya Fitri dan pada hari raya Nahar (Adha). ( H.R Ibnu Majah & Bazaar ) Daripada Buraidah, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w tidaklah keluar untuk solat hari raya Fitri, sebelum ia makan terlebih dahulu dan pada hari raya Adha tidaklah ia makan sebelum ia kembali dari solat, lalu dimakannya daging korbannya’. ( H.R Ahmad & Tarmizi ).

Keutamaan Berkorban

1.
Dari Abu Said Al-Khudri, bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada Fatimah r.a, ‘Bangunlah, saksikanlah korbanmu itu, sesungguhnya titik pertama dari darahnya yang menitis itu diampuni bagimu dosamu yang telah lalu’. ( H. R Baihaqi )

2. Dari Aisyah r.a dari Rasulullah s.a.w bersabda ia, ‘Berkorbanlah kamu dengan hati yang rela, sesungguhnya tiap-tiap Muslim yang menghadapkan sembelihnya ke arah kiblat, maka darahnya, kotornya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari Kiamat’.( H.R Baihaqi )

3. Dari Ibni Abbas r.a berkata ia bersabda Rasulullah s.a.w, ‘Adapun wang perak yang dibelanjakan pada sesuatu tiada yang lebih utama daripada penyembelihan (berkorban) pada hari raya’. ( H.R Baihaqi )-source

1 ulasan:

  1. kemasukan januari 2009

    rumah sewa berdekatan UKM bangi seksyen 3 tambahan

    2-3 min ke UKM

    2-3 min ke petronas seksyen 3, guardian, klinik,

    teres 2 tingkat (20 x 70), rumah baru

    4 bilik tidur/ 3 bilik air

    semi-furnished

    rm 900 boleh runding

    no contact: 019-2767570

    BalasPadam