Halaman

Tentang PERDANA






Persatuan Mahasiswa Kelantan Darul Naim atau PERDANA adalah persatuan rasmi yang ditubuhkan pada tahun 1976. Bahasa rasmi persatuan ini ialah Bahasa Melayu. “Ilmu, Iman dan Amal” merupakan cogankata untuk PERDANA. Lambang persatuan PERDANA mempunyai Kijang Emas Melompat dan logo negeri Kelantan.
Tujuan persatuan ini ditubuhkan antaranya ialah mempereratkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa dan mahasiswi Kelantan di UKM. Selain itu, sebagai usahauntuk menjaga dan meningkatkan imej pelajar-pelajar Kelantan di UKM. Persatuan ini tebuka kepada semua mahasiswa/I Kelantan di UKM yang sama ada yang dilahirkan di Kelantan atau di luar Kelantan tetapi menetap di Kelantan. PERDANA mempunyai 41 orang exco yang telah dilantik yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi, 10 sekretariat dan exco jajahan.