Halaman

Isnin, 19 April 2010

Cinta Si Burung Layang-layang

Salam...

Mungkin ramai dah lihat, sekadar berkongsi buat peringatan untuk semua.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan. Di sinilah pasangan (isteri? suami?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.

Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..


Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..


Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..



Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..




Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya, Hidup menjadi sepi...


Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk Nya..
Manusia bagaimana?
Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...
kita manusia..... ???


Manusia sering meninggalkan teman atau kawan ketika susah tetapi igtlah apa yg dilakukan oleh manusia tersebut akan dibalas Allah Taala jgk.
.
Bagi yg berkawan, berkawanlah dengan penuh kerelaan dan keikhlasan.. serta igtlah bahawa Allah menjanjikan ganjaran yg berlipat ganda bagi org yg melakukan kebaikan n niat ikhlas kepada Allah dalam sesuatu perkara atau perbuatan yg baik..tp padah jika sebaliknya..
Sekian..wassalam..

Ahad, 4 April 2010

PerdanaFC vs FsskFC

PerdanaFC

Vs


FsskFC

Pada 2/04/2010 bersamaan jumaat tepat jam 6.00 petang satu perlawanan persahabatan antara pasukan PerdanaFC menentang FsskFC, 60 minit waktu perlawanan yang penuh dengan aksi yang memikat ramai peminat bola sepak ukm untuk tidak berganjak dari tepat duduk masing-masing. Kedua-dua pasukan saling berbalas-balas serangan yang mana jika dilihat pada separuh masa pertama berlaku asakkan yang agak sengit daripada kedua-dua pasukan.

Gol pertama yang di jaringkan oleh pasukan FsskFC membuatkan studium tergamam seketika, disusuli sorakan gemuruh daripada penyokong-penyokong pasukan FsskFC. Namun begitu pasukan PerdanaFC tidak menunggu lama untuk membalas balik serangan dan berjaya menghasilkan gol penyamaan, sekali lagi riuh rendah studium menyambut jaringan gol dari pasukan PerdanaFC.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, membuatkan penonton teruja dengan aksi perlawanan kedua-dua pasukan. Namun pada babak kedua menyaksikan pasukan PerdanaFC terpaksa akur dengan kehandalan pasukan FsskFC. pada minit-minit terakhir perlawanan yang pada ketika itu kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 5 sama, telah menggelapkan harapan pasukan PerdanaFC, apabila tonggak pasukan FsskFC menjaringkan gol kemenangan. Akhirnya pasukan PerdanaFC tewas 5 gol berbalas 6 gol yang di jaringkan pasukan FsskFC.

Pengurus pasukan PerdanaFC merakamkan Jutaan terima kasih kepada pasukan FsskFC kerana sudi menerima jemputan perlawanan persahabatan kali ini. Bagi pasukan PerdanaFC kekalahan ini tidak melunturkan sedikit pun semangat anak didik Safuan Yusoff untuk terus mara. Beberapa perlawanan persahabatan sedang dirangka dalam usaha menaikkan balik nama Pasukan PerdanaFC di bumi UKM ini. jutaan terima kasih sekali lagi kepada pasukan FsskFC atas kesudian menerima jemputan perlawanan persahabatan tersebut.

Akhir kata "jadikan Sukan Sebagai Ibadah"

assalamualaikum......salam Perdana...Salam SeMalaysia....

Di sediakan oleh

............tt...............
Wartawan
sekreteriat sukan PerdanaUKM.